Isnin, 19 September 2011

Review Johnny English Reborn

dalam entri lepas 
memang sangat teruja nak tengok masa tu 
tak sabar nak tunggu hari tayangan di Malaysia 

Cik Bintang jugak yang senak perut
bila aku meroyan dengan Mr. Bean @ Encik Kekacang @ Rowan Atkinson
jenuh dok online nak tempah tiket
payah bebenornya
sama kes macam filem Nur Kasih
talian sesak, hati lagi sesak bila keluar panggung
kepala yang sesak jugak tak reda

akhirnya, dapat juga tiket filem Johnny English Reborn ni
di Mines
orang bersesak pergi rumah terbuka
kami bersesak cari parking di Mines
semata-mata nak kosongkan kepala
dari semua urusan dunia yang terbantut.

sebahagian besar kerusi penuh
semua orang teruja
sinopsis boleh baca kat link atas tu
yang menariknya, kisah penyiasatan ni
penuh dengan adegan lawak sengal @ kelakar @ lucu
yang buatkan kita semua hampir sewel dok gelak

sepanjang dok keluar masuk panggung
dengan aktiviti subversif wayang ni
inilah pertama kali aku tengok penonton bertepuk tangan
sebab seronok sangat dengan scene tertentu
dua kali mereka tepuk
kalaulah filem Malaysia macam ni
kan best!

bagi sesiapa yang rasa nak tengok filem kelakar sengal sebenar
inilah dia
lawak sengalnya taklah nampak bodoh dan keanak-anakan
tapi stail Mr Bean masih boleh kita tengok
dalam versi serius
serius aku cakap, anda akan keletihan
sebab banyak ketawa
dari awal filem hingga habis
keluar panggung: kepala dah kosong
hati juga puas
tak rasa menyesal tengok
tak rasa rugi beli tiket.
mmmmm...malaslah aku nak puji lebih-lebih
bukan dapat tiket percuma pun
Jom...sambung wat kerja lak!

Terima kasih Kerana Prihatin dengan Mereka

Ramadhan lalu aku ada tulis 
bagi pihak mereka aku ucapkan terima kasih 
kepada anda yang baik hati memberi sumbangan 
semoga anda lebih dirahmati dunia dan akhirat 

Aidilfitri lepas aku berpeluang jumpa Kak Nur
masa bertandang ke rumah Pak Cik (mertua Nur)
kebetulan mereka anak beranak beraya di sini
sambil sibuk siapkan apa yang patut di dapur untuk tetamu
sempat juga aku tanya khabar terkini mereka

Kak Nur dah kerja sekarang
jadi pembantu di kantin sekolah berhampiran rumahnya
anak bongsu berusia 3 tahun lebih kurang
emaknya tolong tengokkan dan jaga
hingga Kak Nur habis kerja
Alhamdulillah, walaupun tak seberapa
ada juga pendapatan bulanan mereka.

anak sulung Kak Nur dah tak sekolah
buat kerja kampung dan tinggal dengan Pak Cik aku (atoknya)
anak kedua (lelaki) di MRSM Machang, Kelantan
lupa pulak tingkatan 4 ke 5
tapi aku kagum dengan kematangannya
macam bukan budak sekolah
mungkin hidup memberi dia lebih pengalaman
sopan dan baik je...rasa nak booking buat menantu je
tahu bawa diri dan hormat orang tua
atok tak ada kat rumah pun
dia boleh kawal selia tetamu penuh rumah
dengan usia sebegitu, aku memang kagum tabik spring

anak ketiga (perempuan) belajar di MRSM Dungun
lupa jugak nak tanya tingkatan 1 atau 2
rasa tak sampai hati nak tanya
ayaQ mata dan ayaQ hidung rasa nak meleleh
tiap kali borak dengan dia
baik juga budaknya
kalut ribut kat dapur tolong mak masak
untuk tetamu yang datang
kalau anak buah aku
sahih dah melangut depan TV
apa dia kesah dengan tetamu ke apa

bila cuti sekolah (hujung minggu) atau cuti semester
selalunya mereka balik rumah toknya (Pakcik aku)
sebab lebih mudah dan dekat
Kak Nur tinggal di Manik Urai...dah dekat dengan Gua Musang sana nun
anak-anak yang lain masih sekolah rendah
tinggal dengan kak Nur

Masa berlalu begitu cepat
tak sedarpun dah bertahun kami kehilangan arwah
mujurnya hubungan kami dengan Kak Nur dan anak-anak
masih berlangsung dan rapat juga
adik bongsu arwah (sepupu) dan keluarga arwah yang lain
sentiasa ambil berat tentang mereka takat terdaya
kalau boleh kami tak mahu anak-anak mereka tercicir
apalagi, semuanya bijak dan mandiri

walaupun sumbangan kami tak seberapa
namun, kami tahu sangat bermakna kepada mereka
terutama bila hujung tahun dan musim persekolahan bermula
banyak keperluan nak kena sedia
berapalah sangat dengan gaji sebagai pembantu kantin
tambah pulak di Gua Musang sebegitu
apalagi kalau cuti sekolah
bermakna tak ada gaji juga

kepada anda yang prihatin
aku tampal semula no akaun Bank Islam
Nama: Mohamad Hasyir Ashfal bin Hapani & Normain Bt. Omar
(akaun bersama dengan anak bongsu) 
No. Akaun: 03-072-02-087969-6 Bank Islam. 
sebelum Aidilfitri tempohari aku dah cuba bank in
memang akaun tu masih wujud
kalau ada dikalangan kita nak buat amal jariah
tak kiralah bersedekah ke
bayar nazar ke, bayar zakat ke...
mereka ni anak-anak yatim yang boleh diehsani
hulurkan setakat mana ikhlas anda untuk membantu

macam aku selalu tulis sebelum ni;
mereka ni tak meminta,
malah mereka tak tahu dan kenalpun orang yang menderma itu
kerana semuanya di bank in terus ke dalam akaun
namun mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan
semua orang yang pernah menolong
dan menghargainya
InsyaAllah, semua sumbangan berkenaan akan digunakan sebaiknya
ke arah landasan yang betul
dan InsyaAllah anda akan dapat sahamnya
di akhirat nanti.

Aku hanya membuka peluang kepada sesiapa yang sudi
dan sedang mencari ladang akhirat
tanpa paksaan, tanpa Kak Nur atau anak-anaknya tahupun
sebagai salah satu cara
meluaskan bantuan kepada mereka.

Jumaat, 16 September 2011

Sangat Teringin Nak Nengok Johnny English Reborn

hanya sebab nak gelak buang sawan dalam kepala 
dengan telatah Rowan Atkinson a.k.a “Mr. Bean” 
Johnny English Reborn adalah sekuel bagi filem Johnny English, 2003
aku tak pernah tengokpun sebelum ni 
bila keluar Johnny English Reborn barulah terkial-kial 
aku cari di youtube hu hu hu 



hu hu hu 
sangat kelakar dan lucu tahap dewa 
gelak sampai golek-golek dek lawak bodoh yang Mr.Kekacang tu buat 
jadi penyiasat kononnya 
boss pulak tu...tapi selalu je buat kacau merata tempat 
anak buah yang terima bahana 
tapi tak boleh nak buat apa sebab boss yang buat silap

bila dah tengok edisi 2003
lagilah teruja nak tengok Johnny English Reborn 2011
mestilah lagi huru hara jadinya
akan adalah benda pelik tak masuk akal
akan dilakukannya

Rowan Atkinson @ Mr.Bean @ Encik Kekacang akan kembali
kali ni jadi penyiasat dalam Johnny English Reborn
akan ditayangkan 15 September 2011
jom serbu panggung untuk bergelak ketawa
dengan aksi sengal @ lawak @ kelakar @ lucu
hero pojaan hati Malaya ni.

Johnny English Reborn adalah filem komedi aksi
Rowan Atkinson “Mr. Bean” harus berusaha menghalang
sekumpulan pembunuh yang merancang 
membunuh pemimpin-pemimpin dunia dan menyebabkan huru hara.
masa tu dia bersembunyi di wilayah terpencil di  Tibet
sebab malu dan menyesal atas kegagalan misi sebelum ni.
para sami ‘monk’ di tokong berhampiran melatihnya dalam seni mempertahankan diri

British Intelligence Service, MI7 memanggilnya semula ke London
untuk menjalankan misi baru: memastikan China berada di pihak mereka
bila  Negara asia tenggara telah membangunkan senjata nuklear
dia juga kena gagalkan cubaan sekumpulan pembunuh.

aku dah tak sabar nak gelak ni
nak buat semua karat dalam kepala
buang sekali batuk jugak
boleh gitu?

Ooohhhhh memang tak sabar dah!
Bila tah impian akan jadi nyata...

Khamis, 15 September 2011

Perutusan Hari Kemerdekaan 2011(Ke-54) Oleh Perdana Menteri

Walaupun Malaysia tak pernah dijajah
(dengan rasa sangat bersalahnya aku tulis ayat di atas tu)
kita sebagai rakyatnya sangat perlu untuk rasa bangga
dengan keamanan yang kita kekalkan
hidup dengan tenteram walaupun bukanlah lena sangat tidur
risau penyamun masuk guna parang kerat leher
walaupun kita bukan kaya raya
penyangak ni bukannya kira apa
asal dia dapat harta benda orang dah lah
jerih payah kita kerja secara halal
ada dia kesah?
(Opsss! apa aku membebel ni?)

Sempena Hari Malaysia yang akan kita sambut esok,
dalam perutusan khasnya yang disiarkan secara langsung dari TV1
Perdana Menteri telah mengistiharkan beberapa perkara;
pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA)
dan menggubal dua undang-undang baru
di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan
bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah
Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan,
beberapa undang-undang lain dikaji semula
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 turut dikaji semula
kajian semula scara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933
dan seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun
dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan
bermatlamatkan memelihara keamanan dan kerukunan hidup rakyat
mana-mana individu juga tidak akan ditahan semata-mata kerana ideologi politik

Kalau nak baca ucapan penuh 
Perutusan Hari Kemerdekaan 2011(Ke- 54) Oleh Perdana Menteri 
yang disiarkan secara langsung tadi, 
bolehlah baca di sini 
aku tak cadang nak copy and paste…
so silalah baca kat sana terus ya 

Selamat Hari Malaysia ya...
sama-samalah kita jaga apa yang kita ada ni
pertahankan sebelum semuanya musnah.


PSSSSST: Keputusan permohonan rayuan 30,414 pelajar bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sesi akademik 2011/2012 dah boleh disemak mulai 12 tengah hari tadi. Semakan boleh dilakukan dengan melayari laman web http://upu.mohe.gov.my atau menghubungi talian 03-88706755, 03-88706766. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya!

Bergembira dengan Smufts Biru nan Comel


musim raya, musim demam dan batuk juga 
tapi sempat lagi memecut ke Seremban 2 
tengok smufts biru yang comel 
kalau boleh tengok 3D mesti lagi best 

sinopsisnya sangat mudah: 
ahli sihir jahat; Gargamel dan kucingnya
mengejar Smurfs biru keluar dari kampung mereka
tengah kalut lari 
mereka jatuh dari dunia ajaib ke alam manusia biasa 
diekori ahli sihir jahat tu. 

macam-macam hal yang menarik berlaku 
akhirnya mereka berjaya buang kuasa sihir Gargamel
dan kembali ke dunia mereka semula 
tapi si tukang sihir tertinggal di dunia 
hu hu hu padan muka, siapa suruh jahat? 

Errrr ...Cik Bintang, sila jangan nak buat lupa booking Johnny English Reborn pula ya 
daku dah rindu dengan Mr.kekacang yang kaya raya tu...