Jumaat, 14 September 2012
Kertas percubaan SPM bocor di FB
Sekarang ni heboh merata tempat pasal Soalan Kertas percubaan SPM dah bocor
bagi Kuala Lumpur dan Selangor yang akan berlangsung
29 Ogos hingga 21 September ini, didakwa sudah tersebar di Facebook
selalunya mereka akan letak soalan itu sehari sebelum tarikh peperiksaan
bagi setiap subjek tetapi pada tahun ini telah diletakkan lebih awal.
Awal pagi semalam, terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut,
namun selepas maklumat mengenainya tersebar di media,
laman itu telah tiada pada jam 3 petang.
terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar
telah dimuat naik di laman tersebut dengan 99.9% tepat seperti soalan sebenar.
Komen aku:
Pernah dengar tentang keberkatan ilmu?
bukan rezeki sahaja perlu berkat, tetapi ilmu yang kita timba juga
perlu berkat bagi kesinambungan kepada rezeki yang berkat.
hal-hal berkat sebegini tak ramai orang suka nak ambil berat
sejak dulu lagi pun, jadi usah hairan!
ramai yang lebih suka mengejar agregat A yang panjang atau cemerlang
dalam peperiksaan yang akan jadi kayu ukur kepandaian seseorang
lagi banyak deretan A kita dapat, maka lebih cemerlanglah kita
hinggakan ramai juga yang sanggup berbuat apa sahaja untuk dapatkannya
Ya, usah salahkah mereka, memang begini caranya kita menilai
tanpa A berderet itu kita tidak dianggap cemerlang
pernah tak bertanya kepada diri sendiri sejauhmana berkatnya
ilmu yang kita dapat? Berkat itu tidak sahaja perlu ikhlas menerima
dan ikhlas juga orang yang memberinya
lalunya…kalau meniru dalam peperiksaan, copy kertas kerja orang,
atau sabotaj rakan yang lain agar kita lebih terlihat cemerlang,
masihkah dianggap sebagai ilmu yang berkat?
Aku sendiri pernah berdepan dengan hal-hal keberkatan ilmu
biarpun keputusan peperiksaan atas kertas aku tak begitu banyakA
ternyata aku diterima kerja berbanding seorang rakan
yang serba serbi Nampak lebih cemerlang
aku tidak mahu tuduh ilmunya tidak berkat, namun semua orang tahu
bagaimana cara dia dapatkan deretan A sebanyak itu
tetapi bukanlah Allah lebih Mengetahui?
Aku tak kata ilmu yang aku ada ini berkat,
namun yang aku tahu, aku dapatkannya dengan usaha keras
yang bukan sedikit tanpa terliur menggunakan jalan mudah.
Alhamdulillah, walaupun aku tak pernah naik pangkat dengan ilmu ini,
namun cukuplah untuk aku sara tekak sendiri
moga-moga mana yang tertunda untuk aku terima di dunia
akan perolehinya semula di sana…
Nasib Graduan Pendidikan Dan KADS1M
Dikatakan nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
yang sehingga kini masih belum ditawarkan pekerjaan sebagai guru
akan diketahui pada pembentangan Belanjawan 2013, 28 September ini.
selepas menamatkan pelajaran dan memperoleh ijazah,
mereka tidak ditawarkan pekerjaan di Kementerian Pelajaran.
Mmmm itu isunya bila dah habis belajar
yang tengah tonggang terbalik belajar lain pula cerita
yang bestnya bagi pelajar yang baru bergelar mahasiswa
semangat mesti hangat kan? Berkobar-kobar!
harapnya, begitulah semangatnya hingga siap tesis
jangan warm warm chicken shit dah la ya hu hu hu
Semalam, 24,911 pelajar UIAM dah terima KADS1M percuma
Kad itu membolehkan pelajar nikmati diskaun hingga 60 %
untuk 11 jenis barangan terpilih di 231 kedai membabitkan 2,414 cawangan
seluruh negara antaranya libatkan barangan seperti buku, ala tulis,
cermin mata, bayaran pengangkutan, produk Teknologi Maklumat (IT),
kelengkapan sukan, makanan serta minuman.
Aku pulak, bila lagi nak terima? Tak sabar dah ni nak belanja
Spek pun nak kena tukar ni...toner banyak juga nak kena beli
Assigment dan tesis perlu print juga tu...
Bila???? Bila???? Bila???? Dah tak sabar ni!
Kesilapan Kertas Ujian Aptitud UPSR
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengambil tindakan segera
untuk atasi kesilapan pada kertas peperiksaan ujian Aptitud Tahun Enam
yang diduduki pelajar pada petang semalam.
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran,
semua sektor penilaian dan peperiksaan Jabatan Pelajaran negeri diarah
untuk memaklumkan kepada Ketua Pengawas peperiksaan
sekiranya terdapat jawapan E bagi soalan 41 hingga 61,
calon peperiksaan diarah untuk menulis huruf E di kertas jawapan objektif.
Masalah ini timbul apabila ruang jawapan objektif bagi soalan 41 hingga 61
yang disediakan untuk calon hanya mempunyai abjad A,B,C dan D sahaja,
sedangkan pilihan jawapan pada kertas soalan itu adalah A,B,C,D dan E.
Lembaga Peperiksaan akan memeriksa jawapan calon secara 'hand score'
dan keputusan ujian ini tidak akan menjejaskan keputusan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan tidak dicetak pada slip keputusan calon.
Ujian Aptitud ini bertujuan melihat potensi diri, minat dan kecenderungan murid
potensi dilaporkan berdasarkan dua kemahiran iaitu
kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah & membuat keputusan.
Minat dan kecenderungan murid dilihat dalam bidang akademik,
teknik, vokasional, seni budaya dan sosial atau sukan
Komen aku: baguslah mereka ni kreatif,
gunakan cara paling mudah untuk minimumkan kesilapan
taklah kelam kabut satu negara ya tak?
Kira hebat jugalah mereka ni berani akui kesilapan dan
Berjaya tanganinya denga cara paling mudah
Ada setengah-setengah orang tu,
sanggup aje sembunyikan kesilapan diri, tahu menuding jari
ke muka orang lain aje...lupa lah tu
satu jari yang menuding arah orang, padahal 4 jari lain
dok tunjuk ke muka sendiri...
Taburan Skru di Lebuhraya PLUS KM434, Utara Selatan antara Rawang-Bukit Beruntung
Saya kutip berita ini di blog ondscene tentang taburan skru di Lebuhraya seperti berikut;
Kepada anda yang akan melalui laluan Bayangan Maut arah Utara, sekitar KM 434, antara Rawang-Bukit Beruntung ,sila berhati-hati.
Sekurang-kurang 50 buah kenderaan termasuk kereta dan motosikal berhenti di laluan kecemasan dan ada juga berlaku beberapa kemalangan berikutan kenderaan mengalami tayar pecah.
Kejadian dipercayai akibat paku-paku yang mungkin sengaja ditabur pihak tidak bertanggungjawab di laluan tersebut.
Saya juga menerima beberapa panggilan telefon dan SMS dari rakan yang melalui jalan berkenaan tetapi terselamat dari kejadian ini.
Difahamkan, kejadian mula berlaku sejak kira-kira sejam tadi. Jika anda tidak mahu mengambil risiko, boleh melalui jalan lama KL-Ipoh melalui Selayang dan keluar di Tg Malim.
Tambahan:
Maklumat terkini saya terima, skru-skru ditemui bertaburan di atas jalan. Punca atau bagaimana skru tersebut berada di atas jalan, belum diketahui. Jumlah kenderaan terlibat dianggarkan sudah melebihi 100 buah
Berikut adalah twit yang terdapat di twitter trafik KL:
Komen aku: semoga maklumat ini dapat membantu pengguna jalan raya yang lain. Kita tunggu maklumat lanjut di akhbar esok atau kemaskinia di ondescene.
Khamis, 13 September 2012
Jenazah Pelajar Maut di Jordan Tiba Hari ini
Walaupun kita rasa seronok nak tahu perkembangan
Muhdalena mengamuk di Putrajaya...
yang pakai topeng Power Rangers merah masa ke mahkamah,
semalam gunakan topeng kuning action kamen
dalam siri kartun Kamen Rider Todoroki, namun sudah pasti
perasaan itu tidak sama bila kita baca tentang
kemalangan maut pelajar Malaysia di Jordan.
Awal bulan dulu, dua pelajar Malaysia maut di Rusia,
Kali ini di Jordan pula, Saiful Asyraf Saifudin, 22,
pelajar tahun dua di Universiti Mutah, Jordan
maut dalam kemalangan pada 10 September 2012
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnnn.
Saiful Asyraf Saifudin melanjutkan pengajian di Universiti Mutah, Jordan
pelajar tahun 2 pengajian Usul Fiqh dalam jurusan Syariah
maut dalam kemalangan jam 9 malam (2 pagi waktu Malaysia).
ketika menjemput 2 rakan pengajianyang baru tiba
selepas bercuti di negara ini awal pagi ini.
Allahyarham yang dikenali sebagai 'Oyak Kayo' maut
manakala tiga rakannya cedera selepas kereta sewa yang dinaiki
hilang kawalan ketika melakukan pusingan U di lebuh raya antara Karak dan Aqaba.
Tiga pelajar yang cedera (Mohd Hanafi Khalis Zainal Abidin,
Nadhirah Husna Ahmad dan Nur Syahirah Saipolbahari) dikejarkan ke
Pusat Kesihatan Hissi sebelum dipindahkan ke Hospital Tentera Karak.
Arwah pula disahkan meninggal dunia di Hospital Kerajaan Jordan, Karak.
Jenazah arwah dibawa ke Mustasyfa Bashir di Amman untuk diuruskan
dan akan diterbangkan ke Malaysia malam ini (awal pagi ini)
Allahyarham berasal dari Bandar Tasik Kesuma, Beranang
Kita kehilangan seorang lagi anak bangsa
yang bakal mencorakkan masa hadapan dan membantu keluarga
semua itu ketentuan Allah, semoga keluarga arwah Saiful Asyraf Saifudin
tabah dengan ujian ini.
Langgan:
Catatan (Atom)



