Khamis, 30 Ogos 2012

Dibunuh Kerat 6 Kemudian Dibakar


Berlaku di Nibung Tebal Pulau Pinang
Mangsa dibunuh, dikerat 6 kemudian dibakar bagi melupuskan bukti
mangsa dipercayai berusia 30-an ditemui hanya memakai seluar dalam
berdasarkan penemuan 3 tin minyak, kejadian itu merupakan
pembunuhan terancang

Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan mengerikan;
kepalanya terputus dipercayai dipenggal,
kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut
tangannya dikerat dari aras siku sebelum dibakar
di sebuah ladang kelapa sawit di Parit Paya Kemian, Jalan Sungai Kechil.
Mayat yang telah dikerat itu dikumpul di dalam plastik hitam
sebelum dibawa ke lorong di sebuah ladang kelapa sawit dan dibakar

Mayat lelaki yang turut dibakar itu dipercayai berusia lingkungan 30-an
ditemui orang awam pada pukul 9.45 pagi tadi,
dipercayai meninggal dunia kira-kira tujuh jam sebelum ditemui.
tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat kerana
hampir keseluruhan badannya terbakar kecuali kemaluan dan dua jari
orang awam yang melalui kawasan berkenaan ternampak unggun api
di tepi lorong ladang terbabit dan menghampirinya
sebelum ternampak mayat yang telah dikerat itu.
Lelaki itu dipercayai dibunuh dan mayatnya dikerat di tempat lain
sebelum dibawa ke ladang yang terletak kira-kira 50 meter
dari jalan besar untuk dilupuskan


jom cari akhbar esok untuk maklumat lanjut kes ni…

Komen aku:
serius sadis tak ada rasa kemanusiaan langsung dah sekarang ni...




SEnarai Jalan-jalan di Tutup Sekitar KL Esok



Beberapa jalan utama ditutup di sekitar Dataran Merdeka
akan ditutup secara berperingkat bermula 6 pagi
kepada kenderaan sempena perbarisan Hari Kemerdekaan pagi esok.
dan dijangka dibuka semula setelah acara selesai pada pukul 10.30 pagi.

Senarai Jalan ditutup sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ialah
Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Mahameru,
Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah,Jalan Perdana (Masjid Negara),
Bulatan Hishamuddin,Jalan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari,
Jalan Kinabalu,susur Bukit Aman dan Jalan Raja.

Jalan lain yang ditutup ialah Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang
dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut,
Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah,
Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan

Komen aku: musim 31 Ogos dan 31 Disember aku serik nak keluar ke KL
Sesak bukan main…stress! Baik aku habiskan oren ;)


PsssT:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan
sebarang perhimpunan yang bertentangan dengan mana-mana perundangan
terpakai di sekitar Dataran Merdeka, daripada diadakan.

Dengar ceritanya kumpulan Gabungan Janji akan berhimpun
di kawasan air pancut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
pada malam ambang kemerdekaan ini hingga tengah malam
tertanya-tanya juga, apa akan berlaku di Dataran Merdeka malam ni?



Surat Cinta Dari Doctor Hensem



Pagi tadi pergi bank untuk beberapa urusan
semua bil dan bayaran baru nak buat hari ni
walaupun gaji dah dapat sebelum raya lagi
semua ni gara-gara cuti panjang 14 hari huh u hu
tak dapek nak nolongnya!

Singgah beli makan tengahari walaupun belum sarapanpun lagi
Nasi putih, ikan kembung sekor, sup tulang semangkuk dan neskepe ais,
Dahhhhhhhhhhhhhh RM15 hengget fuyoooooooo!
Sebulan makan macam ni, cepatlah putih rambut aku!

Dah TERLALU limpas termelintas klinik, terus je singgah
Jumpa doctor hensem ambil ubat selsema dan batuk
Ohhhhhhh! Doctor tu memang awesome!
Siap bagi MC @ surat cinta untuk hari ni
suruh aku telah ubat yang boleh menyebabkan
Kemengantukan tahap dewa!
Yuuuuhaaaaa! Dapat MC tak payah pergi berembun malam ni!

Opssss! Aku dapat arahan suruh pergi kibar bendera
memalam buta malam ni…
kalau aku pergi , gamaknya lagi meriah bersin aku tu
mengalahkan bunyi mercun dan bunga api!

Mmmmmm mata dah berat,
dah habiskan separuh nasi, sebiji oren dan dua jenis ubat
kalau aku senyap je tu, maknanya aku sedang MERDEKA
Baik punya landing!





Mudah Benarkah Jadi Seorang Anak?


Kalau tanya aku, jawabnya memang tak mudah
ataupun sebenarnya mudah, asal sahaja ibu bapa itu masih muda
kuat lagi kederat tenaganya, segar bugar tubuh badan

Bila usia dah makin renta, tenaga dah susut
nak berdiripun payah, nak berjalan tak dapat lagi
tambah pulak dengan kelupaan dan kepongohan
sangat-sangat susah untuk jadi seorang anak
apalagi jadi anak yang menyenangkan hati ibubapa

Ketika masih sihat dan berupaya, dengar suara anak di telefonpun
dah cukup menyegarkan emosi dan minda mereka
bila dah tiada upaya dan kederat, bertambah pula tahap barannya
silap letak barangpun boleh sebabkan naik angin
lambat menyahut dipanggil pun boleh mengundang bebelan
salah atur ayat juga boleh menyimbah rasa pilu
tanyanya kita terjawab “perlahan” yang tidak didengarinya
hati tersentuh dan menjeruk rasa
terlebih keras suara dek tutur kita tak didengari juga
mengundang rajuk menyentap emosi
entah bagaimana andai sampai tahap guna lampin pakai buang

Sensitif warga emas intan berlian mengalahkan budak-budak
kita cakap perlahan, mereka tak dengar
bila suara dikuatkan, dikata menengking pula
berdepan dengan situasi serba tak kena
memang menguji tahap kesabaran
sehari dua mungkin masih mampu
sebulan bagaimana? Setahun? Bertahun-tahun?
Ohhhh! Sebab tu ramai anak-anak angkat bendera putih
hantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua!
tua nanti, sama sebegitukah nasibnya?

Siapa kata mudah jadi anak-anak?
bila situasinya jadi serba tak kena
memang teruji minda…



Rabu, 29 Ogos 2012

Peniaga Ditipu Pegawai 'Bank Negara' KeRugian RM100 Ribu


Sekarang ni, mudah sangat harta benda kita nak hilang
Adakala dah hati-hatipun, dah bayar zakat pun
Dah dermapun…tetap juga akan hilang
Anggap ajelah dugaan dan ujian hidup
Allah menguji kita ikut tahap kemampuan diri kita sahaja
tak lebih dari itu...jadi yakinilah kita berjaya laluinya.

Di LIMBANG, Seorang peniaga berusia 33 tahun
kerugian RM116,769 dalam tempoh dua hari
ditipu seorang wanita yang mengaku pegawai Bank Negara.

Mangsa seorang lelaki rakyat tempatan itu menerima panggilan
dari wanita berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Miss Tan,
petang Isnin lalu, menyatakan mangsa mempunyai
hutang kad kredit UOB tertunggak sebanyak RM5,796,
pembayaran perlu dibuat segera bagi mengelakkan akaun lain
dibekukan Bank Negara.

Mangsa yang panik sebenarnya tidak pernah memiliki kad kredit itu
membuat pembayaran pada hari yang sama.
Keesokannya (28 Ogos) orang yang sama membuat panggilan
Dan meminta mangsa memindahkan wang dari akaun Maybank mangsa
ke akaun lain bagi mengelakkan akaunnya dibeku
mangsa segera memindahkan wang berjumlah RM111,000
ke akaun milik seorang yang bernama Azimah Abdullah.
Apabila mangsa membuat panggilan ke Bank Negara hari ini
untuk tindakan susulan, beliau dapati tiada pegawai bernama Miss Tan

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu
boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Polis Limbang,
Inspektor Kantharuban Rajoo, di telefon bimbit 012-3029896.

Komen aku:
Sekarang ni ramai sangat orang dah tak fikir pun pasal
berkat, halal dan haram pendapatan sebab tu kes tipu sebegini
berleluasa, belum campur lagi tipu dalam peperiksaan,
tipu dalam kerja dan macam-macam tipu lagi lah
asal dapat duit, asal dapat hidup mewah…semua kira jadi
huh u hu mungkin aku terlihat sedikit bongok sebab
terlalu pentingkan rezeki yang barakah itu
namun nak buat macam mana, memang benda tu besar nilainya
kalau dah bukan hak aku jangan memandai nak ambik
tapi kalau memang hak aku…sanggup buat apa saja pertahankan
huh u hu darah pendekar, nak buat lagu mana

Ok aku mengaku, kalau tersepak emas 14 jongkong
[takat syiling buang masa je kutip hu hu hu]
tepi pagar rumah esok pagi, memang aku akan ambik
kalau tak ada pemilik nak mengaku,
aku tetap tahu kat mana nak letak 14 jongkong tu
antaranya…Lebuh Raya Rakyat, okey tak gitu?
Jangan marah ya!