Jumaat, 23 September 2011

Selamat Tinggal Kipas Udang!


Hah! apa dah jadi?
semalam pergi cari barang dapur di econsave
tak jumpa pun kicap kipas udang
punggah sos lain yang semuanya dah berbaki dalam botol
yang tak boleh tak ada selain kicap
dah tentu sos black paper dan sos tiram
tak ada dua jenis sos ni
rasa macam tak lengkap je masak
cewaaaaaaaaahhhhh tukang masak tersohor tak heranpun pasal benda ni
aku je dok kalut kalau tak ada
macam rasa dah lari sikit

hujung minggu depan
anak buah kepada adik ipar aku bakal tumpang bermalam di rumah
beras dah berbaki dalam bekas
cukup untuk dua kali tanak je lagi
huh! 5kg jugak aku makan sepanjang puasa lepas
hujung minggu meriah je berbuka dengan adik dan adik ipaQ
siap masak untuk sahur sekali
segan pulak kalau jadi macam hari tu
adik kepada adik ipaQ datang rumah
masa lunch lauk dah siap segala tapi beras tak cukup
kalut kerah adik ipaQ pi beli beras belakang rumah

memanglah dekat ajepun
tapi segan jugak dengan tetamu
jadinya, tak mahu bersesak hujung minggu beli barang
maklumlah masih ramai buat rumah terbuka
hingga bersesak econsave atau Giant
makanya aku pergi malam semalam
ingatkan kuranglah orangnya
rupanya ramai jugak
huh! habis tu tak kan nak balik semula
beli je lah apa yang patut macam dalam senarai
tapi hingga akhirnya...kicap manis kipas udang tak ada

siang tadi, masa balik kerja
singgah Giant nak skodeng kicap kipas udang
dan beberapa barang lain yang belum beli
namun akhirnya,
aku balik dengan membawa botol kicap manis Jalen
Yup! Dina dah letak status di FB dulu
kenaikan harga kicap kipas udang yang melambung-lambung
mengalahkan harga Dinar Emas
ada ka patut botol kecil RM5.69
botol besarnya RM7.99
kicap ke apa ni?

Selamat tinggal kicap manis kipas Udang
aku hanya golongan marhaen yang suka makan kicap manis
dengan telur goreng mata kerbau
kalau harga dah cecah hampir RM6
aku memang tak mampu
selera nak makan kicap pun dah padam

Selamat datang ke dalam hidupku Kicap Manis Jalen
inilah kedua kalinya aku makan kicap Jalen
harapnya akan setia sampai bila-bila
selagi harganya tak melambung macam Dinar Emas!

Tolong Jawab Untukku, Boleh?


Bila anak gadis
keluarnya jam tengah malam saat tarikh bertukar
baliknya jam pagi selepas azan subuh
di masjid mana agaknya dia Qiamulail?

Khamis, 22 September 2011

Pemandu Malaysia Memang No 1


kalau memandu di mana-mana tempat di Malaysia
kira pemandu di negara kita ni
jadi pemandu no 1 dunia, bukan je 1 Malaysia tau
itulah kehebatan mereka.

bab drift kat lebuh raya, tak payah cerita
kat jalan kampung pun boleh lipat
hingga keluar asap dek brek mengejut
berpusing kepala kereta 360 darjah
itu belum kira lagi aksi potong memotong
apalah sangat lori balak
kalau Mr.Bean bawak heli di Malaysia ni
memang sah dah kena tinggal jauh ke belakang
berdesuppppp je depa ni tekan minyak
tinggalkan asap itam je...berjerebu 1 Selangor!

sebenarnya, aku nak cerita pasal satu orang ni
menonong je keluar simpang tak toleh kiri kanan
kalau macam tu gayanya bawak kereta,
heli Mr.Bean pun boleh mendarat kecemasan
ingatkan dok telefon ke sms apa
rupanya memandu sambil riba anak
ohhhhhh daku tau lah anda tu bapa mithali mengalahkan Rasul akhir zaman
(mmmm macam melampau pulak perlambangan tu...
mana ada lagi makhluk lebih baik dari Rasul akhir zaman tu
dah sah tak mampu nak wujud zaman sekarang ni)
tapi tak payahlah memandu sambil pangku anak
bukan sahaja bahayakan nyawa aku ni
lagi bahaya nyawa demer tu
hah...paling bahaya nyawa anakdemer jugak
walaupun ramai orang ramai ada anak
tapi bukan senang juga nak buat anak
(jangan dok kata aku cabul atau carut, nak bagi tau je
bukan semua orang berpeluang ada anak
kalau dah dapat anak tu
sila jaga elok-elok
karang nyesal tak sudah
nak salahkan siapa?)

Nak tengok cara orang Malaysia memandu?
silalah baca seperti dikongsikan
kalau macam ni lah cara bawak kereta
memanglah GAGAL ops sikap ke24 tahun ni ;)

Tak ada niat nak perli atau sindir sesiapa
sekadar satu perkongsian perasaan
Huh! nasib baik darah aku dah turun sikit
bila selesai buat entri ni

Bilik Menunggu Airasia Memang Canggih

hu hu hu tahu tak kenapa ramai orang 
sanggup tersengguk depan komputer dan terusan online bermula sekarang? 
Apa kata baca dulu enti aku yang lepas kat bawah ni

semuanya berebut nak tempah
promosi tempat duduk percuma yang airasia tawarkan
entah-entah hanya satu tempat duduk je ada
tapi juta-juta orang serbu laman web hingga jem
termasuk aku lah tu kan?

tengah malam semalam pun aku cuba juga masuk
petang sebelumnya dah cuba selongkar mana-mana tempat best
yang dapat tawaran murah
boleh pergi Tawau dengan harga RM26 pun dah okey sebenarnya
bolehlah menyelam kejar tung tung dan ikan paus
di pulau Sipadan nan indah itu

semua orang tengah serbu
aku pula dihalau ke bilik menunggu nan canggih ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


beberapa minit kemudian,
skrin jadi kosong
hu hu hu hu aku menderita!!!!!!!

Rabu, 21 September 2011

Nak Tempat Duduk Percuma. Plzzzzzzzzzzzz!!!!!


 Tak kiralah ramai orang dok intai
perkahwinan sensasi Azad dan Eira Syazira
ataupun persandingan Ashraf Muslim dan Dayana 
yang aku tahu aku kena serbu
website airasia dan klik-klik sebelum terlambat
sebelum terlepas peluang



AirAsia dah lancarkan promosi tempat duduk percuma
ke destinasi terpilih domestik dan antarabangsa
bermula pada 12 tengah malam pada 21 hingga 25 September,
masa perjalanan dari 3 Mei hingga 27 Oktober tahun depan.
Tahu apa yang berlaku?
Website Airasia jem kena serbu
Website Airasia HANG kena geledah
aku pulak
terkial-kial tak dapat buat tempahan
Ohhhhhhh mana nak dapat “tempat duduk percuma” ni?
Tolongggggggggggggggggg!!!!!!!!