Rabu, 8 Ogos 2012

Bila Ku Li Bersuara…Apa Kata Ikut Je Nasihat Ku Li?


Bila Ku Li bersuara minta Selesai segera isu royalti minyak petroleum,
Sebelum PRU13 nanti, aku rasa orang politik patut dengar nasihat tu
Ku Li memang banyak pengalaman dalam politik Kelantan sejak berzaman
Sejak kecik lagi aku dah kenal Ku Li…glamer tak dia?

Tengku Razaleigh Hamzah berharap isu tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan
akan diselesaikan segera kerana ia bukan rumit dan tidak melibatkan Kerajaan Pusat.
Bekas Pengerusi Petronas itu berkata, isu berkenaan timbul hanya kerana
Petronas tidak menunaikan hak Kerajan Negeri Kelantan
seperti yang termaktub dalam perjanjiansemasa Kelantan menyerahkan sepenuhnya
hak milik Petroleumkepada syarikat minyak negara itu.
persoalannya, siapa di belakang petronas yang mungkir janji itu?

Isu royalti lima peratus itu adalah antara Kerajaan Negeri dan Petronas,
tak ada kaitan dengan BN, UMNO, PKR atau Anwar Ibrahim…apa lagi Sharizat Jalil
Sekarang ni Petronas yang bertanggungjawab menyelesai perkara ini
dengan kerajaan negeri…tak berbangkit soal pertikaian antara sesiapa
tetapi sebenarnya kelemahan Petronas kerana tidak membayar kepada kerajaan negeri

aku memang tak berkenan pun penubuhan Jawatankuasa Tuntutan Royalti
Negeri-negeri Pantai Timur yang diumumkan Perdana Menteri, Sabtu lalu.
Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan
Terengganu yang diperkenan sultan masing-masing.
Ia akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Macam-macam hal boleh jadi dalam siasatan yang hanya akan diumumkan
Selepas enam bulan hu huh u macam sinetron lah pulak
Padahal, masa nak gali dulu…berapa lama ambik masa untuk setuju?

Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian tersebut
dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975…macam tu punya lama?
Jadi, apa guna wujudnya Akta 144 - Akta Kemajuan Petroleum 1974?
yang menyatakan dengan jelas kedudukan royalti minyak
untuk Kelantan dan lain-lain negeri.
Berapa orang baca entri ni dah lahir masa tu?
Jadi kalian tahu kan kena aku sokong R?

Macam Ku Li kata, mudah je: rujuk balik kepada akta dan perjanjian
Dah habis ke segala peguam bijak pandai di Malaysia ni?
Mintak tolong karpal sigh tak leh?

Komaen aku: sebenarnya dah tulis komen panjang lebar
tapi dah padamkan semula…



Cerita Tentang Negeri Paling Miskin di Malaysia...

 

 

Novel Barbara inspirasi hidup masyarakat Kelantan

 





BERCAKAP mengenai wayang kulit, ternyata kebudayaan yang wujud lebih 1,000 tahun dahulu diasimilasi secara berperingkat dari beberapa negara, sebelum ia meresap ke dalam budaya masyarakat Melayu.Wayang kulit Melayu yang agak popular di Malaysia rata-ratanya adalah dari pantai timur Malaysia dengan kebanyakan mempunyai ciri dan sentuhan Siam.Antaranya ialah wayang kulit Kelantan atau lebih dikenali sebagai wayang kulit Siam. Ia dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, selatan Thailand.Dasarnya, kisah-kisah yang dipersembahkan adalah berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan dan disampaikan menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana. 

Sebagai negeri yang bersempadan dengan selatan Thailand, Kelantan mempunyai persamaan dari segi elemen kebudayaan, sosial dan sesetengahnya memiliki loghat serta gaya hidup masyarakatnya.

Kekayaan budaya Kelantan

“Berdiri sebagai sebuah negeri yang khusus, Kelantan kaya dengan kerja kraf, seni, makanan dan bahasa yang sangat unik. Tidak ketinggalan wayang kulit dan lain-lain seni persembahan yang menjadikan warga Kelantan bangga dengan siapa diri mereka,” kata seorang penulis buku bersiri misteri Shadow Play, Barbara Ismail dari Brooklyn, New York, Amerika Syarikat.

Wanita berdarah Inggeris itu menjadi saksi kepada beberapa persembahan wayang kulit di Kelantan, khususnya Kota Bahru pada era tahun 1970-an hingga 1980-an. Tergerak hati untuk membukukan memori tersebut, novel beliau bukan sahaja diolah seperti kisah misteri ala Sherlock Holmes, bahkan menyentuh kehidupan masyarakat Kelantan terutamanya wayang kulit. Dalam novel itu, Barbara tampil dengan siri penyiasatan penuh misteri membabitkan watak Maryam, seorang penjual kain songket di pasar Kota Bharu.


BARBARA (paling kanan) bersama kedua-dua anak perempuannya, Ariell (tengah) dan Jerushah di New York.


Mungkin agak luar biasa untuk menceritakan bagaimana seorang wanita yang menjual kain di pasar menjadi penyiasat dalam membantu polis menyelesaikan sebuah pembunuhan melibatkan pemain wayang kulit.Namun, Barbara ternyata bijak menggunakan watak-watak hidup yang ditemuinya di Kota Bahru dan memanipulasi secara bijak. Semua garapan penulisan itu adalah hasil daripada adaptasi diri beliau dalam kalangan penduduk tempatan.

“Saya belajar di Kolej Hamilton di New York dan menerima falsafah kedoktoran di Universiti Yale juga di New York. Pengenalan saya dengan wayang kulit buat pertama kali adalah ketika saya berada di Jawa semasa belajar dulu. Profesor saya, Doug Raybeck seorang antropologis yang belajar di Kelantan, mengajar saya bahasa Melayu,” kata wanita itu melalui temu bual e-mel yang dilakukan baru-baru ini.

Fasih berbahasa Melayu tetapi dalam loghat Kelantan, Barbara terpengaruh dengan Raybeck dalam melanjutkan pendidikan mengenai wayang kulit Siam di Kelantan.
“Pertama kali saya menonton wayang kulit Siam, saya terus jatuh hati,” katanya.

Ibu kepada dua orang anak, Jerushah, 25 dan Arielle, 21, itu amat mendalami penceritaan dan persediaan wayang kulit termasuk mempunyai hubungan rapat dengan tok dalang sehinggalah kepada para penonton tempatan. Mengimbas pengalaman menonton wayang kulit, masih segar dalam kotak fikiran Barbara mengenai persembahan yang melarut hingga lewat malam itu.

“Ada orang yang melintas ulang-alik di hadapan tabir putih dan urusan jual beli snek serta kopi berlangsung di tepi pentas. Ada yang duduk, merokok, berbual-bual dan makan sewaktu persembahan itu. Ia seperti sebuah majlis keramaian,” ujar beliau yang turut mendirikan rumah tangga dengan lelaki Melayu.


BARBARA (kiri) bersama salah seorang daripada jiran rapat yang dikenalinya selama lima tahun tinggal di Kelantan.



Wanita lebih berkuasa

Pemerhatian Barbara di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu turut berkisar mengenai pengaruh wanita. Wanita tempatan dilihat bukan sahaja cantik pada rupa, malah amat berkuasa. Laksana ketua dalam keluarga, peranan mereka merentasi kemahiran berniaga dan menjaga kebajikan ahli keluarga. Beliau juga berpendapat, golongan lelaki pula digambarkan sebagai kurang reputasi dalam berniaga lantas lebih suka membantu isteri dan lepak di kedai-kedai kopi selepas bersara. 

“Seperti watak utama novel saya, Maryam, wanita di Kelantan sangat berbakat, berani dan mampu berdiri di kaki sendiri tanpa bayang-bayang lelaki. Mungkin juga ia menjadi sebab mengapa Kelantan agak mendahului statistik perceraian kerana wanita-wanita tidak perlu bergantung kepada lelaki,” katanya lagi sambil menambah bahawa pada tahun 1970-an, Kelantan agak ketinggalan dan terasing daripada bahagian barat Semenanjung Malaysia dari segi pembangunan. Keramahan dan kemesraan penduduk di Kelantan juga menambat hati Barbara dan dia berharap pada suatu hari nanti kedua-dua anak perempuannya dapat merasai pengalaman yang sama.

Budaya Melayu

Kisah yang dibawa dalam novel Barbara banyak dibantu oleh rakannya, Ijan Shaari.
“Dia membaca draf novel dan banyak membantu dalam penelitian penggunaan bahasa Melayu serta penerangan tentang budaya.Jiran saya di Kota Bharu yang ketika itu berusia 12 tahun, Ashikin Mohd. Ali, turut menawarkan bantuan dalam mendapatkan maklumat mengenai budaya dan orang Kelantan,” ujarnya Barbara yang menetap sekitar lima tahun di Kelantan. 

Barbara juga amat berterima kasih kepada ramai lagi orang perseorangan, jiran-jiran dan rakan-rakan beliau di Kelantan yang banyak membekalkannya dengan pengalaman yang indah tatkala di Kelantan.
“Bryn Barnard, seorang artis yang saya kenali sejak kami di Kelantan pada tahun 70-an, membaca draf dan memberi komen membina. Pengarang saya, Richard Lord, memberi idea dalam saya menjayakan novel ini, tidak dilupakan adik ipar, Shahmim Dhilawala, yang berkerja keras untuk novel ini,” kata Barbara.

Wanita kulit putih yang lebih menyukai kehidupan fasa perlahan Kelantan berbanding New York itu turut menggambarkan kebudayaan orang Melayu khususnya di Kelantan.

“Orang Melayu amat menjaga hati orang lain dalam setiap tindakan dan percakapan. Di New York, kami cakap sahaja apa yang terlintas, tanpa memikirkan impak kepada orang lain. Pengalaman di Kelantan membuatkan saya lebih kemelayuan. Kini saya bercakap, makan, masak, bertindak, semuanya dipengaruhi resam Kelantan,” katanya bangga.

Walaupun sudah sekian lama tidak melawat Kelantan, negeri itu menjadi kegemarannya di Malaysia memandangkan, dia masih mempunyai ramai kenalan di situ selain di Melaka dan Kuala Lumpur. Merindui pemandangan semula jadi Kelantan dan makanannya seperti nasi dagang dan kek Kelantan, Barbara mengakui, rasa cintanya terhadap Kelantan sesuatu yang tidak dapat dipadam begitu sahaja dan akan terus dihidupkan melalui penulisan buku beliau.

“Saya masih ingat apabila balik ke rumah selepas menonton wayang kulit, segala-galanya gelap gelita. Apabila mendongak ke atas, saya dapat lihat awan yang cantik dipenuhi bintang-bintang.Tidak mungkin saya mendapat perkara yang sama di New York. Itu adalah kecantikan milik Kelantan,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Komen aku: alangkah bertuahnya kalau boleh jumpa dengan dia...nak bawak dia nyuluh ikan, mmukat burung puyuh ;)

Video Serbuan Halal JAKIM di Foodcourt Mines & Prescott Metro Inn Kajang



Umat Islam dinasihatkan membuat laporan segera
kepada pihak berkuasa terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
sekiranya terdapat pengusaha hotel dan restoran
yang tak ada sijil halal tetapi menyalahgunakan istilah bufet Ramadan.
'Ops Bufet Ramadan' dalam 40 serbuan `Ops Bufet Ramadan”’
di sekitar Lembah Klang mendapati tiga premis tidak mempunyai sijil halal
dan dua premis lagi diragui kesahihan sijil halal

Jom sama-sama kita basmi lambakan tempat makan yang diragui!

Serbuan JAKIM di Prescott Metro Inn Kajang kerana menawarkan buffet Ramadhan
Sedangkan dapur mereka turut menyediakan makanan tidak halal
dengan ayat mudah, mereka Langgar Syarat Bufet Ramadhan tanpa Sijil halal



Video ini pula operasi JAKIM di Foodcourt Mines, Seri Kembangan
Sebenarnya dah lama sangat aku tak makan di foodcourt ni
iaitu sejak sebelum dilakukan ubahsuai hingga kini
dulu ada juga makan kat sana tiap kali ke Mines, sebabnya…
situ je pun mampu nak makan, tapi, tiap kali makan kat situ,
biasanya perut aku akan rasa sangat tak selesa…
pipi jadi kembang dan tekak rasa nak muntah je
sejak tu aku fobia nak makan situ…

Serbuan JAKIM di Foodcourt Mines



Selalu jugak aku borak dengan kawan-kawan yang banyak pengalaman
terutama hidup di luar negara yang susah nak dapat makanan halal
menurut mereka, masyarakat bukan Islam ni tak faham apa yang dikatakan “halal” tu
Mereka hanya tahu kita makan ayam sembelih, kita tak makan babi
Namun dua benda tu je belum cukup untuk jadikan apa yang kita makan
Itu kategorinya halal

Jadi, mereka hanya faham babi tu je tak halal tetapi air rebusan babi,
minyak yang digunakan untuk goreng babi…malah babi yang dah proses jadi sosej
dah tak haram…kita boleh makan
sebab tu kalau kita kata daging babi tak boleh simpan bersama daging sembelih
mereka tak faham…arak tak boleh letak satu tempat dengan sirap,
mereka pening nak faham sebab sirap tu mereka tak letak arak pun
malah, lebih pening kepala bila mereka masukkan arah dalam jus atau kek,
atau masukkan air rebusan babi dalam sup cendawan atau nasi goreng
yang pasti mereka tak letak babi dalam makanan tu untuk hormati kita.

Salah faham begini sepatutnya dijelaskan kepada orang bukan Islam
Bila berlaku bab bercampur benda haram dengan halal,
Kita tahu nak marah je cakap mereka tak hormat kita
Sedangkan, maklumat sebegitu mereka tak ada
…errrr itu belum termasuk dengan kategori orang
yang sengaja nak ambil kesempatan untuk bela diri kata “tak tahu”

PssT: masih ramai lagi orang islam sendiri tak kesahpun makanan di makan
Asal perut kenang, belasah ajelah apapun!








Menderita Selepas Buang Bulu Kemaluan


Aku tampal ajelah berita yang aku baca di Kosmo hari ni ya
Nanti kang aku komen panjang lebar susah pulak:

KUALA LUMPUR - Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan teruk selepas kemaluannya melecur selepas menjalani proses pembuangan bulu kekal di sebuah pusat kecantikan terkemuka di ibu negara pada 22 Julai lalu.

Lebih malang, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 39, terpaksa menghabiskan kira-kira RM35,000 hingga RM55,000 untuk mengubati kecederaan melecur di bahagian alat sulitnya itu. Bukan itu sahaja, dia juga mungkin berhadapan dengan risiko mengalami parut kekal walaupun telah menjalani rawatan tersebut.

Mengimbau kembali kejadian tersebut, Lee berkata, dia telah menjalani proses pembuangan bulu kemaluan yang dikenali sebagai Nano Light sejak enam bulan lalu dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM3,500.

"Dalam tempoh enam bulan, tiada sebarang masalah yang berlaku dan segalanya berjalan lancar. Kejadian ini hanya berlaku selepas ahli terapi yang selama ini menjalani proses pembuangan bulu untuk saya diganti dengan orang lain," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jalan Ampang di sini semalam.




Azizulhasni Awang ke Final tetapi Gagal dapat Pingat


Azizulhasni Awang adalah harapan terakhir negara rangkul emas Olimpik.
bagaimanapun dalam saingan final yang berlangsung kira-kira 1.05 pagi tadi,
dia hanya mampu menduduki tempat keenam daripada enam peserta peringkat akhir.
Azizulhasni bersaing bersama Shane Perkins (New Zealand), Chris Hoy (Britain),
Maximilian Levy (Jerman), Teun Mulder (Belanda) dan
Simon van Velthooven (New Zealand) jam 12.50 pagi (waktu Malaysia).

Pingat emas dimenangi oleh Hoy. Maximilian memperoleh perak
manakala Velthooven dan Mulder mendapat gangsa
PELUMBA basikal trek kebangsaan Azizulhasni Awang berjaya mara
ke peringkat akhir trek Keirin Individu Lelaki Sukan Olimpik 2012 di London,
tetapi nak buat macam mana, gagal membawa sebarang pingat.
Paling tidak, dia menghidupkan semula harapan emas negara
selepas usaha Datuk Lee Chong Wei berentap hebat menentang Lin Dan

Ohhhh, berapa orang kechiwa merasa aiskrim Baskin Robin percuma hari ni?
mmmmm nasib baik aku suka aiskrim potong je…kacang merah satuuu!!!!

Apapun, sekalung tahniah untuk Azizulhasni Awang berjaya ke Final Olimpik London
walaupun masih juga gagal dapatkan pingat emas pertama negara
kita tetap bangga dengan perjuangannya cuba mengharumkan nama negara
jangan risau…aku bukan ahli politik yang hanya pandai tweet sana sini je
aku tak de twitter…burung biru aku dah mati apa dah!

Jom kita tengok sambutan meriah kepulangan hero Malaya  Lee Chong Wei di KLIA



Ramainya jelitawan tunggu hero pujaan ramai ni ;)
lupa lak aku nak pergi sambut sama...