Rabu, 29 Februari 2012
Selasa, 28 Februari 2012
Peminat Misteri tu Mengasyikkan atau Menyusahkan?
Ada peminat misteri
memang seronok kalau zaman remaja dulu
Secret admirer buat hati
rasa melambung seronok
masa tu, secret macam
mana pun paling-paling curi-curi jelling je
tak adalah sampai hantar
ayam bagai
[3 ekor tu…boleh
sembelih, masak kari sedap ayam kampong!]
ngeri lagi kalau dah
sampai tahap hantar seluar dalam bagai
kalau yang belum guna
letak dalam kotak tu masih ada tanda harga
boleh juga sedekah kat
orang
bila dah guna…fuhhhh
lain macam pulak rasa seramnya
berdiri bulu roma eden
errrr ini kisah yang
berlaku di wangsa maju yang boleh dibaca di ondscene
kalian ada kisah peminat
yang misteri sebegitu?
atau misteri hanya tahap
jelling jelling senyum senyum sipu sipu malu
dan tidak bahayakan
kesihatan awam?
jenis kedua boleh kita
jumpa di mana-mana
siap simpan jadi
kenangan indah zaman remaja
namun bila berhadapan
dengan situasi pertama,
sangat merisaukan kerana
semua gerak geri kita diperhatikan
dan kita tak tahu siapa
musuh kita itu.
Masa awal-awal kerja
dulu
aku pernah juga berdepan
dengan situasi ada secret admirer begini
bukan di rumah, tapi kat
pejabat
jadi, gerak geri aku
bagaikan diintip
macam ada cctv pulak,
apa yang aku buat dia tahu
aku dating pejabat jam
berapa, balik jam berapa
macam dia tahu. langkah
aku sampai je kat pejabat
belum duduk lagi,
telefon dah bunyi
bila angkat, SENYAP. Diam.
Sepi. Tak bersuara.
kadang-kadang bunyi
dengus nafas je
panggilan yang serupa
aku akan terima selepas jam 5 petang
macam tahu je aku balik
lambat.
Awalnya aku buat tak
tahu je, macam tak ganggu apa-apa
lama-lama makin kerap
kena ganggu dengan macam-macam gaya
tapi bila aku terima
satu surat tanpa nama pengirim
…isinya adalah gambar
18sX yang diprint dari website
sakit kepala juga
dibuatnya sebab aku mula sedar yang orang itu
serius dan jadikan aku
sebagai sasaran
setelah bincang dengan
bos, akhirnya dia jadi seketeri aku pulak
yang akan jawab semua
panggilan selepas waktu pejabat
agak lama gangguan itu
berlanjutan hingga jadi kes di bahagian keselamatan
dah tentu tak ramai
orang tahu kecuali orang tertentu
dan aku pula terpaksa
mengubah banyak rutin dalam hidup
masa pergi dan balik
kerja berubah, bos benarkan aku datang dan balik sesedap rasa
parking kenderaan juga
di tempat berbeza setiap hari
hingga pernah jadi, aku
lupa parking kat mana
makan, shoping dan
sebagainya juga berubah
semua tu untuk kelirukan
sang peminat misteri yang menyusahkan
hidupku itu
semua tu senyap dan
berhenti macam tu sahaja
aku tak sedarpun sejak
bila si peminat itu dah mula tak minat
siapa kata ada peminat
misteri itu membahagiakan?
siapa kata semua peminat
misteri berikan kita bunga-bunga
yang indah berkembang di
taman hati?
Aku memahaminya andai
selepas ini, si Jelita dihadiahi 3 ekor ayam dan
seluar dalam terpakai
itu akan alami trauma untuk berada di rumah sendiri
sebagaimana aku pernah
alami rasa cinta yang merudum
setiap kali pergi kerja
sedangkan aku sangat sukakan kerja aku itu.
PsssT: Gambar Tatoo di dada Erykah Badu, artis kulit hitam amerika
dipaparkan dalam the Star. Hari ini, diputuskan konsert Erykah badu di Kuala Lumpur
telah dibatalkan. Batal???????
Yupppp! batal!
Nak tengok rupa tatoo yang menyebabkan konsert ini dibatalkan
boleh dilihat di google search image
aku tak sudi nak letak wajahnya yang "tak berapa nak lawa" itu kat sini
terutama bila ada tatoo sebegitu.
dipaparkan dalam the Star. Hari ini, diputuskan konsert Erykah badu di Kuala Lumpur
telah dibatalkan. Batal???????
Yupppp! batal!
Nak tengok rupa tatoo yang menyebabkan konsert ini dibatalkan
boleh dilihat di google search image
aku tak sudi nak letak wajahnya yang "tak berapa nak lawa" itu kat sini
terutama bila ada tatoo sebegitu.
Isnin, 27 Februari 2012
Pesanan Awal Minggu
Aku salin semula pesanan awal minggu
diterima melalui email rasmi
peringatan untuk aku
untuk rakan-rakan jua
ia bukan sahaja dinilai sebagai jenayah
lebih utama Keberkatan Rezeki
Jumaat, 24 Februari 2012
Aminnnn…Makbulkanlah Doaku ini Ya Allah!
Hari Jumaat yang mulia,
penghulu hari sepanjang seminggu
hari ini makcik sihir
yang selalu kenakan seragam hitam lusuhnya
yang terbang guna
penyapu lidi pada malam yang kelam
sambil menyembunyikan
gigi rongak, hidung tingginya dek kekurangan kalsium
maka pada hari inilah
dia sedang menerbangkan
dirinya menjalani ibadah umrahnya
Haji sudah, umrah entah
berapa kali juga sudah
Alhamdulillah
Murah rezekinya
Kita ni entah bila mampu
jejak kaki di Bumi Haram itu
Mudah-mudahan suatu hari
nanti
Kita juga mampu
berteleku di hadapan kaabah
Aku hanya mengharapkan,
aku berdoa moga-moga
Setelah kembali nanti
Hatinya jadi PUTEH
Aminnnnn!
Lisa & Yusri dah Selamat...aku?
Sama ada
ramai orang terintai-intai mencari
Gambar perkahwinan atau pernikahan
artis Lisa Surihani dan Yusry KRU
Yang berlangsung
di Mariot Putrajaya,
kemudian
majlis resepsi Lisa Surihani dan Yusri
pada Ahad ni di PICC Putrajaya
ohhhhh
dah pasti jem Putrajaya Ahad nanti dengan orang pergi kenduri mereka
orang
serbu Pesta Buku Islam dan juga…lumba basikal LTDL 2012 (Le Tour de Langkawi)
opssss!
Lumba basikal tu pada hari Jumaat dan Sabtu huh u hu
merata
dah tersebar gambar hari bahagia mereka
Lisa
yang comel Yusry nan ensem
Sama-samalah
kita doakan mahligai yang mereka bina ini
Kekal
abadi hingga Syurga
Moga dapat
berdozen bebi yang comen, cun dan ensem juga
Kepada
semua jejaka idaman Malaya yang retak serpih
hati patah jiwa merana, putus
harapan
berduka nestapa dan frust menonggeng dengan perkahwinan ini
Apa salahnya
doakan kebahagiaan mereka ya
Kata orang
"Kalau
kita cintai seseorang, maka izinkan dia hidup bahagia"
Tentang
diriku…biarlah merana tanpa siapa peduli huk huk huk
Aduhaiiiii
terlebih emosi bagi PIHAK lah pulak…
Namun
bagi aku,
Lebih
teruja nak tunggu bulan Mac nanti
Walaupun
sebenarnya kalau boleh janganlah bulan Februari ini berlalu
[tahu
tak bulan April tahun ni ada 29 hari?
Sesiapa
yang lahir pada tarikh ini boleh buat pulut kuning dan
Jangan
lupa pulak ajak aku…
Ayam golek
sama ya!]
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat pengumuman
mengenai
Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
dalam waktu terdekat dalam perhimpunan besar-besaran
yang
akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam
akan
diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac 2012.
Lisa Surihani dan Yusry memang dah selamat
aku? sampai bila nak kena tunggu ni?
memang umum 12 Mac ek?
Aduhaiiiii stress tau!
Lambatnya nak datang Mac!
Langgan:
Catatan (Atom)