Jumaat, 30 Disember 2011

Masjid Kampung Laut

Entri sempena hari Jumaat:

Walaupun kerap memandang dari jalan raya,
hanya baru-baru ini sahaja aku berpeluang
abadikan keaslian dan nilainya dalam gambar

Masjid Kampung Laut terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya,
kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu.
Usia masjid Kampung Laut ini dipercayai melebihi 300 tahun
turut dikaitkan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi
Ia diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini dan
antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara,
seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan masjid Wadi Hussin di Thailand,
Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).

Struktur asal hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat
diperbuat daripada daun rumbia dengan keluasanya hanya 400 kaki persegi sahaja
akhir abad ke-19, diperbesarkan
untuk bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara
20 batang tiang dibina menyangga binaan tambahan
 yang guna teknik 'Tebuk-Pasak' yang amat unik, tanpa sepucuk paku sekalipun
Atap daun rumbia kemudiannya digantikan dengan atap genting.

Masjid kampung Laut
Masjid ini asalnya berada di lokasi Kampung Laut, di tebing sungai,
sering dilanda oleh banjir seperti banjir besar di Kelantan pada tahun 1926
arwah Tok Ayah dan Wa selalu cerita pasal "Bah Air Merah" ni
banjir yang teruk pada tahun 1966 telah menghanyutkan sebahagian masjid itu,
Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan untuk pindahkan masjid ini
Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di tempat yang ada sekarang.

Setiap kali melintas kawasan ni,
pasti akan nampak masjid penuh tradisi, nilai sejarah dan istimewa ini
masih digunakan untuk solat jemaah tetapi bukan solat Jumaat
ada masjid lain berdekatan untuk solat jumaat
belum campur sukarnya dapatkan tenaga pakar
dari jauh, nilai sejarah dan indahnya masih kekal
bila dekat, uzur fizikalnya tak mampu disangkal lagi
maklumlah, usianyapun dah lebih 300 tahun
kalau nak bina semula seperti struktur asal
dengan binaan yang serupa fizikal dan konsepnya
memang kos akan sangat tinggi sebab kena guna kayu bermutu
namun, aku sangat berharap agar kerajaan negeri jaga sebaiknya
atau bina semula walaupun bukan kayu asalnya
tetapi semangat itu tetap ada untuk tatapan ganerasi akan dating

harapnya, aku ada masa lapang
untuk jejak semula di masjid ini
dan berada di ruangnya tengahari nanti
untuk rasa sejuk dingin syahdu nikmat bernaung di bawah redupnya
insyaAllah. Teringin sangat.
Kalau berkesempatan, akan ada entrinya nanti

Khamis, 29 Disember 2011

Iringkan Perjalanan Ini dengan Doa

Ketika tampalan ini anda baca
daku sedang berada entah di Karak,
entah di Raub, entah juga di Lipis
entah-entah dah sampai Gua Musang
jangan kata dah bersantai di Kota Bharu sudahlah ya
bukannya aku terbang!
balik untuk kerja, namun aku memilih guna pengangkutan darat
banyak barang nak angkut datang
entah berapa tan nanti, tak cukup 20kg muatan yang MAS bagi

Musim hujan, jalan basah dan licin begini
doakan perjalanan ini selamat tanpa apa-apa halangan
dan nikmati lapang fikiran berada di kampong halaman
-sempat lapang ke tak tah kotak fikir  ni-
dan kembali semula jalani rutin biasa
setelah itu

Jadi, tampalan seterusnya dalam blog ini
hingga beberapa hari selepas tahun baru adalah
tampalan berjadual yang aku dah buat siap-siap
manalah tahu kan kot ada orang rindu
tak dapat ikut aku balik kampong jenguk blog pun dah hilang rindu
kotlah ada, mana kita tahu huh u hu
bajet glamer tu!

Rabu, 28 Disember 2011

Rombakan SBPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akhirnya berjaya merombak semula dua perkara:
1.      markah prestasi untuk kenaikan gaji:  JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.
2.      markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta:  markah diubah daripada 70 kepada 60. Penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah.

JPA pada masa sama bersetuju mengkaji cadangan-cadangan CUEPACS yang melibatkan implikasi kewangan atau peruntukan tambahan kerajaan. Perkara-perkara yang tidak melibatkan soal kewangan seperti markah prestasi telah diputuskan dalam perbincangan hari ini. JPA bagaimanapun memerlukan masa untuk mengkaji cadangan lain. Semua perkara yang dibangkitkan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yang dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal. SBPA secara keseluruhannya adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara, tetapi  mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang perlu dikaji semula dan ditambah baik.

Kita sangat berharap agar lebih banyak tambahbaik dilakukan kerana pada masa sekarang ni, penjawat awam sebenarnya MACAM tak ada pilihanpun. Kalau tak setuju bermakna: tak naik gaji sedangkan komponen lain dalam SBPA kena juga ikut. Kalaupun setuju, ada sesetengah jawatan tu...naik gaji sekadar RM15 sahaja sedangkan di Bangi sekarang ni, harga barang melambung lagi. Hu hu hu gaji aku belum naik lagi, harga barang dah melambung dulu hu hu hu

Bagi kami yang berkerja di UKM, pada petang nanti, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman akan beri taklimat di Dewan Anuwar Mahmud (DAM), FST jam 2.30 petang. Taklimat kali ini aku tak dapat ikut serta kerana ada beberapa hal nak kena buat. Sebelum ini, mereka sediakan juga secara online tetapi kali ini tidak dikhabarkan pula. Jika ada maklumat terkini, aku akan kongsikan di sini nanti.

Gosip Artis seMalaya


bila dah terkenal, apa-apa buat pun orang ambil tahu
kalau takat tahu aje tak apa pulak
siap buat entri segala (kalau ada blog)
lagilah bila ada kepakaran buat video
errrr….akupun reti juga kalau setakat rupa macam slaid
hu hu hu tak mau kalah tu!

bila dah terkenal, sampai kehidupan pribadipun orang nak tahu
tengok macam Datuk Siti Nurhaliza tu…
dia punya body guard yang empat orang tu pun orang nak ambil tahu
belum lagi pasal selipar Jepun depan tangga rumah dia warna apa
semuanya nak skodeng dan ambil tahu
lepas ni lagi ramailah nak tahu pasal gambar-gambar bak Madonnna dato' Siti Nurhaliza
dalam majalah tersohor Glam keluaran awal tahun 2012
isu sensitif tu, ramai kata Siti dah buka tudung
Majalah Glam kata Siti masih pakai serkup kepala dan
letak rambut palsu untuk tutup
aku tak nak komen apa-apa bila sampai bab Siti yang tersohor ni
maklumlah, Siti kan ramai peminat fanatik
kalau orang lain buka tudung tak jadi isu besar mana
tapi bila jenamanya artis tersohor satu malaysia
tak pasal-pasal aku pulak dijenamakan cemburukan artis comel lote tu

kalau boleh semua perkara pasal artis peminat nak tahu
Dafi senyum kat siapa pun ramai nak tahu
sampaikan siapa teman Yuna masa dia kat US pun orang nak tahu
padahal, itu kehidupan pribadi dia
sebab tu lah ramai artis Malaysia ni serba salah nak umumkan ke tidak
apa-apa cerita dan gosip peribadi seperti bercinta, kahwin, cerai
walaupun kemudiannya tetap orang tahu juga
bila Siti kata "biarlah rahsia" sebelum kahwin dulu
(siti lagi! ampun, tolong jangan muak ya)
ramailah artis lain mencontohi
sedar-sedar dah pun kahwin tak umum apalagi jemput peminat
kemudian minta maaf kat semua peminat dan wartawan
macam tertipulah pulak kita kan?
ada aku kesah? macamlah aku ni fanatik sangat dengan cerita mereka

namun, kita bolehlah respek tabik spring toink toink kat Lisa Surihani dan Yusry ni
walaupun mula-mula dulu bukan main lagi tak mengaku
mungkin masa tu mereka sendiri masih belum pasti dengan kata hati sendiri
bila dah umum tarikh kahwin tu,
ramai jugalah jejaka idaman Malaya yang kecewa terhempas hati
akupun kecewa juga, tak tercapai hasrat jadi kakak ipar Lisa hu hu
bila jadi artis ada masa hal remeh temeh macam tu
dibesarkan jadi isu
dah nak jadi artis kenalah bersedia dengan semua tu
warna mata Aishwarya bachan pun jadi isu hangat
ramai orang nak buktikan kebenarannya
malah gigi Aishwarya bachan @ Rai ni pun boleh jadi isu besar

sila tengok tayangan di bawah;


 

sebab tu lah aku tak suka jadi glamour ni
ingat senang ke hidup kalau dah terlampau popular
semua orang kenal dan nak ambil tahu
nak pakai selipar Jepun pergi pasar malam pun dah tak boleh
apalagi nak  makan nasi kerabu kukus tepi longkang ya…
Errrr….sebab tu lah kot aku tak terkenal hu hu hu

Selasa, 27 Disember 2011

Pantun Kahwin David Teoh untuk Lisa Surihani dan Yusry

Ada dua orang bukan Melayu yang aku sangat suka dengar mereka bercakap
Pertama, David Teoh orang kuat Metrowealth tu…
ternanti-nanti dengan pelbagai perumpamaan bakal dituturnya
dengan cara yang tersendiri
tetapi mempunyai makna yang besar
lagi suka sebab dia nampak kacak bergaya hensem stylo
bila berbaju Melayu siap samping macam nak jabat tangan tok kadi

Kedua, Karam Singh Walia
juga ada gaya sendiri ada perumpamaan sendiri
yang kita tak boleh jumpa dari orang lain

Bila Lisa Surihani dan Yusry umumkan tarik perkahwinan mereka
pada 23 Februari 2012, sanding pula 26 Februari di PICC
David Teoh antara orang pertama yang ucapkan tahniah
dan aku suka dengan pantun spontan dia
kita pun belum tentu mampu berpantun sebegitu spontan

Pantun David Teoh doakan kebahagiaan perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry (KRU) Abdul Halim;

malu tak dengan dia?
ketika kita, orang Melayu sendiri makin tak kesahpun dengan nilai begini
dia pula jadikan cara hidup
aku sendiripun tak boleh buat sebegitu...