Memaparkan catatan dengan label pembentangan belanjawan bajet 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pembentangan belanjawan bajet 2013. Papar semua catatan

Jumaat, 14 September 2012

Nasib Graduan Pendidikan Dan KADS1M


Dikatakan nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
yang sehingga kini masih belum ditawarkan pekerjaan sebagai guru
akan diketahui pada pembentangan Belanjawan 2013, 28 September ini.
selepas menamatkan pelajaran dan memperoleh ijazah,
mereka tidak ditawarkan pekerjaan di Kementerian Pelajaran.

Mmmm itu isunya bila dah habis belajar
yang tengah tonggang terbalik belajar lain pula cerita
yang bestnya bagi pelajar yang baru bergelar mahasiswa
semangat mesti hangat kan? Berkobar-kobar!
harapnya, begitulah semangatnya hingga siap tesis
jangan warm warm chicken shit dah la ya hu hu hu

Semalam, 24,911 pelajar UIAM dah terima KADS1M percuma
Kad itu membolehkan pelajar nikmati diskaun hingga 60 %
untuk 11 jenis barangan terpilih di 231 kedai membabitkan 2,414 cawangan
seluruh negara antaranya libatkan barangan seperti buku, ala tulis,
cermin mata, bayaran pengangkutan, produk Teknologi Maklumat (IT),
kelengkapan sukan, makanan serta minuman.

Aku pulak, bila lagi nak terima? Tak sabar dah ni nak belanja
Spek pun nak kena tukar ni...toner banyak juga nak kena beli
Assigment dan tesis perlu print juga tu...

Bila???? Bila???? Bila???? Dah tak sabar ni!




Ahad, 2 September 2012

Draf Bajet 2013 Akan Dibentang Di Kebinet Rabu



Ohhhhh! Dah siap ya Draf Bajet 2013?
Rabu nanti akan dibentangkan di parlimen sebelum diluluskan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan
akan membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada 20 September 2012

bajet kali ini mengenal pasti kaedah untuk mengurangkan hutang negara
selain membantu rakyat

Jom kita tunggu hari pembentangan belanjawan bajet 2013 nanti ya


PsssssT:

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayangkan
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) mungkin pada November 2012

Tak sangka pula PM kita tu suka nombor
akupun suka banyak nombor juga…
banyak kali aku dapat nombor-nombor yang istimewa
macam nombor akaun, nombor telefon, malah
nombor yang beri malangpun banyak dan cantik juga
namun, usah terlalu taksub dan percayakan nombor juga
tak pepasal cari nombor ekor

Perdana Menteri berkata tahun ini dilihat unik
Umno berusia 66 tahun tahun ini,
[termasuk UMNo yang diharamkan dulu tak?]
Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan ke-55
dan Umno Sabah berusia 22 tahun.
nombor-nombor berkenaan dikaitkan dengan angka 11 jika didarabkan.
Enam darab 11 bersamaan 66,
lima darab 11 bersamaan dengan dan
2 darab 11 bersamaan 22.
“Faktor angka 11 muncul dalam semua perkara, ia adalah unik dan baik,"


Ramai yang meneka PRU13 akan diadakan pada November.