Ahad, 5 Ogos 2012

Chong Wei dapat Perak dalam Badminton Olimpik London


PEMAIN perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menang set pertama
dalam pertemuan akhir Sukan Olimpik 2012 London.

Chong Wei menamatkan set pertama, 21-15 dalam 26 minit.
tetapi kalah dalam set kedua 10-21 dalam 20 minit.
set ketiga ditamatkan dengan 19-20…errr lupa lak berapa minit
sebab hati begitu luluh saat itu…


Pertemuan antara Chong Wei & Lin Dan adalah pertemuan ulangan ke-30
antara kedua-dua jaguh ini.

Datuk Lee Chong Wei beraksi pada Sukan Olimpik 2012 London
sebagai pilihan pertama dan membawa harapan negara untuk membawa emas.

apa nak dikata…pukulan terakhir Chong Wei terlalu kuat hingga terkeluar gelanggang
Chong Wei hanya mampu dapat Perak sahaja dalam badminton Olimpik London
kalau menang, Chong Wei bakal menerima RM4 juta tu…hu hu hu
tak dapatlah nak pinjam barang sejuta dua…
apa-apapun, persembahan yang ditunjukkan Chong Wei memang terbaik

Errr aku tahu satu Malaysia agak kecewa
lebih-lebih lagi yang dok idamkan aiskrim Baskin Robin percuma


PsssT: 11.24 malam nanti satu lagi siaran langsung untuk acara berbasikal pula

Komen aku: Chong Wei tak perlu minta maafpun kepada seluruh rakyat Malaysia
dia memang dah berikan saingan sengit...dalam keadaan minit terakhir tu,
tak siapa jangka siapa bakal menang...
aku tetap bangga dengan dia!




2 ulasan:

eelobor berkata...

opkos.... gomo datuk gomo

anyss berkata...

Eelobor: Gomo sokmo alik kito ;)