Ahad, 1 Julai 2012

Pengalaman Pahit Tinggal Di Lampung


Alhamdulillah, akhirnya tiga orang kanak-kanak rakyat Malaysia
yang tinggal dengan ibu tiri mereka di Lampung,
[Lampung terletak paling selatan di Pulau Sumatera, Indonesia.
sebelah utaranya Bengkulu dan Sumatera Selatan]
telah selamat di bawa pulang semalam melalui kerjasama
Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, yang pergi ke Lampung pada 26 Jun lalu.
Anak-anak tersebut adalah Nurul Safiza Fitri, 11, Muhammad Nurhan, 9,
dan Nurmasyita Amiera, 8, manakala Siti Norzana, 12,
tidak dapat dibawa pulang kerana tinggal berasingan dengan saudara ibu tirinya
di Temusuci, Indonesia.

Semuanya bermula pada 2005 apabila ibu kandung kanak-kanak terbabit,
Mohaina Asmad, 34, meninggalkan mereka dan suaminya, Nordi Adi, 57.
Nordi berkahwin dengan Kasini Kaslam, 25 (warga Indonesia) pada 2007
dan menetap di republik itu.
Pada 2008, Nordi balik seorang diri untuk bekerja
sebagai pengawal keselamatan dan menetap terus di Malaysia.
Isterinya menghalang dan mengugut supaya diberikan sejumlah wang
sebagai syarat untuk membawa pulang empat anaknya ke Malaysia.

Nordi mengeluarkan RM27,000 daripada KWSP dan diberikan kepada isterinya,
tetapi wanita itu tidak membenarkan anak-anaknya dibawa pulang.
Nordi meminta bantuan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno
hingga berjaya dibawa pulang semalam.
Nordi juga telah menceraikan isterinya talak satu dua hari lepas.

Menurut kanak-kanak terbabit, mereka hanya diberi makan
dua senduk nasi sehari dan dipaksa masuk ke hutan
dari pagi hingga ke petang dan mencari hasil hutan untuk dijual
sedangkan hasil jualan dibahagikan dengan ibu tiri mereka.
Fuhhhhhh! Memang sama sangat dah dengan cerita
Bawang Putih Bawang Merah...
bezanya, Normala Omar masuk hutan cari kayu api
kemudian nyanyi atas buai dan terserempak anak raja
zaman sekarang ni, ada ke anak raja akan masuk hutan?

"Sekiranya kami membuat kesalahan kecil kami akan dipukul,"
...selain tidak dibenarkan bersekolah
kesian kan? Gitu ehh perangai ibu tiri?
mmmmmm klise! Nak baca lebih lanjut sila baca ondscene

Komen aku:
Kalau ke Indonesia untuk jenjalan merewang buang duit,
memanglah seronok
kalau suruh aku kerja kat sana...boleh juga
dengan syarat, gajinya ikut tangga gaji sekarang
barulah joli rimau namanya
aku suka kat sana sebab alam semulajadinya masih banyak belum terusik
sangat indah dan segar bugar dengan pemandangan mabeles,
namun kalau dah masuk pedalaman tu...
ada ke idaknya line internet?
kalau tak tulis blog, tak berfacebook...tak tahu perkembangan dunia
rasanya, aku akan jadi macam katak bawah tempurung kaca
yang diserkup dengan kotak dan kotak tu pulak
berada di hujung kampung...fuhhhhh! sadis gila!





Sabtu, 30 Jun 2012

Selamat Pengantin Baru Irma Hasmie dan Redza Syah


Petang tadi, ramai dah tulis entri tentang
pelakon pelawak Osman Kering telah meninggal dunia di HUKM
memandangkan aku belum pasti lagi tentang berita berkenaan
aku tak akan tulis tentangnya, maklumlah satu ketika dahulu
dah berlaku salah faham tentang khabar angin kematian Osman Kering sedangkan beliau
kritikal ketika tu. Dah sah nanti baru aku tulis tentang ni

cerita hebat yang panas, hot dan tengah meletop-letop hari ni
tentang perkahwinan pelakon dan pengacara Irma Hasmie dan Redza Syah
dalam satu majlis yang indah...Metro pun letak gambar mereka muka depan
nak tengok gambar-gambar perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Syah
boleh tengok di Ohbulan ataupun terjah je blog my life love & herbalife
comel, cantik, menawan dan ayu sungguh gambar Irma Hasmie masa akad nikah
dekorasi dewan juga sangat comel, suka sangatttttt
tetiba je rasa nak kahwin hu hu hu sila jangan gelak!

mereka bertemu di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah pada 14 Februari lalu
petang semalam, Irma dan Redza dinikahkan di dewan persidangan Perbadanan Putrajaya
tepat jam 4.55 petang oleh ayah pengantin perempuan sendiri
Di majlis bersejarah itu, Irma turut menerima cincin perkahwinan,
wang hantaran sebanyak RM33,333,33 serta mas kahwin RM2,200.
Majlis resepsi dilangsungkan siang tadi
di dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Orang kata, itulah jodoh. Kalau dah jodoh tu,
Mudah aje jadinya...senang aje langsungnya

Tahniah, Irma Hasmie Ibrahim,
Tahniah, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan,
Selamat pengantin baru Irma Hasmie dan Redza Syah
Semoga hidup bahagia dunia akhirat, dianugerahkan ramai anak-anak
yang akan mendoakan mereka ke syurga


PssT: Tahniah juga kepada Eelobor
yang menyambut hari ulangtahun kelahiran hari ni
semoga panjang umur, murah rezeki, dianugerahkan kesihatan yang baik,
ditambah anak-anak soleh dan solehah yang akan mendoakan ibu bapanya,
dan dirahmati seluruh kehidupan

Selain itu...

Bintang realiti TV Akademi Fantasia 3 (AF3),
Asiahtunakma Abdullah, 27, Akma AF3 selamat diijabkabulkan dengan
Farih Hamshi Mohamad Fatmi, 28, eksekutif di Petronas
di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak pagi tadi

Jom kita doakan juga Akma AF3 dan Farih Hamshi,
juga berbahagia dunia akhirat dengan perkahwinan mereka
Selamat pengantin baru Akma  AF3,
Selamat pengantin baru, Farih Hamshi...
macam tak nampak pulak gambar-gambar pernikahan Akma AF3 ni kat mana2
ada tak? ada tak?
Anggap je lah aku yang tak jumpa ;)



Jumaat, 29 Jun 2012

Kerani Bank Dibakar Depan Rumah


Serius, sadis sangat…sedih juga!
Seorang kerani bank baru 2 minggu bertunang
ditemui rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya
di Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang malam tadi.

Mangsa, P Yoga Ambiga, 27, yang tinggal bersama kakak yang pekak dan bisu
sejak 5 tahun lalu, baru balik kerja di bank jam 10.15 malam
dia diserang (dipercayai lebih daripada seorang) hangus dibakar dalam keadaan tertiarap
penyerang dipercayai menunggu mangsa pulang dari kerja
tiada barangan milik mangsa yang hilang, motif: cemburu.

Adussssssssssss! Macam-macam sekarang ni
kalau tengok akhbar setiap hari, lagilah rasa dunia ni tak selamat
bukan Malaysia ya…dunia! Malaysia ni negara paling selamat
di Asia Tenggara, kena ingat tu!
nak parking kat pusat beli belah pun takut kena rompak
keluar sendirianpun risau sebab macam dah jadi fobia pulak
kalau tak kena ragut, kena rompak
…tambah bahaya kalau kena bunuh…stailnya rogol, bunuh bakar
asyik nak MEMBAKARRR aje kerjanya!

Moga kita akan sentiasa beringat
ada masa orang cemburu sebab kita ada “nilaian” dunia
ada masa orang cemburu bila kita naik pangkat
kena juga terima kenyataan, cemburu juga sebab tak memiliki
sebab penolakan juga…haaaa ingat mudah ke tolak cinta orang
dah sakit hati, macam-macam orang boleh buat
bukan senang tau nak tolak orang, kena ada cara
kena belajar taktik untuk lari, apalagi kalau suami orang yang mengejar
ingat senang?
ramai orang ingat senang ke bercinta dengan suami orang?
begitu juga bercinta dengan isteri orang, lagilah bala
cinta terlarang, jangan dok cari pasal

kalau boleh, aku tak mahu sakiti hati semua orang
andainya ada yang terguris sepanjang baca entri di blog ni
sepuluh jari aku hulur, ampun maaflah ya
tak ada niatpun…bukan soal takut kena bakar
memanglah takut mati dengan cara begitu
tapi lebih takut kena BAKAR kat sana nanti…
Opssssss! Entri insaf jap…


Rendang pun Nak Buat Isu!


Pernah tak masak spegati selain makan di Pizza atau mana-mana tempat?
agaknya, sama tak pizza yang kita buat tu
dengan buatan asalnya di negara mat saleh bermata hijau zamrud tu?
zamrud kaler hijau eh?
ataupun Pizza di Malaysia ni, sama tak dengan di tempat asal?
tak payah fikir jauh sangat, kira ambil mudah je
nasi kerabu yang jual di pasar malam,
sama tak rasanya dengan di Kelantan?

Percaya tak, kalau aku masak spageti, aku suka pedas?
aku seorang sahaja kot yang masak spegeti gaya pedas ni
siap tumis bagai macam buat ayam masak merah…
siap letak ketulan dan hirisan ayam kecil-kecil
selain yang dikisar…sebab bagi aku, tak best makan tanpa lauk
sebab tu aku tak berapa suka sangat makan laksa
mmmm bila tah aku akan buat laksa yang ada lauk pauk huh u hu

Kalau makan asam pedas, mesti ada banyak beza
antara asam pedas dari Kedah, Kelantan, Melaka dan Johor
kalau bab asam pedas, tak kira dari mana atau pesen mana
aku memang akan rembat terutama kalau asam pedas ikan kembung
jadinya, apalah sangat nak kecoh pasal rendang?
Payah betul kalau tak berapa nak tahu pasal sejarah bangsa Melayu ni
Aku kata lebih kang…kata mulut tak insuran pulak!


Siapa Tukar Status Tanah PKNS?


Padang PKNS di Kelana Jaya pernah timbul kontroversi satu ketika dulu
Penduduk dan badan bukan kerajaan membantah pembinaan kawasan komersial
kerana dikhuatiri akan mengurangkan kawasan hijau
selain menimbulkan kesesakan lalu lintas.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor kata
padang awam milik PKNS itu dizonkan sebagai kawasan rekreasi
dokumen dirujuk MBPJ pula menunjukkannya sebagai zon komersial.
Soalnya: Siapa dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya dah tukarkan status
padang PKNS di Kelana Jaya daripada rekreasi kepada komersil?

Ada tengok satu drama bersiri bertajuk Jangan Ambil Padang Kami?
Rosyam Nor punya produksi, Elfira Loy dan Beto antara pelakonnya
best jugak drama tu…jarang orang nak buat drama macam tu
kisah anak-anak dan penghuni flat
sesiapa yang pernah tinggal di flat (bukan apartment ya)
boleh rasa perasaan dan situasi budak-budak kat situ

Aku pernah tinggal di kawasan setinggan yang padat
kawasan gitu ajelah pun yang sesuai untuk orang dari negeri miskin macam aku
nak tinggal apartmen atau kondo memang tak mampu sangatlah
masa tu baru je habis belajar, kerja pertama aku buat
namapun kawasan setinggan...penuh dengan macam-macam orang, 
macam-macam bangsa dan perangai ada
sesak sangat pepagi…malam pun masih sendat
kepala pun penuh je dengan macam-macam hal
sebab tak tahan dengan segala macam halt u
termasuk hal sosial dan gejala negative
aku berhenti kerja…tindakan pendek akal sebenarnya
patutnya aku pindah tinggal tempat lain
bukannya berhenti kerja. Namun, Alhamdulillah
dapat kerja kat sini…tempat yang lengang, tapi…mahal!
Redha ajelah!