Rabu, 22 Februari 2012

Lisa Surihani Kahwin Esok Lusa Aku Lagi Teruja Kejar Formula SBPA Baru



Tetiba entri ini terpadam sebahagian daripadanya
tanpa aku sedari, dah cuba untuk baikpulih
namun aku sendiripun dah lupa tulis tentang apa
berkaitan perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU
esok lusa ni,
tinggal hanya dua perenggan ni sahaja
itupun terlompat sana sini hu huhu
berkaitan SBPA je 
V
V
V
V
V
V

Alhamdulillah kalau betul-betul tambah baik
Tambah gaji…aku sokong je walaupun peluang untuk aku tu kira ehsan je lah
Nak betul-betul naik sebab penilaian tahunan, baik tak payah
Mimpi pagi hari namanya


dan perenggan ni:


hakikatnya? Bukan semua orang dapat

kalaupun telus, bukan di semua tempat
tetap juga ada yang teraniaya. Semua tu kan ada kuota
kalau orang macam aku ni…payah sikitlah
kecuali gulingkan bos dan kroninya
boleh gitu? Ada sesiapa nak jadi talibarut tak?


Adakah aku dah terkena tulah?
apapun, harapnya perkahwinan Lisa dan Yusry akan kekal bahagia 
hingga ke syurga
ada sesiapa nak jengah majlis kenduri mereka di PICC tak?
teruja nak tengok gambar perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry
mesti comelnya dia lebih terserlah


Selasa, 21 Februari 2012

Student Tu Bukan Pelanggan Ek?

Kalau rasa nak diberi layanan macam peminta sedekah,
Mengaku ajelah diri anda sebagai student
Tak kiralah di kedai makan, atau di pintu bank terkemuka
Anda memang akan dilayan dengan sewajarnya
Macamlah kita bayar semua tu dengan voucer buku 1Malaysia
Namun itulah hakikatnya
Siapa kata hebat jadi pelajar ni?
Siapa kata boleh nak bermegah? Tak ada maknanya!

Akupun tak tahu sampai bila mentaliti orang Malaysia ni akan berubah
Suka sangat hukum orang dengan apa yang dilihat
Apa yang didengar walaupun belum tentu lagi semua tu betul
Kemudian buat analisis dan andaian yang merepek
Paling tidakpun salahkan segala jenis hantu
Mentang-mentanglah hantu tu tak boleh nak jawab balik!

Tahu tak kenapa aku seronok jadi pelajar?
Jadi orang yang sedang menimba ilmu?
Jawabnya terlalu mudah:
kalaupun waktu ini ditakdirkan umur aku pendek
aku tergolong antara orang-orang yang mati syahid
boleh gitu?

Jadi, kepada semua bank…walaupun aku banyak hutang,
Kepada tauke kedai makan…walaupun aku tak mampu makan sedap-sedap
(eh dah lupa ya…aku kan asal dari negeri miskin
Mana mampu nak makan mewah dan sedap)
Kalaupun tak mampu nak bagi layanan bak Tuan Puteri
Tak payahlah ada diskriminasi
Aku tau lah aku ni awet muda, macam budak sekolah umur 17 tahun
Tapi mampu lagi takat nak beli behun sup tak cukup rasa tu


PsssT: ini adalah entri stress seorang aku yang nak kejar tarikh MATI esok, jadi sila abaikan kelainan kromosom atau kecelaruan genetik…lebih tak boleh pakai kalau aku katakan berlaku “kacau bilau hormon” dek  Perubahan ekstrogen, tapi belum sampai tahap menopause lagi ya…

Maaflah, Aku Pendamkan FB Kamu di Wall


Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
bukan tak suka tengok wajah hensem pelbagai aksimu
yang sering ditampal itu
tapi aku malu nak menatapnya
bila dikau menyeksikan diri dengan gaya macam-macam aksi
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?

Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
Bukan tak suka tengok dikau ubah status 14 juta kali sehari itu
tapi aku malu nak menatapnya
tiap patah kata penuh sopan santunmu itu
layak ditujukan kepada rakan-rakan di zoo sahaja
aku yang tidak berada di situ amat tidak selesa nak baca
maklumlah, itu kan perasaan-perasaan bersifat pribadi
ekslusif untuk sahabat di sana
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?

Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
bukan tak suka tengok dikau chating retis bagai
tapi aku malu menatap betapa buayanya dikau
mengayat setiap dara dan mak dara yang jadi rakanmu
bukan mesra itu kucemburui
namun bibit yang ada bak mengundang bala hubungan terlarang
kita kan ada budaya timur ada batas nan tersendiri
biarpun katamu: kat FB je…kat luar ai baik dan warak
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?

Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
bukan tak suka tengok komen dikau tentang rakan-rakan sendiri
namun bahasanya sangat menyentuh rasa
andai rakan sendiri dikau boleh sekasar itu, aku nanti bagaimana?
apa nak kujawab kepada rakan-rakanku sendiri
pastinya sangat hairan bila aku berrakan dengan orang sebegini
sejak bila pula gurauku cara sebegitu?
aku jua ada rakan yang perlu dijaga hatinya
aku juga ada hati yang perlu rakan jaga ia
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?

Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
sensitif dikau mengalahkan budak perempuan bawah umur
pantang tegur sikit meroyan berkoyan-koyan
menyembur bahasa WANGI merata alam
daku yang jauh beratus batupun tempiasnya terasa
panas telinga payah nak selindung
usah kata aku tak faham darah mudamu
aku juga pernah muda dan masih juga muda (ek?)
tak perlu tunggu tua (Bangka) untuk berubah lebih baik
usia itu hanya satu angka orang kata
tapi kalau dah bongkok sabut perangai macam bayi di bedungan
memang payah nak kata…tak terkata dah
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?


Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
sebelum aku meroyan hilang akal dek tingkahmu
baik aje diam-diam dipendam di wall
tak kacau sesiapa…
maaflah ya…memanglah sengaja tapi memang tak upaya
nak kawal diri nengok tingkahmu
bukan aku kenal pun!

Salah aku juga
asal orang add je terus terima
tak sampai hati kononnya
nak tunjuk baik kononnya
tak nak dikata sombong kononnya
akhir sekali...sendiri yang susah!

Padan muka aku!

Ahad, 19 Februari 2012

Penyanyi Latif Ibrahim Meninggal Dunia?

sambil buat kerja sambil mengadap TV
Melodi di TV3 bagi tahu tersebar khabar angin di internet mengatakan
penyanyi 80-an Latif Ibrahim meninggal dunia adalah
TIDAK BENAR sama sekali
sekarang ni beliau sedang koma di ICU
tidak dinyatakan kat hospital mana, sakit apa

sama-sama kita doakan moga beliau cepat sihat
bukannya menyebarkan berita yang sebegitu


KEMASKINI:



KUALA LUMPUR 20 Feb.

Artis era 80an, Penyanyi dan pelakon Latiff Ibrahim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 6.10 (ada yang kata 5.50) petang tadi akibat komplikasi jantung pada usia 62 tahun. Turut berada di sisi arwah ketika itu ialah ahli keluarganya. Berita itu disahkan sendiri oleh adik allahyarham iaitu Datuk Khatijah Ibrahim. Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari IJN pada Sabtu lalu. Jenazah Allahyarham kini berada di IJN dan akan dibawa ke kediaman allahyarham di No 1, Jalan AU 3/16B, Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dijangka akan dikebumikan pada malam ini juga.

DariNYA kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah. Semoga rahnya dicucuri rahmat. Amin.

Takziah buat keluarga Latiff Ibrahim. 

Mek Naik Darah Kelantan Jadi Negeri Paling Miskin?

Pagi-pagi Mek telefon kejutkan aku bangun
pada pagi minggu hu hu hu 
"Berapa hari bulan balik?" tanyanya masa aku masih mamai tak cukup tidur
"Jumaat..." boleh bayangkan tak suara seksi aku kala tu?
"Tak gi kijo ko?...tak ingat Ahad coti"
dah pasti Mek dah perasan suara mamai aku baru bangun tidur
"Tidur lambat semaleee..." aku memang tak tipu pun
semalam memang tidur agak lambat juga
walaupun bercita-cita untuk tak nak tidur

pot pet pot pet segala mak nenek Mek cerita itu ini
akhirnya pecah rahsia:
darah tinggi dan gula dia dah naik
banyak fikirlah tu...
Adussssss! aku pulak boleh terenjat emosi ni

apa tak risaunya, banyak yang dia fikir
Perdana Menteri kita masa di Sabah kata:
Kelantan negeri paling miskin,
tapi Mek risau dok fikir macam mana nak kemas dan  hias rumah kecilnya tu
maklumlah, dia seorang je kat rumah
sesekali menantu dan cucunya balik kemas
tapi dah tentu tak begitu cukup ikut citarasanya
Mek pula tak suka nak mengarah menantu sangat
walaupun kakak ipar aku tu tak kesahpun
Mek lebih suka kerah anak-anak perempuannya buat semua tu
sayangnya semua anak perempuan Mek berada di negeri paling maju
nak cari rezeki kan...kami semua ni kan miskin papa kedana
kalau tak kerja di Selangor,
karang kebulur la pulak kami anak beranak makan ANGIN
makan angin???? fuhhhhh aku memang SUKA makan angin la la la
orang miskin macam kami layak makan angin je hu hu hu

Mek dah gembira dengan langsir baru,
gembira juga akan dapat bunga-bunga hiasan yang baru
setelah hampir 15 tahun tak tukar
(Kamikan miskin, mana mampu nak tukar bunga bungaan segala
walaupun plastik dan palsu)
dia juga sedang tambah gembira nak dapat cucu baru dalam masa terdekat
akan gembira bila dapat menantu baru
(bukan aku yang kahwin)
wahhhhhh dalam gembira yang berganda-ganda itu
darah tinggi dan kencing manis Mek juga boleh mencanak naik?
Huh! banyak sangat dia stress tu...

Sekarang...aku pulak dapat stress yang berganda
Aduhaiiiiiiiii!