Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akhirnya berjaya merombak semula dua perkara:
1. markah prestasi untuk kenaikan gaji: JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.
2. markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta: markah diubah daripada 70 kepada 60. Penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah.
JPA pada masa sama bersetuju mengkaji cadangan-cadangan CUEPACS yang melibatkan implikasi kewangan atau peruntukan tambahan kerajaan. Perkara-perkara yang tidak melibatkan soal kewangan seperti markah prestasi telah diputuskan dalam perbincangan hari ini. JPA bagaimanapun memerlukan masa untuk mengkaji cadangan lain. Semua perkara yang dibangkitkan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yang dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal. SBPA secara keseluruhannya adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara, tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang perlu dikaji semula dan ditambah baik.
Kita sangat berharap agar lebih banyak tambahbaik dilakukan kerana pada masa sekarang ni, penjawat awam sebenarnya MACAM tak ada pilihanpun. Kalau tak setuju bermakna: tak naik gaji sedangkan komponen lain dalam SBPA kena juga ikut. Kalaupun setuju, ada sesetengah jawatan tu...naik gaji sekadar RM15 sahaja sedangkan di Bangi sekarang ni, harga barang melambung lagi. Hu hu hu gaji aku belum naik lagi, harga barang dah melambung dulu hu hu hu
Bagi kami yang berkerja di UKM, pada petang nanti, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman akan beri taklimat di Dewan Anuwar Mahmud (DAM), FST jam 2.30 petang. Taklimat kali ini aku tak dapat ikut serta kerana ada beberapa hal nak kena buat. Sebelum ini, mereka sediakan juga secara online tetapi kali ini tidak dikhabarkan pula. Jika ada maklumat terkini, aku akan kongsikan di sini nanti.