Ramai yang tertunggu-tunggu kedatangan
Tahun Baru Cina
Dengan banyak sebab
Paling utama sebab cuti dua hari
Boleh balik kampong atau berjalan jauh
sikit
Bercuti dengan keluarga atau kenalan
Atau agenda sendiri yang lain
Maklumlah…bukan selalu dapat peluang
cuti sebegitu
Apalagi kalau cikgu sekolah
Belasah cuti seminggu penuh
Itupun awal-awal lagi dah ganti setiap
Sabtu ya
Bukan sesaje je bantai cuti sampai
seminggu
Masa aku kecik dulu
Tiap kali Tahun Baru Cina mesti nak
makan kuih bakul
Kat Kelantan kami panggil “tepung bakul”
Kat Kelantan, kuih bakul dibuat oleh
orang Melayu
Sebab masyarakat Cina tahu apa yang
orang melayu (Islam)
Boleh makan dan mana pula tak boleh
dimakan
Jadi semangat 1Malaysia ni kira dah
berkurun hidup kat tempat kami
Bila Tahun Baru Cina kami selalu dapat
kiriman hamper
taklah besar gedabak pun, isi dalam
plastik gelenyar je (plastic rokrak)
dalam tu mesti ada kuih bakul dua tiga
biji, kacang tanah cap tangan,
air kotak drinho gambar bunga matahari
dan buah limau
setahun sekali je dapat
masa dapat tu, kami redah bantai je makan
tapi lama-lama bila dah masuk sekolah
menengah
aku dah pandai bertanya mana datangnya
semua tu
ayah hanya jawab “Cina Pak Heng” (dan
beberapa nama lain…aku dah lupa)
bagi, dia raya…
Masa Aidilfitri pula, aku pernah nampak
Mek bungkus ketupat
Macam yang ayah suruh
Bila Tanya nak bagi kat siapa
Ayah kata “Cina Pak Heng” dan beberapa
nama lain lagi tu
bagi dia orang rasa ketupat kita pulak
hu hu hu ayah aku memang tinggi semangat 1Malaysia ya kawan-kawan
bukan selalu aku puji ayah ni, kalau dia tau aku puji macam tu
mesti dia tak mandi berbulan-bulan
hu hu hu usah percaya dengan ayat terakhir tu la la la penyedap rasa je
Semua kawan-kawan Cina ayah ni berniaga
di Pekan Ketereh
Bila dah besar lagi, aku mula kenal
Pekan Ketereh
Mula ingat semula nama-nama kawan Cina
ayah yang dia selalu sebut
|
MakCik Apron Merah bergaya sakan |
|
mercu tanda Ketereh...inilah namanya buah tereh tu (Gajus) |
Satu kali, seorang kawan ayah yang
berniaga gigi palsu berkahwin
Dijemputnya semua kawan-kawan Melayu dan
Cina
Dua hari kendurinya
Hari pertama untuk kawan-kawan Cina
dengan segala adat resam Cina
Esoknya, untuk kawan-kawan Melayu pula
Dengan semua makanan dan gerak kerja
majlis itu diuruskan sepenuhnya
Dek kawan-kawan Melayu pula
Semasa di Tingkatan Enam
Kawan aku bertambah lagi dengan
keturunan Siam
Tengokkan wajah mereka, sama macam
Melayu
Cara hidup pun sama hinggakan ada
kalangan rakan kami
Cuba mengurat dibuat kekasih
Dari pemerhatian sekeliling aku mula
belajar sesuatu…
Ya…berkawan itu tak perlu kira
keturunan, kaum, dan agama
Asalkan saling hormati sesama sendiri
Sebab tu aku tak ada masalah untuk berkawan
dengan rakan berlainan bangsa, agama
atau kepercayaan
asalkan tahu batasnya…dan biasanya
mereka bukan seagama dan sebangsa dengan
kita inilah
lebih sering mengingatkan kita tentang
keperluan agama kita
Rakan Cina itulah yang sering ingatkan
untuk solat
Semasa keasyikan menyopingkan diri masa
Mega Sale
Sedangkan Rakan Melayuku agak ramai juga
berkata
“sempat lagi solat kat rumah ni…”
Entri ini bukan cerita tentang orang
lain,
Melainkan tentang diri aku sendiri
Jika ada persamaan, anggap sahaja
KEBETULAN tak disengajakan