Sabtu, 7 Januari 2012

Hari Pertama Kerja Pada Tahun Baru 2012


Sejak akhir tahun lepas hingga Rabu,
aku cuti sambil kerja [ada gitu ek?]
bila masuk kerja semula pada Khamis,
terus kelam kabut terjun mesyuarat bulanan untuk bulan Januari
mesyuarat gomen paling panjang pernah aku masuk
bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
aku yang tak sempat minum pagi
curi-curi keluar untuk santap teh dan sandwich
mana boleh tahan, penuh angin berkumpul dalam usus
sebelum aku yang naik angin
baik saja aku keluar menyantap tanpa rasa bersalah

Habis mesyuarat, kepala jadi berat
tahun 2012 bukanlah tahun santai buat kami
sasaran yang NC nak sangat besar,
berat bahu nak memikul
jadinya, aku kena kerja 4 kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya
sangat-sangat menuntut banyak kesabaran
mungkin aku kena ubah cara kerja kot
kerja kena SMART, bukan KUAT
huh! Mana nak cari teori tah!

Asalnya, matlamat tahun baru aku hanya SATU:
siapkan tesis tu je sama ada hidup atau mati
lepas mesyuarat kelmarin, kena tambah juga matlamat tu:
kerja 4 kali ganda untuk capai matlamat 4 perkara
ingatkan, dah siap tesis nanti baru nak rangka azam baru
nampak gayanya, semua kena taram serentak juga

Ya…bukan senang nak berkerja dan pada masa yang sama kena juga belajar
masa untuk kerja pun dah sangat panjang
masa untuk diri belum lagi kira
tak termasuk lagi masa yang akan dituntut oleh kaum keluarga
walaupun aku tak punya keluarga sendiripun
itulah hikmahnya mengapa Allah belum temukan aku jodoh
Allah Maha Mengetahui yang aku tak mampu untuk kendalikan semuanya
jadi, usah berduka nestapa berhati lara
terima sahaja seadanya takdir perjalanan hidup masing-masing
[macam ayat pasrah pun ada hu huhu macam ayat nak ngelak lagi ada]

Hari pertama kerja pada tahun baru
setelah hampir seminggu lebih kurang bercuti rehat sakan
menikmati dingin sejuk basah lecak musim hujan di ketereh
nyatanya aku mulakan dengan Gear 5 [belum turbo]
dan balik jam 9.45 malam tanpa makan tengahari
lapar tau! Namun makan tengaharinya pada waktu separuh malam
hanya Roti Gardenia 3 keping. Cukuplah untuk lelapkan mata
tanpa dihujani nyanyian usus bersenandung

Semoga: tahun ini aku mampu capai apa yang dihasratkan
Walaupun hari ini…aku dah kantoi punchkad jam 10.05 pagi
Adehhhhhh! Benda kecil macam tu pun dah GAGAL
apalagi yang BESAR dan penuh dengan segala KEBESARAN!


PsssT: selamat berjuang untuk pasukan TRW dalam perlawanan menentang negeri sembilan dalam Piala Sumbangsih malam nanti. Gomo Kelate Gomo!

Khamis, 5 Januari 2012

Dah Kembali


Waaaaa sakan ya bercuti (walaupun sambil kerja)
Hari ni pagi-pagi lagi kena terjun datang pejabat
Sebab mesyuarat bulanan pertama untuk tahun 2012

Jadinya,
Simpan dulu cerita sepanjang minggu berkubang balik kampong
Ataupun
sebahagian daripadanya dahpun ditulis Makcik Apron Merah

Aku meeting dulu ya…

Rabu, 4 Januari 2012

Gerakan Besar-besaran Gabungkan BN dan PAS di Thailand. Ada Sesiapa Faham Apa Yang Tertulis?

Selasa, 3 Januari 2012

Kena Urat Jejaka Hensem Sebelah Rumah


Masa tengah belajar dulu
aku tinggal dengan kakak dan abang ipar di semenyih
setahun juga tu…dia orang pula baru pindah balik dari sabah
kakak mengajar di bandar sunway masa tu
abang ipar pula sambung belajar di UKM
Aku pula…ponteng kelas jaga anak sulung dia orang

Masa tu ekonomi terumbang ambing
baru pula dapat anak sulung
kena berjimat ikat perut bagi ramping huh u hu
pakat sewa rumah di Semenyih sebab murah sikit

Jiran sebelah rumah orang Kelantan juga
tinggal berkeluarga bersama adik iparnya yang hensem
kerja kilang dengan motor RXZ birunya.

aktiviti petang biasanya melonggok depan rumah
dalam pagar masing-masing tetapi saling berborak
sambil tu aku dan kakak akan buat batas tepi pagar
dan tanam sayur; bendi, sawi, kangkung, kacang botol…
tak payah dah beli sayur
rezeki lebih hulur juga kat jiran tetangga

adik ipar lelaki hensem jiran sebelah rumah kakak aku tu
sangat suka nyanyi lagu ni…hanya lagu ini sahaja
macam hanya lagu ni je dia tahu nyanyi:

 

Awalnya, aku buat tak tahu aje
tapi lama-lama aku tersedar sesuatu
asal sahaja aku keluar ke depan untuk
sidai baju, buang sampah, gambur tanah atau apa-apa sahaja
dia akan nyanyi lagu tu
ada kalanya siap diiringi suara latar lagi
siapa lagi kalau bukan anak-anak buah dia yang jadi suara latar

ingatkan aku yang perasan
rupanya abang ipar dan kakak juga sedar hal tu
tiap kali keluar rumah dengan motornya pun
si hensem tu akan hidupkan motor depan rumah kami
kadangkala terserempak dengan kakak dan abang ipar
kelam kabut dia cuba cover line
akhirnya, gelagat dia menjadi hiburan kami

bila aku pindah ke Bangi
kakak kata mereka dah tak dengar lagi lagu tu
persoalannya: kalau nak ngurat aku, kenapa tak cakap?
Aku ni kan bendul, takat hint macam tu manalah aku faham
Hu hu hu nak buat macam mana
Mentol lambat menyala!

Isnin, 2 Januari 2012

Nasyid K-Pop

Demam K-Pop macam dah serang satu dunia
bukan main ramai lagi peminat mamat korea ni
kalau zaman aku baru pegang duit dulu
ramai yang gila beli dvd telenovela Korea, Amerika Latin dan Filipina
berdozen dikumpulkan sedangkan setiap satu harganya lebih RM150

Masa tu, aku tak akan buat kerja-kerja membazir tu
maklumlah, masa tu baru kerja
ekonomi taklah bagus sangat
hutang banyak nak kena bayar
keluarga kat kampong masih lagi huru hara
tak ada sumber pendapatan juta-juta billion untuk ubah nasib
adik-adikpun masih sekolah lagi
(sekarang semua dah kerja tapi aku masih lagi sayang
nak bazirkan duit beli dvd begini
beli buku tak apalah pulak hu huhu)

Sekarang ni zaman berubah dengan drastik
kalau tak nak beli boleh aje download
tak pun tengok saja di youtube
kalau mampu bersabar sikit, tak payahpun masuk panggung
tengok online je

Kegilaan terhadap K-pop ada masa Nampak agak melampau juga
itu kalau kita ambil yang negatif, apa kata kalau kita psotifkan minda
jadikan K-pop sebagai salah satu cara untuk orang buat baik
jom tengok kumpulan nasyid ni;


Ya adik-adik K-pop sekalian
Jom reramai kita nasyid gaya K-pop