Ramadhan lalu
aku ada tulis
bagi pihak mereka aku ucapkan
terima kasih
kepada anda yang baik hati
memberi sumbangan
semoga anda lebih dirahmati dunia dan akhirat
Aidilfitri lepas aku berpeluang jumpa
Kak Nur
masa bertandang ke rumah Pak Cik
(mertua Nur)
kebetulan mereka anak beranak beraya
di sini
sambil sibuk siapkan apa yang patut
di dapur untuk tetamu
sempat juga aku tanya khabar terkini
mereka
Kak Nur dah kerja sekarang
jadi pembantu di kantin sekolah
berhampiran rumahnya
anak bongsu berusia 3 tahun lebih
kurang
emaknya tolong tengokkan dan jaga
hingga Kak Nur habis kerja
Alhamdulillah, walaupun tak seberapa
ada juga pendapatan bulanan mereka.
anak sulung Kak Nur dah tak sekolah
buat kerja kampung dan tinggal dengan
Pak Cik aku (atoknya)
anak kedua (lelaki) di MRSM Machang, Kelantan
lupa pulak tingkatan 4 ke 5
tapi aku kagum dengan kematangannya
macam bukan budak sekolah
mungkin hidup memberi dia lebih pengalaman
sopan dan baik je...rasa nak booking
buat menantu je
tahu bawa diri dan hormat orang tua
atok tak ada kat rumah pun
dia boleh kawal selia tetamu penuh
rumah
dengan usia sebegitu, aku memang
kagum tabik spring
anak ketiga (perempuan) belajar di
MRSM Dungun
lupa jugak nak tanya tingkatan 1 atau
2
rasa tak sampai hati nak tanya
ayaQ mata dan ayaQ hidung rasa nak
meleleh
tiap kali borak dengan dia
baik juga budaknya
kalut ribut kat dapur tolong mak
masak
untuk tetamu yang datang
kalau anak buah aku
sahih dah melangut depan TV
apa dia kesah dengan tetamu ke apa
bila cuti sekolah (hujung minggu)
atau cuti semester
selalunya mereka balik rumah toknya
(Pakcik aku)
sebab lebih mudah dan dekat
Kak Nur tinggal di Manik Urai...dah
dekat dengan Gua Musang sana nun
anak-anak yang lain masih sekolah
rendah
tinggal dengan kak Nur
Masa berlalu begitu cepat
tak sedarpun dah bertahun kami
kehilangan arwah
mujurnya hubungan kami dengan Kak Nur
dan anak-anak
masih berlangsung dan rapat juga
adik bongsu arwah (sepupu) dan
keluarga arwah yang lain
sentiasa ambil berat tentang mereka
takat terdaya
kalau boleh kami tak mahu anak-anak
mereka tercicir
apalagi, semuanya bijak dan mandiri
walaupun sumbangan kami tak seberapa
namun, kami tahu sangat bermakna
kepada mereka
terutama bila hujung tahun dan musim
persekolahan bermula
banyak keperluan nak kena sedia
berapalah sangat dengan gaji sebagai
pembantu kantin
tambah pulak di Gua Musang sebegitu
apalagi kalau cuti sekolah
bermakna tak ada gaji juga
kepada anda yang prihatin
aku tampal semula no akaun Bank Islam
Nama:
Mohamad Hasyir Ashfal bin Hapani & Normain Bt. Omar
(akaun
bersama dengan anak bongsu)
No.
Akaun: 03-072-02-087969-6 Bank Islam.
sebelum Aidilfitri tempohari aku dah
cuba bank in
memang akaun tu masih wujud
kalau ada dikalangan kita nak buat
amal jariah
tak kiralah bersedekah ke
bayar nazar ke, bayar zakat ke...
mereka ni anak-anak yatim yang boleh
diehsani
hulurkan setakat mana ikhlas anda
untuk membantu
macam aku selalu tulis sebelum ni;
mereka ni tak meminta,
malah mereka tak tahu dan kenalpun
orang yang menderma itu
kerana semuanya di bank in terus ke
dalam akaun
namun mereka sentiasa mendoakan
kesejahteraan
semua orang yang pernah menolong
dan menghargainya
InsyaAllah, semua sumbangan berkenaan
akan digunakan sebaiknya
ke arah landasan yang betul
dan InsyaAllah anda akan dapat
sahamnya
di akhirat nanti.
Aku hanya membuka peluang kepada
sesiapa yang sudi
dan sedang mencari ladang akhirat
tanpa paksaan, tanpa Kak Nur atau
anak-anaknya tahupun
sebagai salah satu cara
meluaskan bantuan kepada mereka.