Memaparkan catatan dengan label Debat Khairy vs Rafizi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Debat Khairy vs Rafizi. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mei 2012

Video Debat PTPTN Khairy vs Rafizi


Rangkaman Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berlansung pada 22 Mei 2012 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24.

Debat, jangan tak debat...lama-lama tengok debat secara langsung di kaca TV malam semalam buatkan aku rasa macam nak tumbuk TV. Kalian tengoklah sendiri video-video debat antara Khairy Jamaluddin dan Mohd Rafizi Ramli kat bawah berkaitan isu PTPTN.

Kalau tanya mahasiswa, bukan mereka tak nak bayar. Memanglah mengharapkan pendidikan percuma, namun isunya adalah caj yang dikenakan. Macam bunga gitu...interest. Contohnya, adik aku guna PTPTN 16K, kena bayar semula 23K...itu kalau bayar terus. Kalau tangguh-tangguh bayar sebab belum dapat kerja lagi, akan lagi naiklah macam pinjam ceti @ AHlong tu...nasib baik aku tak ada pinjaman PTPTN, kurang sikit hutang hu hu hu

Kalau aku pinjampun aku akan bayar. Lebih-lebih lagi itu akan libatkan keberkatan rezeki pada masa hadapan. Lagipun, untuk umat Islam...tak bayar hutang di dunia ada impaknya dengan kehidupan di alam kubur dan di akhirat. memanglah di dunia boleh lari takat hutang PTPTN je...kat sana nanti? Sendiri mau ingatlah! Opsssss! dah bebel!

Maklumat lanjut pasal debat PTPTN berkaitan Pemansuhan PTPTN dan hala tuju pendidikan negara kita pada masa depan boleh baca dalam entri aku sebelum ni KAT SINI 

Kepada yang tak berkesempatan melihat atau mendengar debat panas ni semalam, boleh tengok hari ni...sila nilai sendiri ya


Pusingan Pertama




Pusingan kedua





Pusingan ke tiga



Komen aku: Biarlah rahsia, aku belajar dari Siti Nurhaliza hu hu hu

PsssT: Aku memang dok tertunggu-tunggu ni Debat antara PM kita yang terchenta tu dengan Datuk Sri Anwar Ibrahim....Itu baru best, ye dak? Sokong sangat cadangan Moderator Dr Maszlee Malik yang cadangkan Debat ni diadakan tahun 2012. Aku cadang, biarlah dibuat sebelum PRU13 pasal pilihanraya bersih.