Isnin, 31 Oktober 2011

Pengawal Berkuda Segak Di Depan Istana Negara

Dah lalu lalang entah berapa juta kali
depan Istana Negara
hanya pandang sahaja ramai pelancong berhenti
dan ambil gambar kat situ
hati memang teringin jugak nak singgah
namun tak pernah tercapaipun hasrat itu
sehinggalah hari minggu lepas

Segak tak?

terima kasih kepada cik Bintang
yang sudi dan berbakat jadi pemandu pelancong
budak-budak tu sangat seronok tengok
pak pengawal berkuda yang tegak berdiri
nak bergambar dengan kuda tapi takut-takut
terpaksalah makcik dia orang nan manis ini
ikut serta tercongok bergambar dengan kuda lalala

Ahad, 30 Oktober 2011

Permohonan Mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013 Dilanjutkan

Kepada adik-adik yang menduduki SPM 2011, anda berpeluang untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran nanti. Kepada yang berminat, permohonan telah dibuka dan ditutup permohonannya pada 10 Oktober 2011 yang lalu. Walau bagaimanapun, tempoh berkenaan telah dilanjutkan hingga 30 November 2011.


Program Matrikulasi ini dijalankan di 13 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan. Permohonan Melalui internet (PMI) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004/2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai projek perintis. Mulai sesi 2011/2012, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja.


Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 30 November 2011. Perlanjutan Tarikh Permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2012/13 boleh dilihat di SINI. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran tertentu dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.

 
Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana – mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.  Semua pelajar SPM 2011 boleh membuat permohonan online 
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Semakan permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat di www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan keputusan permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Negeri SembilaN JUara Piala Malaysia 2011


Akhirnya semua pertanyaan terjawab jua
Setelah macam-macam hal berlaku
Dari harga tiket perlawanan akhir hingga kontroversi FAM
Atau piket aman dan tragedi cat merah bak along kutip hutang

Harapnya semua orang puas hati
Dengan kemenangan Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia 2011 
tewaskan Trengganu 2-1 Di stadium Shah Alam
Dua Satu je pun bukannya 12-1
Jadi, usah terlalu kecewa untuk anak negeri Trengganu
Tahun depan kita lawan lagi ek

Trengganu mendahului dengan jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59
Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81
penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee  gagal pertahankan gawang
dari sepakan S Kunalan
Tahniah juga kepada Hairuddin Omar yang menyumbang kemenangan
Negeri Sembilan pada minit ke 85
errrr...buleh ke tulis lagu tu? ke ada orang marah aku karang ni?

Tahniah, Negeri Sembilan yang menang Piala Malaysia 2011
Tahniah juga untuk Trengganu yang gagah beraksi
Lagi tahniah diucapkan kepada semua penonton dan peminat bola sepak tanahair
Kenalah ada semangat kesukanan kan
Tahun depan usaha lagi hingga jadi juara.


Sabtu, 29 Oktober 2011

Kapal Karam di Muzium Negara

ini masih lagi kisah Ahad yang lepas…
tak masukpun pameran kapal karam ni
tiketnya RM3 seorang
masa sangat suntuk dah masa tu
kami hanya berkampung dalam Muzium Negara je
tiket masuk RM1 seorang untuk dewasa
kanak-kanak ribena bawah 12 tahun RM0.50 je

Satu! Dua! Tiga! Action!
sawan bergambar!

ada 4 dewan pameran
bermula zaman pra sejarah, mumia dan kerangka manusia bagai
zaman penjajahan, era awal merdeka dan Malaysia kini
memang kena telaah sejarah juga
sesuai sangat bagi anak-anak sekolah
yang akan hadapi peperiksaan hu hu hu

aku yang tak berapa nak suka masuk muzium ni
perlulah juga masuk untuk bagi arahan
huh! tak ubah macam cikgu sekolah pulak
gaya je pun yang ada la la la
Ada gaya cikgu sekolah tak?

nasib baik pihak muzium ada buat kuiz
dia orang ni teruja nak dapatkan hadiah TV tu
beria-ria cari jawapannya
makcik ni pula tercangak-cangaklah menunggu
dengan penuh takjubnya
nasib baik ada econ walaupun tak terasa sangat sejuknya
dek ramainya anak-anak sekolah yang semua nampak teruja
untuk menang

Sujudkan Diri Di Bawah Kubah Biru Masjid Negara


Percaya tak, entah berapa ratus kali melintas depan Masjid Negara
aku belum pernah singgah dan bertenang diri
di dalamnya, di bawah kubah biru itu
dan bersama anak-anak ini
mereka sangat teruja untuk melihat hingga ke dalam
dan tunaikan solat bersujud di karpet tebalnya

letaknya di Jalan Perdana,
Masjid Negara berkubah biru ini dapat menampung 15,000 jemaah
dalam satu masa
sakan posing ya!

sama macam masjid-masjid besar yang lain
kemudahannya memang selesa
hanya, orang yang guna sahaja tak tahu
cara mengekalkan keselesaan itu
di bilik mandinya yang bersih itu
ada ka boleh terjumpa BOM yang berselerak
apa daaaaa tak boleh ke pergi letupkan di tandas
yang tersedia lengkap dan selesa itu?
bukankah dah ganggu selesanya orang lain?