Ahad, 27 Mei 2012

Kemalangan Maut Dalam Acara Himpunan Jutaan Belia Di Putrajaya?


Semalam aku ke PICC dengan CIk Bintang
Dia mencari cinta hatinya…dah sampai sana terus panjat hingga atas
Teropong suasana kemeriahan Sambutan Himpunan Jutaan Belia
Kononnya ada macam-macam acara gilang gemilang
konsert artis tempatan dan antarabangsa, Pesta Jepun, aktiviti sukan lasak,
pesta layang-layang, pertandingan sorak atau aktiviti kesenian,
tapak pameran dan macam-macam aktiviti
aku Terapong dari jauh aje, malas nak bersesak sama
Panas wehhh…dahlah sesak. Jalan banyak tutup
Parking pulak…bercinta nak menapak
Memanglah ada system park and ride
Boleh naik bas, tapi untuk aku yang biasa hidup dalam ekon
Dan lahir kat Kutub Utara ni…fuhhhhhh tak kuasa komer
Peluh melekit-lekit bawah ketiak tu
Banyaklah alasannya kalau tak nak pergi hu hu hu

Kalau takat nak tengok-tengok dan cukupkan jumlah sejuta orang je
Memang bukan aku orangnya
Pesta Buku aku sanggup je bersesak asalkan poket penuh
Untuk borong buku-buku yang aku suka
Tapi kalau takat nak bersuka ria dan longgarkan lutut
Aku dah terbiasa untuk tak pergi
Lainlah kalau ada tujuan lain…macam kena buat lawatan sambil belajar
Atau tugasan rasmi, kenalah pergi
Mungkin sebab aku dah tak belia lagi kot
Hu huh u tang benda-benda gini sanggup je jadi warga emas ya
Tang lain dok mengaku 18 tahun huh u hu

Bangun pagi-pagi hari ni
Teropong akhbar utama nak baca apa-apa yang patut
Tapi tengok entri-entri kat blog paparkan
Berlaku kejadian ngeri dan kemalangan maut di Putrajaya
Dalam salah satu acara dianjurkan Sambutan Sejuta Belia
Drif kereta…kononnya kereta yang lakukan acara drif
Terbabas dan melanggar penonton mengakibatkan kecederaan
Ada juga yang kata seorang telah maut

Aku tak ada di tempat kejadian, aku tak tahu statusnya macam mana
Akhbar pagi ini juga tidak ada yang catatkan berita ini
Namun beberapa blog seperti blog Ben Ashaari dan Anak seberang
Ada tayang gambar-gambar sebagai bukti
Dalam komen-komen dalam entri berkenaan juga
Ada yang mengaku jadi saksi kejadian
Kalau nak baca cerita kemalangan maut di Himpunan Jutaan Belia atau
Tengok gambar-gambar kemalangan drif kereta di Putrajaya tu
Bolehlah baca di blog Anak seberang
Gambar taklah jelas sangat sebab kejadian kononnya berlaku
Antara jam 12 tengah malam hingga jam dua pagi tadi
Guna kamera telefon aje kot

Dah geledah blog Ondscene dan blog sdr Mazidul
Tapi tak ada pulak berita pasal ni
Bagi sesiapa yang berada di tempat kejadian semalam


PsssT: KELANTAN dan Johor FC hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan bola sepak Liga Super 2012 di Pasir Gudang, malam tadi.

Kemaskini:
Berikut berita yang disiarkan Sinar Harian tentang kemalangan ini:



PUTRAJAYA - Seramai 22 penonton perlumbaan drag tercedera apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas ke tebing pembahagi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 di sini, semalam.


Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam pada sesi uji pandu (sesi ujian sebelum perlumbaan bermula) dan ketika itu Sinar Harian difahamkan lebih kurang 10,000 penonton hadir untuk menonton perlumbaan itu.

Seramai 19 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar dibenarkan pulang, manakala tiga lagi yang parah dirawat di Hospital Putrajaya.

Penganjur perlumbaan, Mohd Nizam Sazili berkata, ketika kejadian, kereta tersebut hilang kawalan apabila tiba-tiba tayar belakang kereta itu mengalami masalah sehingga terbabas menaiki tebing pembahagi jalan di situ.

Mohd Nizam berkata, pihaknya mengarahkan penonton untuk berada di lokasi dalam jarak yang selamat sebelum perlumbaan itu bermula. “Kita cakap kepada mereka, kalau tidak mahu pergi duduk jauh pada jarak yang selamat, kita tidak akan mulakan perlumbaan ini,” katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Menurutnya, pemandu kereta terbabit telah diikat jamin manakala keretanya masih di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Perlumbaan drag itu salah satu aktiviti sempena Hari Belia Negara dan Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Persatuan Permotoran MUSC Motorsport.

Utusan Malaysia juga menyiarkan berita ini dalam tiga entrinya. Sila ke laman web Utusan Malaysia untuk baca, manakala Berita Harian hanya siarkan 3 ayat sahaja.


nak tengok video tentang kemalangan drag himpunan sejuta Belia bolehlah tengok kat entri  berikut:


Video kemalangan himpunan sejuta belia 2012



PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT PhD., SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA BAGI SESI PENGAJIAN 2012/2013


Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat PhD., Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

Ø Semua Universiti Awam Tempatan (IPTA)
Ø Semua Politeknik Tempatan (Kementerian Pengajian Tinggi)
Ø Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan
Ø Sekolah Perhotelan Dan Pelancongan Negeri Sembilan


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN


1. Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon anak Negeri Sembilan

Atau

a) Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan.

Atau

b) Salah seorang daripada ibu/bapa telah menetap tidak kurang dari lapan (8) tahun berterusan di Negeri Sembilan (surat pengesahan daripada Ketua Jabatan/Ketua Kampung/Penghulu/ JKKK/Wakil Rakyat Kawasan berkenaan hendaklah dilampirkan).



CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dan melalui laman web www.yns.gov.my



PENTING

Borang permohonan hanya akan diberi kepada pemohon yang telah ditawarkan tempat masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam secara sepenuh masa dengan mengemukakan salinan surat tawaran yang telah disahkan.



PERINGATAN

1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya.



PERMOHONAN DIBUKA:-

1 Mei - 31 Julai (Peringkat Diploma)
1 September - 30 November (Peringkat Ijazah)



Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:-


Bahagian Pendidikan
Yayasan Negeri Sembilan
Tkt. 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06 -7628046
Website: www.yns.gov.my
Email: admin@yns.gov.my


Sabtu, 26 Mei 2012

Kemaman dilanda Puting Beliung


Sebanyak 64 rumah dan 5 gerai makan di 5 kampung
ranap dan rosak teruk akibat dipukul ribut dan puting beliung
dalam kejadian bermula jam 11.15 malam kemarin.
Jumlah rumah yang rosak membabitkan 34 buah
di Kampung Bukit Anak Dara (34); Kampung Titian Bertayun (22);
Kampung Ibai Penunjuk (4); Kampung Che Wan (3) dan
Kampung Teluk Kalong (1), 5 gerai makan sementara di Medan Selera Geliga.
atap rumah diterbangkan pusaran angin dan ribut,
ada juga rumah yang ranap dihempap pokok tumbang.

Takziah diucapkan kepada semua mangsa
Semoga mereka tabah hadapi ujian ini
Bagi yang berkemampuan, bolehlah hulurkan bantuan

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pelajaran Johor (Ypj)


Kepada adik-adik berasal dari negeri Johor terutamanya, permohonan dibuka untuk memohon pinjaman boleh ubah Yayasan Pelajaran Johor 2012;

1. Pemohon mestilah Warga Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor;

2. Pemohon mestilah telah mendapat tawaran tempat pengajian atau sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Dalam/ Luar Negara;

3. Pemohon tiada mendapat tajaan dari mana-mana agensi;

4. Pemohon mengisi permohonan secara on-line di laman web http://www,ypj.qov,my dan menghantarkan slip permohonan ke Yayasan Pelajaran Johor dengan menyertakan salinan dokumen sokongan.



DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN (yang telah disahkan)

1. Salinan Kad Pengenalan/ MyKad Pemohon;

2. Salian Sijil Kelahiran;

3. Salinan Kad Pengenalan/ MyKad Ibu dan bapa atau Penjaga;

4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT;

5. Salinan Sijil Berhenti dan Akuan Persekolahan;

6. Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Pengajian :- Sijil SPM,Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana;

7. Salinan Keputusan Peperiksaan IPT (jika ada);

8. Salinan Slip Gaji/ Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa atau Penjaga;

9. Lain-lain dokumen berkaitan.



HANTARKAN PERMOHONAN ANDA KE:-

Yayasan Pelajaran Johor
No. 12A, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya
Karung Berkunci 711, 80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

Maklumat ni je ada…kalau nak tahu maklumat lanjut lagi, cubalah cari di Yayasan Pelajaran Johor.


Jumaat, 25 Mei 2012

No Plat WWW 1 Berharga RM520,000


Fuhhhhh…jangan kata kapcai buruk yang akan guna nombor ni ya
Harga nombornya sahajapun dah boleh beli bangle
Bersama pengawalnya seorang Bangla huh u hu

Bidaan tertinggi diterima melalui no plat kenderaan WWW 1
Dengan harga bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1
yang dijual dengan harga RM300,100 sebelum ni
teringin nak tahu siapakah yang bertuah itu!

nombor WWW 333 menjadi pembida terbanyak (84 orang)
sebanyak 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 diterima
sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu
dengan kutipan dianggarkan sebanyak RM11.3 juta
keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW
akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini,
dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.

Aku memang suka nombor. Kalau di jalan raya aku suka memerhati
nombor-nombor kenderaan yang berada di jalan
namun, takat ni tak pernah lagi rasa nak beli nombor tu
apalagi nombor 4D atau nombor kuda yang lain
kalau harganya sampai cecah setengah juta, mmmmm
memang aku tak mampu kan? Tak kan nak tampal nombor tu
di motor buruk aku pulak…macam tak kena pula!