Isnin, 19 Mac 2012

Siti Nur Fatihah Pula Diculik Masa Beli Kad Tambah Nilai


Belum reda lagi dengan kes pembunuhan menyayat hati 
Dirang @ Nurul Nadirah Abdullah dicekik, dibunuh dan dibakar 
dalam lubang di kebun kelapa sawit
semalam 18 Mac 2012 seorang pelajar perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi
Telah diculik ketika keluar bersama dua adik kembarnya
masa beli kad tambah nilai prabayar berhampiran rumahnya di Taman Tas, Kuantan.

Siti Nur Fatihah Mahadi, gambar dari Berita Harian

Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan
keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adik kembarnya;
Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman, 11 tahun.
Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, terkejut diberitahu anak anak kembarnya
memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.
mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis honda berwarna gelap
oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali.
orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa
diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran @ hubungi
Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361.

Kepada anda yang prihatin, sebarkanlah maklumat ini
moga-moga usaha kecil kita ni dapat menyelamatkan remaja comel tu
moga-moga juga, tak ada manusia bebal yang cuba ambil kesempatan
atas kesulitan orang lain dengan menambah beban kepada keluarga mangsa
dan anggota polis yang menyiasat
Kalau tak mampu nak membantu, tolonglah jangan membebankan pula!


Kemas Kini 20 Mac: 
Ibu Siti Nur Fatihah Mahadi menerima panggilan (perbualan selama2 jam)
daripada seorang lelaki dikenalinya kira-kira jam 2 pagi
 memberitahu anaknya berada dalam keadaan selamat.
"Lelaki @ remaja itu (tingkatan 4) mendakwa seorang wanita telah menghubunginya
dan memberitahu anak mak cik berada di sebuah rumah ibu angkat
 seorang daripada mereka dan akan pulang ke rumah 'esok-esok'
kerana kehilangannya kini telah menjadi kes polis,"

Polis masih menjalankan siasatan daripada segenap sudut
kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan
kerana menculik dari penjaga yang sah
kalau gini gayanya, tak lama lagi kes ni insyaallah akan selesai


polis Malaysia ni hebat, jangan nak perlekehkan mereka!

Kalau betul begitu, Alhamdulillah.
Risau kalau-kalau jadi macam kes Nazatul Fardiana yang masih trauma
walaupun dah diselamatkan Polis Thailand selepas berjaya melarikan diri
daripada sekumpulan anggota sindiket pelacuran
di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok minggu lalu.



Rakyat Malaysia Di Syria Dinasihat Pulang?

Biar betul!
Rakyat Malaysia di Syria dinasihatkan pulang ke tanah air
keadaan keselamatan di negara itu berkemungkinan menjadi lebih buruk
dan membahayakan keselamatan dah sekarang ni.

Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Damsyik
sarankan semua rakyat Malaysia supaya hati-hati dan elak perjalanan tak perlu.
Sesiapa yang nak pergi Syiria pun, eloknya tangguh dulu
hingga keadaan pulih
kedutaan mengesahkan semua 168 warga Malaysia di Syiria
yang berdaftar dengannya selamat dan tidak terbabit
dengan letupan bom di tengah kota Damsyik
yang menyebabkan 27 kematian dan mencederakan 140 yang lain.

Masih ingat lagi kesah pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang dulu?
harap-harapnya tak akan berulang lagi
yelah…kos sangat tinggi tu walaupun Perdana Menteri kita kata
negara kita prihatin dengan rakyatnya


PssssT:

PM yakin Barisan Nasional mampu rampas negeri-negeri dikuasai pembangkang
pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti
katanya “hanya kerajaan BN sahaja yang mampu
membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan” kepada rakyat

Agaknya dapat rampas tak kampong aku?

Ahad, 18 Mac 2012

Jawatan Kosong di Kementerian Pengajian Tinggi

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengenalpasti cajon-cajon yang sesuai bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan Warden Gred 32/34 (Terbuka) di Education Malaysia (EM) Mesir, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sehubungan dengan itu, sukacita bersama-sama ini disertakan sesalinan iklan berhubung tawaran pengisian kekosongan bagi jawatan tersebut.

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan boring KPT .5.500-8/2/6 Jld.2 seperti yang dikepilkan bersama. Borang tambahan boleh dimuat turun secara on-line melalui laman web KPT iaitu http://www.mohe.gov.my atau dibuat salinan fotostat. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Mac 2012 (Jumaat).

IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI KERAJAAN UNTUK BERKHIDMAT EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pengajian Tinggi, seperti berikut:

(i) Warden, Gred 32/34 (Terbuka) di Education Malaysia Mesir

SYABAT-SYARAT UMUM PEMOHONAN
i) Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
ii) Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan
iii) Mempunyai prestasi kerja di tahap 85% (melebihi sasaran/cemerlang) dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2008,2009 dan 2010);
iv) Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon
v) Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib
vi) Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

SYARAT-SYARAT UTAMA PERMOHONAN
a) Terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 32 atau Gred 34 dan telah disahkan jawatan;
b) Tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan;
c) Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan sekurang-kurangnya 5 tahun; dan
d) Mempunyai pengalaman yang luas dalam tug as pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, pengurusan hat ehwal pelajar, pengurusan sumber manusia, pengurusan majlis dan perhubungan awam.


KEUTAMAAN KELAYAKAN
Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:-
i) Mempunyai pengalaman yang luas dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, pengurusan hal ehwal pelajar, pengurusan sumber manusia, pengurusan majlis dan perhubungan awam.
ii) Mempunyai perwatakan & peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum;
iii) Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

CARA MEMOHON

i) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT .5.500/8/2/6 Jld.2 yang boleh dimuat turun melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi: http://www.mohe.gov.my ;

ii) Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
Satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta Pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh;
Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
Satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2008, 2009 dan 2010) yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
Satu (1) salinan Sijil! Diploma! Ijazah yang berkaitan yang disahkan; dan
Satu (1) salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
Lampiran A -Ringkasan butiran peribadi serta pengalaman yang berkaitan dengan tugas yang dipohon.

iii) Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan;
dan

iv) Semua perrhohonan yang lengkap diisi berserta dengan dokumendokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi
Sahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 15, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p: Urusan Pengambilan EM)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 30 Mac 2012 (Jumaat). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

TEMUDUGA
Hanya cajon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temu duga.
Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh tutup permohonan.

PERTANYAAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:
i) Puan Izzatul Fardiah binti Othman
    Emel: izzatul@mohe.gov.my
    Telefon: 03-88705211

ii) Puan Zuraidah Anum binti Ramli
    Emel: zuraidah2@mohe.gov.com
    Telefon: 0388705209

iii) Cik Norhana binti Abd Aziz
    Emel: norhana.pts@mohe.gov.com
   Telefon: 03-88705241

Macam best je kalau boleh kerja kat luar negara...hu hu hu jom mintak! ~~~~ sayangnya, daku tak layakkkk!

Sabtu, 17 Mac 2012

Makan Malam Romantik Terpenuh Tradisi Bertemankan Lentuk Nyala Lilin

biarpun tidak bertemankan bulan bintang di langit
disuluhi lampu di celah pokok dan cahaya lilin dalam gelas kaca
sudah cukup sempurna untuk nikmati makan malam berdua...


terisi nilai tradisi jua
dah lama tak makan sambal belacan
makan bersuap rapat tarian jari singgah antara ulam dan sambal belacan
antara nasi ke daging salai dan kangkung goreng belacan

sesekali bertemankan cahaya lilin
sambal belacan terlebih enak di lidah
terlebih sedap di tekak

samakah rasanya dengan gulai Mek? 


Jumaat, 16 Mac 2012

Pesanan Kepada Perempuan Cantik Yang Masuk Surau

Entri hari Jumaat...kisah di sebuah surau di sebuah Pusat beli belah:

Jam dah 2.30 petang, surau agak ramai orang
perlu tunggu telekung dari pengguna lain yang dah siap
perlu juga tunggu ruang untuk solat

Seorang perempuan muda cantik nan comel
sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
terus sahaja melangkah ke sejadah yang baru kosong
betul-betul di baris paling hadapan
tersimpuh ayu, dia letakkan beg cantiknya di kepala sejadah
dengan sopan dia bersihkan make up di wajahnya
tenyeh dan tonyoh bedak di wajah
tenyeh dan tonyoh pelupuk mata
tenyeh dan tonyoh lipstik di bibir
lima minit dia bersimpuh ayu di sejadah paling hadapan
dengan semua urusan berkaitan keindahan muka
sedang dibelakangnya, Insan-insan sujud ke sejadah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
tinggalkan selambak tisu sebelah beg cantik di kepala sejadah
ambil wuduk, kemudian tunggu telekung
dengan sopan juga mengadap Allah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
Sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
Selesai solat terus tenyeh dan tonyoh bedak di muka
tenyeh dan tonyoh pelupuk mata
tenyeh dan tonyoh lipstik di bibir
sekejab tenyeh lipstik, sekejab lain lap dengan tisu
tambah lipstik lagi…ratakan dengan kemut-kemut mulut itik
lukis pelbagai warna di pipi juga
lap sana sini dengan tisu, kemudian longgok lagi sebelah beg cantik
lima minit dia bersimpuh ayu di sejadah paling hadapan
dengan semua urusan berkaitan keindahan muka
sedang dibelakangnya, Insan-insan sujud ke sejadah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
Sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
Anggun dan ayu, manis menawan dia melangkah keluar surau
di kepala sejadah baris paling hadapan,
longgok tisu berceloreng bekas makeup tak terbuangkan

seketika berada di surau sebuah pusat beli belah
betapa ramainya gadis cantik nan comel ayu
lebih mementingkan wajah indah berbanding pengguna surau lain
berbanding insan yang sujud di belakangnya
ingatkan dia seorang sahaja…rupanya;
memang macam tu ya?
Dah jadi trend terkini ya?
Tak kesah ke orang sujud berada di belakang kita?

Betul tak kesah???
Betul????

Tapi...aku kesah.
Aku tak mau orang comel begini kat depan masa tengah solat
boleh tak jangan buat macam ni kat depan aku?
aku insan marhaen yang rendah nilai tawaduknya masa solat
karang jenama lipstik dan bedak apa yang kalian guna
muncul dalam benak masa angkat takbir
karang, tudung kalian yang cantik lawa
berjenama mahal dari butik tersohor singgah di minda
menari-nari menjolok keingin untuk pakai sama
nak jadi lawa comel menawan macam kalian juga,
entah ke mana fatihah aku
entah ke mana tahiyat aku
entah ke mana kusyuk aku...
errr...boleh tak kalian hadap TV alhijrah sesekali tengok
30 minit bersama Ustaz Don Daniyal
sangat terperinci penerangannya bab solat
walaupun hanya penerangan tentang cara berpakaian semasa solat
kalian akan tahu kenapa aku tiba-tiba jadi kesah
bab tanggal make up atau tambah make up depan jemaah ni

kat belakang tak boleh buat eh?
rasanya, kalian akan lebih menawan cantik jelita anggun bergaya
kalau hormati perempuan tak berapa nak menawan macam aku nak solat

Opsssss! Aku dah berleter panjang!
teruja sebab...akan jejak Tanah Serendah Sekebun Bunga hari ni
la la la hati berlagu ria ;)