Jumaat, 27 Januari 2012

Kenaikan Gaji Berganda Setelah Semakan Semula SBPA?


Ini hanya khabar angin yang sentiasa sahaja bertiup kencang
Asal sahaja berkaitan kenaikan gaji
Atau pemberian bonus kepada Penjawat Awam
Cepat aje beritanya tersebar
Padahal kesahan atau kesahihannya belum lagi dibuktikan.
Tapi, kalaulah betul pokok yang bergoyang tu angin yang tiup
Bukannya ada kera bergayut
Syukur Alhamdulillah. Aminnn. Doa-doalah ya reramai.

Kalau ikut kata Perdana menteri beberapa hari lepas
Semakan semula SBPA terutama tangga gaji
akan berlangsung selama tiga bulan
iaitu hingga April 2012 barulah diketahui apa yang jadi
namun kalau rajin berjalan di dunia maya
pelbagai spekulasi, khabar angin dan rumus dah tersebar luas
aku pun tak pasti mana mereka dapat semua cerita ni
kononnya kenaikan gaji penjawat awam berganda-ganda lagi
berbanding yang dah diberitahu naik awal bulan Januari lepas
betul ke tidak, aku memang tak ada jawapannya
tunggu sahaja keputusan semak semula tangga gaji SBPA itu nanti

Namun, yang aku nak sentuh kat sini adalah:
Walaupun gaji penjawat awam belum lagi naik
[dahulu katanya akan naik bulan januari 2012,
Kemudian tangguh hingga Februari 2012,
Sekarang aku tak tahulah pula bila tarikh barunya]
Tidakkah kita semua sedar bahawa
Harga barang dah melambung-lambung naik di pasaran
Sedar tak? Perasan tak?
Ada kesan tak kat kalian?

Siang tadi aku menyopingkan diri kat belakang rumah tu
Satu raga penuh je pun…raga ya, bukan guna troli
Tak belipun beras ya…
Antara isinya adalah: biskut, yogurt, roti Gardenia, megi tomyam
[aku baru nak belajar makan megi sejak harga barang naik
Namun, Nampak gayanya harga megi juga tidak murah ya…]
Neskepe [baru je nak cuba GOLD punya], pembersih muka,
Twisties dan mr potato [untuk kunyah masa berjaga]
Pewangi bilik [yang paling murah RM5.90]
Keseluruhannya hampir RM100
Fuyoooooooooooooo terkejut badak, gajah, unta, zirafah, kancil, badak air,
Rimau, Serigala jadian, Landak, tikus hutan, ayam serama AKU!
Fuhhh…tengok betapa banyak jenisnya terkejut aku tu!

Disebabkan aku hanya pakai selipar getah
yang layak diguna untuk masuk jamban je
agak terketar-ketar jugalah tangan aku nak membayarnya
nasib baik aku tak ambil troli kemudian angkut
beras, gula, tepung, kicap, sos bagai
gamaknya, laku tak selipar getah tu untuk tebus bayar semua barang
yang aku terlebih ambil tu sebab tak berapa nak cukup duit dah
Ohhhhh! Rasanya aku dah layak untuk mendaftar
di Jabatan kebajikan Masyarakat sebab ketidakmampuan hingga tahap begitu
cuba kita tanya sedara Eelobor kelayakan untuk memohon kat situ

Sila buat entri ya Eelobor!
Adakah ini hanya fonomena biasa musim perayaan,
ada harapan tak harga barang akan turun selepas Chinese New Year ni?
ke akan terus melambung-lambung naik macam belon gas yang terlepas?

PSSSST: Berita tengahari tadi kata:
Gaji bulan Februari masih lagi dibayar guna sistem SSM
gamaknya bila gaji SBPA boleh dapat ek?
Ada tunggakan tak? hu hu hu jangan baling aku dengan selipar Jepun ya
tanya jauh dari sudut hatiku hu hu hu 

Khamis, 26 Januari 2012

Hanya RM70 Ribu Untuk Jadi Wanita?


Terbeliak sekejab biji mata aku masa tengok muka depan Metro Ahad lepas
Maaflah ya…kisah dah basi hu hu hu

Aku memang akui golongan “Wanita Jadian”, Nyah ataupun pondan ni
Ramai yang lebih cantik dari wanita tulin
Lagilah kalau nak bandingkan dengan aku yang sentiasa berserabai
Malas nak melawa dan menyeksikan diri
Memang dah tahu sangat akan kalah

Dulu aku pernah tinggal di Taman Medan, Petaling Jaya
Alaaa tak kan lupa kot, kat tempat yang berlaku rusuhan kaum tu
Sekejab sahaja aku tinggal situ, tak sampai empat bulanpun
Tetapi banyak perkara yang aku belajar
Termasuklah aku menyaksikan dan mengagumi seorang nyah ni
Sekali pandang, aku yang perempuan ni pun tak berkelip mata memandang
Apa lagi lelaki saying oiii tak payah nak tunjuk baik kata tak akan pandang
Sebab aku pandang dia sampai dia hilang dari selekoh

Kalau ikut madah pujangga dulu dulu, dikatakan;
Betisnya yang putih melepak itu bunting padi
Panjang melangkah bak model dengan lenggok punggungnya
Bergetah tergoyang kiri dan kanan dek lantunan kasut tumit
Kulit mulusnya bak artis k-pop [apa ke jadahnya tetiba k-pop keluar kat sini?]
Dan senyum manisnya bagaikan
mentari pagi yang malu-malu memunculkan diri
belum kira semerbak baunya yang terheret di kaki malam
fuhhhh pendek kata [panjang tak kata apapun]
memang lupa dunialah sekejab.
Itu aku yang perempuan, kalau lelaki memang boleh lari iman!

Aku juga pernah jumpa golongan ini yang
Sopan ayu manis mulus berbaju kurung segala
Siap bertudung litup lagi
Ingatkan gadis pingitan mana, tetapi
menyedarinya bila mereka bersuara

jadi, saingan perempuan sekarang ni bukan sahaja dengan perempuan
bukan sahaja dengan janda, tetapi juga…golongan ini
sila berhati-hati ya, lelaki…aku tak reti nak jawab
andai bunga yang dikau puja itu
durinya menikam dada la la la

Berbalik dengan skop Metro Ahad lepas;
kos RM70 ribu untuk tukar jantina termasuk
melakukan pembedahan menukar alat sulit,
membesarkan payudara dan pelbagai rawatan susulan.
lebih murah berbanding sebelum ini [RM100,000]
hanya untuk melakukan dua pembedahan terpenting itu sahaja.
Thailand, Taiwan dan Singapura menjadi pilihan
kerana memiliki kemudahan dan kepakaran serta murah
Seronok sangat ke jadi wanita?

Sila jawab! Sila jawab!
Apa-apapun, aku bersyukur jadi perempuan asli
Walaupun tak mampu sediakan kos RM seribu sebulan
Semata-mata untuk kelihatan cantik
RM50 untuk facial sesekali tu pun dah rasa sangat mahal
Maklumlah, tak ada orang sponser
Ada sesiapa nak sponser tak? FREE tanpa apa-apa syarat ya…
Amal jariah semata-mata la la la

Rabu, 25 Januari 2012

Nak Jadi Raja Kena Panjat Menara Tambatan Diraja

Tiket...untuk panjat anak tangga

Pandangan Darat tak dan nak snap ari tu [gerimis]: Sumbernya

Pandangan dari atas menara: sebahagian KB


Kat belakang tu Tambatan Diraja, tempat sukat banjir. Dahulu jadi tempat raja mendarat hu hu hu

Selasa, 24 Januari 2012

Kekurangan Minyak di Pasaran Semasa Tahun Baru Cina?


“Peniaga yang kehabisan bekalan minyak masak

boleh mendapatkan bekalan di pejabat cawangan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara

ketika musim perayaan Tahun Baru Cina ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata

pihaknya menyediakan stok simpanan minyak masak yang banyak

sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya kehabisan

atau kekurangan bekalan minyak masak sempena cuti perayaan itu”


Wahhhhhhhhhhh hanya untuk peniaga dan peruncit sahaja?
Akhir tahun lepas, masa balik kampong
Aku bawa balik sekotak (17kg) minyak masak
Untuk bekalan dan kegunaan Mek
Masa kakak balik kampong sebelum itu
Dia menyaksikan bagaimana kroniknya bekalan minyak masak
Terutama di kampong mertuanya di Tanah Merah
Kebetulan, mertua kakak ada kedai runcit
Orang terdesak sangat tak ada minyak masak
Sampaikan sanggup beli minyak masak yang dah guna dalam kuali orang
Kalau tak ada minyak masak, karang nak masak macam mana
Kalau aku tak apalah; stim, kukus, rebus ,singgang aku memang suka
Tapi untuk orang Kelantan yang lain
Mana boleh kalau tak tambah kolesterol dalam darah hu hu hu

Mek kata “dah naik harga nanti, banyak semula lah”
hu hu hu Mek pun dah reti nak baca taktik sorok barang  ni
taktik pilihanraya Mek tau dak?
kalau tanya Mek, dah tentu dia akan senyum lebar
banyak makna tu!

Dengan 17 kg minyak masak yang kami usahakan beli di Selangor ni
Mek tentu lebih lega dari orang lain
Dia boleh menggoreng dengan riang ria walaupun hanya tiga beranak aje makan
Dan perangai Mek juga, dia suka simpan stok
Gula ada cukup stok untuk seminggu
Kalau aku, 1kg mungkin boleh guna untuk 2-3 bulan
Bagi Mek di kampong, 1kg hanya untuk sehari
Jangan lupa, kami orang Kelantan
Kena MANIS huh u hu
Bila aku kelihatan kurang sedikit manisnya
berbanding jelitawan Kelantan yang lain, sebabnya hanya satu:
aku dah kurangkan manis dalam makanan
hingga terkurang pula manis dalam senyuman
tanpa sedar, boleh gitu ek?

Isnin, 23 Januari 2012

Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Tebusan Di Kampung Baru

Wahhhhh, terkejut Kanggaroo sekejab aku masa tengok entri Mazidul
seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun (maklumat awal)
[malamnya dalam Buletin Utama di TV3 dikatakan 10 tahun]
dijadikan tebusan oleh seorang lelaki dalam rumahnya sendiri
di lorong Raja Muda Musa 6, Kampung Baru Kuala Lumpur.
masa entri itu ditulis dalam jam 1.24 tengahari tu
dah dua jam drama mendebarkan tu berlaku
jadi sepanjang masa, aku asyik dok terjun masuk blog dia
nak tengok perkembangan terkini tapi hampa
akhirnya blog Ondscene siarkan entri ringkas tentang hal ni
itupun dah lewat petang sangat dengan berita ringkas mengatakan
kanak-kanak berkenaan telah dibebaskan.
Alhamdulillah kanak-kanak perempuan itu selamat setelah menjadi tebusan
selama lebih kurang 6 jam
lelaki yang menebus kanak-kanak ini ditembak dirusuk kiri
dan meninggal dunia di hospital

tak boleh bayangkan trauma yang bakal anak itu depani nanti
untuk berita lanjut sama-samalah kita tengok Berita utama malam nanti
aku dapat gambar berikut dari Berita Harian

untuk dikongsikan bersama:


tak sabar nak tengok gambar-gambar dan cerita kat Ondscene
ataupun blog Mazidul

PsssT: maklumat penuh dan gambar-gambar boleh anda tengok di Ondscene  dan laporan lengkap dengan gambar yang sangat banyak di blog Mazidul. Sila baca di sana kerana lebih lengkap, padat dan terus dari tempat kejadian.