Khamis, 15 September 2011

Perutusan Hari Kemerdekaan 2011(Ke-54) Oleh Perdana Menteri

Walaupun Malaysia tak pernah dijajah
(dengan rasa sangat bersalahnya aku tulis ayat di atas tu)
kita sebagai rakyatnya sangat perlu untuk rasa bangga
dengan keamanan yang kita kekalkan
hidup dengan tenteram walaupun bukanlah lena sangat tidur
risau penyamun masuk guna parang kerat leher
walaupun kita bukan kaya raya
penyangak ni bukannya kira apa
asal dia dapat harta benda orang dah lah
jerih payah kita kerja secara halal
ada dia kesah?
(Opsss! apa aku membebel ni?)

Sempena Hari Malaysia yang akan kita sambut esok,
dalam perutusan khasnya yang disiarkan secara langsung dari TV1
Perdana Menteri telah mengistiharkan beberapa perkara;
pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA)
dan menggubal dua undang-undang baru
di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan
bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah
Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan,
beberapa undang-undang lain dikaji semula
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 turut dikaji semula
kajian semula scara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933
dan seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun
dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan
bermatlamatkan memelihara keamanan dan kerukunan hidup rakyat
mana-mana individu juga tidak akan ditahan semata-mata kerana ideologi politik

Kalau nak baca ucapan penuh 
Perutusan Hari Kemerdekaan 2011(Ke- 54) Oleh Perdana Menteri 
yang disiarkan secara langsung tadi, 
bolehlah baca di sini 
aku tak cadang nak copy and paste…
so silalah baca kat sana terus ya 

Selamat Hari Malaysia ya...
sama-samalah kita jaga apa yang kita ada ni
pertahankan sebelum semuanya musnah.


PSSSSST: Keputusan permohonan rayuan 30,414 pelajar bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sesi akademik 2011/2012 dah boleh disemak mulai 12 tengah hari tadi. Semakan boleh dilakukan dengan melayari laman web http://upu.mohe.gov.my atau menghubungi talian 03-88706755, 03-88706766. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya!

Bergembira dengan Smufts Biru nan Comel


musim raya, musim demam dan batuk juga 
tapi sempat lagi memecut ke Seremban 2 
tengok smufts biru yang comel 
kalau boleh tengok 3D mesti lagi best 

sinopsisnya sangat mudah: 
ahli sihir jahat; Gargamel dan kucingnya
mengejar Smurfs biru keluar dari kampung mereka
tengah kalut lari 
mereka jatuh dari dunia ajaib ke alam manusia biasa 
diekori ahli sihir jahat tu. 

macam-macam hal yang menarik berlaku 
akhirnya mereka berjaya buang kuasa sihir Gargamel
dan kembali ke dunia mereka semula 
tapi si tukang sihir tertinggal di dunia 
hu hu hu padan muka, siapa suruh jahat? 

Errrr ...Cik Bintang, sila jangan nak buat lupa booking Johnny English Reborn pula ya 
daku dah rindu dengan Mr.kekacang yang kaya raya tu...

Rabu, 14 September 2011

Bila Ibu dan Anak Sibuk, Dinding Jadi Tempat Berpesan


Selasa, 13 September 2011

Penjawat Awam Bersara Umur 60?

Dah pasti ada pro dan kontra
baiknya: kita manfaatkan tenaga kerja mahir untuk latih
pekerja tak mahir
hingga semua pekerja di Malaysia ni mahir-mahir belaka
tak payahlah import tenaga kerja luar
jimatlah kos kan?

yang tak baik tetap ada
umur sebegini, ada yang dah kurang warasnya
bukan nak mengata dan mewajarkan suasana
tapi berlaku depan mata
semata-mata nak rebut peluang “kontrak” selepas pencen
macam-macam cara buat
cucuk sana sini
fitnah merata tempat
orang yang patut dapat dek kerana “kepakarannya”
tak dapat pun
tapi orang yang tak tau pakar apa tu pulak
yang dapat
tetiba dia jadi pakar cucuk dan fitnah pulak!

kalau tanya aku sendiri,
umur macam tu (kalaulah panjang  umur aku)
aku nak menikmati hidup dah
buat apa yang aku suka yang tak sempat nak buat
sebelum tu
kalau jumlah pencen yang aku terima tu besar
jauh sikitlah langkah
bulan Ramadhan boleh puasa di Mekah
boleh tawaf keliling dunia juga
jelajah tempat-tempat menarik serata alam
kembali mencari diri yang mungkin separuhnya hilang
dek leka mengejar dunia
atau robek terkena tempias sihir sang mak cik

kalau aku ada peluang nikmati pencen itu
aku nak aje rehat-rehat kat rumah
online sepanjang masa
atau berkebun keliling rumah tanam segala mak nenek pokok
berdusun menunggu durian  gugur
panjat rambutan bila dah masak.

kalaupun kepakaran aku (pakar ke aku?) diperlukan
boleh aje buat kat rumah separuh masa kan?
tak payahlah sepenuh masa
meja dan kerusi pun dah bosan tengok muka aku
apalagi makhluk lain
kalau ada yang rindupun
mungkin kawan-kawan malam yang suka sepak kaki itu ajelah pun
kotlah!

sempat capai impian tu tak?
Ke dah JALAN lebih awal?

Eloklah bincang dulu bab tambah masa pencen ni
bagi peluang pulak orang muda majukan negara
bukan seronok mana pun kerja lama-lama
macam nak tongkat langit pulak dah
kan seronok main dengan anak cucu kat rumah
ye tak?


PsssT: Pembakaran terbuka di Sumatera punca jerebu di negara kita ek? Patutpun batuk aku tak hilang walaupun dah telan 2 botol ubat batuk. Ada kaitan eh?

PsssT: Hari ni bermula UPSR hingga Khamis ni. Seorang anak buah aku dudukinya. Setiap tahun, untuk UPSR, sesiapa dari anak buah yang dapat A untuk setiap subjek akan aku hadiahkan RM100. Kalau dia dapat 5A bermakna, melayanglah RM500. Agak-agaknya, tahun ni aku akan hilang RM500 tak? Alamak! kena bilang syiling dalam tabung ni...hu hu hu  Aduhaiiiii! siapa suruh janji kan?

Isnin, 12 September 2011

Semakan Rayuan UPU bermula 17 September


Bermula Selasa lepas, UKM dah  mula sibuk semula. Pelajar baru dah mendaftar. Pergi mana tempatpun penuh dengan orang. Minggu ini pula, pelajar-pelajar lama dah menderu datang. Mana-mana tempatpun dalam kampus ini dah ramai orang.

Kalau baca akhbar Berita Harian, dah ada maklumat tentang semakan rayuan UPU untuk pelajar yang tidak ditawarkan tempat di universiti seperti petikan berikut;


Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menerima sebanyak 30,414 permohonan rayuan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2011/2012.
Daripada jumlah itu, sebanyak 16,159 atau 53.13 peratus permohonan rayuan diterima daripada calon memiliki kelayakan diploma atau setaraf, 12,183 atau 40.06 peratus (STPM), 1,057 atau 3.48 peratus (matrikulasi/asasi) dan 1,015 atau 3.34 peratus (Sijil Tinggi Agama Malaysia/STAM). 

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata Mesyuarat Pemilihan Bersama Rayuan akan diadakan mulai Isnin depan sehingga 15 September ini. Keputusan permohonan rayuan itu akan diumumkan pada 17 September ini mulai jam 12 tengah hari melalui url http://www.upu.mohe.gov.my  yang mana calon boleh mencetak surat tawaran menerusi laman web IPTA berkaitan dan mereka yang berjaya dijadual mendaftar di universiti mulai 19 September ini.

Hujung minggu ni dah tu...jangan lupa serbu laman sawang UPU untuk dapatkan keputusan rayuan tersebut. Kalau dah diterima tu, jangan pula lupa untuk belajar sungguh-sungguh. Peluang bukannya datang banyak kali, sekalipun payah nak jumpa. 

Petang tadipun aku dah beri taklimat kepada pelajar baru, hanya separuh yang datang. Lainnya mana?

Lupakanlah dulu riuh rendah raya tu, tahun depan pun masih ada raya kalau panjang umur, peluang bukannya datang banyak kali. Rebutlah mana yang penting dulu.