Jumaat, 25 Mei 2012
Samsung Galaxy S III akan berada di Malaysia
Diam tak diam dah tiga empat tahun aku guna telefon biru tu
Sangat jauh tertinggal, bagi kat Amir pun
Dia buat tak heran je…ohhhhh sungguh demand itu budak huh u hu
Masa nak beli Nokia XpressMusik yang tak berapa glamer dah tu
Aku main kutu…tiga bulan, dapat beli telefon sebiji
Panjang pula usianya, dah berapa kali terhempas dan pecah
Masih lagi berfungsi dengan baik
Kadang-kadang, ada juga aku jeling jeling hampir nak juling biji mata
Meleleh je ayaQ lioQ bila tengok bebudak sekarang ni guna
Telefon bukan main canggih dan bergaya lagi
Malaysia sendiripun dah keluarkan tablet 1Malaysia Pad
Tapi paling memberangsangkan…tak lama lagi,
Dengar khabarnya, Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung)
Akan melancarkan telefon pintar, Samsung Galaxy S III
(betul ke pintar? tara mana pintarnya dia ek?)
yang dijangka berada di pasaran dan menggumumkan harganya dalam jangka masa terdekat.
Samsung Galaxy III ialah generasi ketiga bagi segmen Samsung Galaxy S
Dengan ciri seperti perkongsian data dengan mudah dan
memahami kehendak pengguna menerusi suara.
Samsung S III juga turut dilengkapi kemudahan kamera belakang 8 megapiksel
dan 1.9 MP bagi kamera depan dengan dua segmen memori iaitu 16 GB dan 32 GB.
Agak-agaknya, yang mana satu sesuai untuk aku?
Ker nanti, ada benda alah tu…aku lupa nak buat kerja
Sepanjang masa dok baling burung huh u hu
Biasanya aku hanya akan tukar telefon bila dah rosak
sekarang masih lagi belum rosak
tetiba je teringin nak joli hu hu hu
Khamis, 24 Mei 2012
Harga Cintanya RM5 Juta
Kerana cinta, ramai yang sanggup korbankan apa sahaja
Sebab tu kita boleh jumpa macam-macam cerita cinta dalam masyarakat
Kalau aku ada RM5 juta, mungkin juga akupun boleh beli cinta tu
Namun, mana kita nak tahu itu sebenarnya cinta?
Mungkin ramai yang akan kata warga emas berusia 63 tahun itu
Pendek akal, bodoh atau apa-apa sahaja atau
Memaki hamun dengan macam-macam tuduhan
Terpulanglah kepada anda, namun aku sangat percaya
Bagi dia, cinta lebih penting dari segala-galanya
Bagi dia, cinta memberikan ketenangan hati ketenteraman jiwa
Malah cintalah jua mampu mengubah segala yang ada atas muka bumi ini
Biar seburuk manapun ia mampu jadi wangi dan indah
Kalau tak, mana mungkin orang berhenti bercinta
Sejak berzaman…sejak adam dan hawa lagi
Kalau kita serik untuk bercinta, masih ramai lagi yang tidak
Masih ramai lagi yang agungkan cinta
Walaupun ramai juga menjadi pengkhianat cinta
Memang cinta itu buta, ada masa orang itu sendiri rela butakan matanya
Sanggup apa sahaja
Errrr….apa yang aku dok bebel ni ya?
Mmmmm oklah aku tampal aje satu kisah cinta nan sebegini mahal
Jarang berlaku cinta semahal ini di negara kita
RM5 juta tu bukan sedikit…tambah pula dia seorang yang kaya
Maknanya, cintanya lebih besar nilai dari nilaian RM itu
Sanggupkah anda?
Aku? Hu huh u sudah semestinya tak sanggup
Daku bukanlah sesetia mana, bukanlah pengagung cinta abadi
Kalaupun tangkap leleh merindu dendam menggebu-gebu dilanda ombak rindu
Biarlah geloranya tersembunyi kemas jauh di dasar hati
Hu huh u tu la pasal taka da siapa tahu aku boleh ditakel kan?
Huh! Salah sendiri juga…nak buat macam mana, aku kan pemalu!
KUALA LUMPUR: Demi cinta terhadap seorang 'jeneral' dalam tentera Amerika Syarikat yang dikenali menerusi laman sosial, seorang ibu tunggal warga tempatan sanggup menjual harta bendanya dan menyerahkan hasil jualan berjumlah RM5 juta itu kepada lelaki berkenaan tanpa menyedari dirinya ditipu oleh satu sindiket antarabangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany berkata sejak 2010, wanita berusia 63 tahun itu yang datang daripada keluarga berada, sanggup menjual banglonya di Bangsar di sini, dengan nilai RM3.5 juta manakala RM1.5 juta lagi diperoleh dengan menjual tanah miliknya, berhutang dengan rakan serta saudaranya untuk diberi kepada lelaki itu.
"Polis telah menjejaki sindiket itu sejak anak wanita itu membuat laporan polis pada September tahun lepas, manakala ibu tunggal itu enggan bekerjasama kerana yakin terhadap cintanya itu sungguhpun siasatan mendapati 'jeneral' itu sebenarnya tidak wujud," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Izany berkata hasil intipan sejak lapan bulan lalu, polis menahan 15 lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan berusia 50 tahun, yang menjadi pemilik akaun bank untuk transaksi wang mangsa, masing-masing pada Isnin dan semalam, di sekitar Kota Damansara, Subang Jaya dan ibu negara.
Siasatan polis mendapati kesemua 15 warga Nigeria itu, berusia antara 25 dan 30 tahun, adalah pelajar di kolej swasta di sini dan mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan kes penipuan internet mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Wanita tempatan itu pula bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan pihaknya mendapati wanita itu adalah kekasih seorang daripada anggota sindiket yang ditahan. Wanita itu menjadi keldai akaun kepada sindiket berkenaan dengan menggunakan namanya untuk mendaftarkan dua syarikat tempatan serta membuka lima akaun bank di sini.
"Kesemua wang mangsa dimasukkan ke dalam akaun wanita itu dan wang mangsa berjumlah RM5 juta dipindahkan terus ke Nigeria. Transaksi terakhir dibuat wanita itu pada pagi Isnin di sebuah bank di sini bernilai RM50,000,”. 11 buku akaun pelbagai bank, sembilan kad ATM, tiga modem, 14 komputer riba dan 20 telefon bimbit turut dirampas.
Cintaku tak payah dibeli pun taka da orang nak
Maklumlah, aku mana ada RM5 juta. Ya tak?
Rabu, 23 Mei 2012
Keputusan Perlawanan Piala AFC Kelantan Lawan Trengganu
Bagi peminat bolaa sepak negara yang tidak sempat nak tengok Siaran Langsung perlawanan bola sepak piala AFC antara Kelantan @ The Red Worriors dengan Terengganu yang disiarkan secara langsung di TV1 tadi, berikut adalah keputusannya;
Kelantan @ The Red Worriors: 3
[(Farhan; minit ke 3 & minit ke 18), (Rizal Fahmi; minit ke 47)]
Terengganu: 2 [Ishak Faruqi; minit 56...satu lagi? Ntahhh korang cari sendirilah hu hu hu]
Keputusannya: Kelantan 3 Terengganu 2
Alhamdulillah, Kelantan akan ke suku akhir Piala AFC 2012
Tahniah Kelantan!
Gomo Kelate Gomo!
Paling utama kena gomo dulu, kalah menang perkara kedua.
Jaringan gol Kelantan ke 3:
Kalau lupa diri, aku pun dah lompat macam tu hu hu hu ...nasib baik masih ingat lagi la la la
PsssT: Macam main dalam baruh pulak...bola pun payah nak melayang dek air berladung atas padang. Tapi, macam seronok je mereka main. Kalau aku ada situ...mesti bes boleh sorak jerit pekik sambil lompat-lompat dalam hujan la l ala la
PsssT: Cayalah Khairul Fahmi Che Mat @ Apek...dikau tetap hensem tiap kali menyelamatkan gawang Kelantan ;)
PsssT: Komen moderator RTM: Walaupun Kelantan kerap tukar pemain tengah, tetapi mereka mampu bermain dengan baik kerana wujudnya keserasian antara mereka. Aku anggap itu sebagai pujian. Kor guano?
PsssT: Banyaknya peluang dan asakan TRW dibazirkan...hu hu hu
Piala Thomos 2012 di China: Malaysia GAGAL ke separuh akhir bila kalah dengan China 3-0.

Kelantan Lawan Terengganu Piala AFC Malam Ni
Malam ni, dua wakil Malaysia, Kelantan dan Terengganu
pada pusingan kedua Piala AFC akan bertarung malam ni
Kelantan skuad The Red Warriors yang baru menjulang piala FA minggu lepas
dah pasti nak sambung kegemilangan tersebut
semangat masih lagi membara ni
penyokong pun masih hangat dan panas lagi aliran darahnya
belum habis lagi sorak…masih terkenang kemeriahan Bukit Jalil
Terengganu pula, skuad Peteh itu nak tebus kekecewaan
gagal mempertahankan Piala FA yang dimenangi musim lalu
selepas tersingkir pada aksi separuh akhir.
Lagi hangat bila Peter James Butler yang dulu jurulatih Kelantan
sekarang ni membimbing Terengganu pula…alahai!
Stadium Sultan Muhammad IV akan panas lagi malam ni
ramai yang jangkakan aksi lebih sengit berbanding final Piala FA di Bukit Jalil lalu
Gomo Kelate Gomo!
Gomo Kelate Gomo!
Tak kesahlah menang atau kalah malam ni,
Aku hanya harapkan permainan terbaik dari TRW
harapkan juga peminat lebih bersusila
Video Debat PTPTN Khairy vs Rafizi
Rangkaman Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berlansung pada 22 Mei 2012 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24.
Debat, jangan tak debat...lama-lama tengok debat secara langsung di kaca TV malam semalam buatkan aku rasa macam nak tumbuk TV. Kalian tengoklah sendiri video-video debat antara Khairy Jamaluddin dan Mohd Rafizi Ramli kat bawah berkaitan isu PTPTN.
Kalau tanya mahasiswa, bukan mereka tak nak bayar. Memanglah mengharapkan pendidikan percuma, namun isunya adalah caj yang dikenakan. Macam bunga gitu...interest. Contohnya, adik aku guna PTPTN 16K, kena bayar semula 23K...itu kalau bayar terus. Kalau tangguh-tangguh bayar sebab belum dapat kerja lagi, akan lagi naiklah macam pinjam ceti @ AHlong tu...nasib baik aku tak ada pinjaman PTPTN, kurang sikit hutang hu hu hu
Kalau aku pinjampun aku akan bayar. Lebih-lebih lagi itu akan libatkan keberkatan rezeki pada masa hadapan. Lagipun, untuk umat Islam...tak bayar hutang di dunia ada impaknya dengan kehidupan di alam kubur dan di akhirat. memanglah di dunia boleh lari takat hutang PTPTN je...kat sana nanti? Sendiri mau ingatlah! Opsssss! dah bebel!

Maklumat lanjut pasal debat PTPTN berkaitan Pemansuhan PTPTN dan hala tuju pendidikan negara kita pada masa depan boleh baca dalam entri aku sebelum ni KAT SINI
Kepada yang tak berkesempatan melihat atau mendengar debat panas ni semalam, boleh tengok hari ni...sila nilai sendiri ya
Pusingan Pertama
Pusingan kedua
Pusingan ke tiga
Komen aku: Biarlah rahsia, aku belajar dari Siti Nurhaliza hu hu hu
PsssT: Aku memang dok tertunggu-tunggu ni Debat antara PM kita yang terchenta tu dengan Datuk Sri Anwar Ibrahim....Itu baru best, ye dak? Sokong sangat cadangan Moderator Dr Maszlee Malik yang cadangkan Debat ni diadakan tahun 2012. Aku cadang, biarlah dibuat sebelum PRU13 pasal pilihanraya bersih.
Langgan:
Catatan (Atom)