Selasa, 21 Jun 2011

Doa Cari Jodoh, Doakan Untuk Aku Juga

setiap hari, memang setiap haripun
kalau semak katakunci di nuffnang ataupun statcounter
akan jumpa carian tentang doa untuk bertemu jodoh
doa cari jodoh, doa cepatkan jodoh
semuanya berkisar tentang doa
dan jodoh

Oohhhhh rupanya blog aku
jadi tempat lepak untuk orang-orang yang ingat Allah
mencari doa moga-moga dimudahkan jodohnya
moga-moga diketemukan jodoh yang baik
moga-moga diringankan jodohnya
moga-moga dicepatkan jodohnya.
Yaaa doa juga sebahagian daripada ikhtiar
terlebih baik berdoa untuk dapatkan jodoh
dari berembun memalam buta mencari jodoh
di kelab malam atau disko atau juga kelab dangdut.

sebelum ni aku pernah buat entri tentang doa cari jodoh
jadinya entri ini hanyalah sebagai penunai janji
yang aku ukir dalam entri
carian kata kunci “Doa cari Jodoh” buatkan aku terasa
nak tampalkan doa yang ramai orang cari-cari itu
moga-moga carian mereka terhenti di sini sahaja
moga-moga mereka akan temukan doa itu di blog ini
moga-moga dapat mereka amalkan
dan akhirnya moga-moga doa itu Allah makbulkan
moga-moga nanti,
mereka juga tak lupa ajak aku makan kenduri
sempena menamatkan pencarian jodoh mereka itu
atau sekurang-kurangnya
mendoakan aku juga mendapat jodoh yang baik seperti mereka

Berikut adalah antara doa
yang boleh diamalkan kepada pencari jodoh
aku petik dari buku Ruqyah Asas Pengubatan Islam
disusun Dato’ Haron Din terbitan Darussyifa’
sesiapa yang nak buku kecil ini
harganya hanya RM3 (kecil) dan RM5 (besar)
dapatkan di kedai-kedai buku berbentuk keagamaan





Terjemahan maksud:
Ya Allah, jadikanlah dia dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah dia dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi segala-galanya.


 
Selepas ini
harapnya lebih ramai orang akan bertemu jodoh
jangan lupa doakan aku juga ya
bertemu jodoh dengan orang yang BAIK-baik sahaja
baik pekertinya, baik rupanya
baik kerjanya, baik pangkatnya
baik hartanya, baik juga keluarganya
baik segala-galanya
asal baik aje, cukuplah!
tak nak demand tinggi cecah awan

selepas ini,
harapnya lebih ramai orang bertunang walaupun taklah meriah gempak satu dunia
kemudian berkahwin berkenduri kendara hingga kayangan 
satu dunia menontonya secara live
bolehlah aku tompang sekaki berfestival ambil gambar di Putrajaya
taklah sadis sangat bila terima SMS tahniah sebegini rupa

Selamat berdoa semua ya!

Ahad, 19 Jun 2011

Pelakon Zami Ismail @ Pak Uda Meninggal Dunia Pagi Tadi

DariNya kita datang, kepadaNya jualah kita akan kembali. Alfatihah.

Masa tengok berita tengahari di TV al-hijrah
terpaku seketika mendapat khabar
pelakon komedi tanahair
Zami Ismail @ Pak Uda dalam sitcom Pi mai Pi Mai Tang Tu
telah dipanggil Pulang ke sisiNya
meninggal dunia nan fana ini 
kerana komplikasi jantung
jam 10.30 pagi tadi  @ Ahad 19 Jun 2011 di IJN
Dia pergi pada hari Ahad minggu ke tiga bulan Jun 
atau pada Hari Bapa
hari yang sangat istimewa untuknya sebagai seorang bapa
kalau semak online, Mygosip dan Mak Dara
dah tampal berita tentang tu.

aku suka lakonannya yang bersahaja
sejak dalam Pi mai Pi Mai Tang Tu lagi
selamba badak aje dia berlakon komedi
yang menggeletek hati
walaupun isu berkenaan bukanlah lucupun
banyak menyindir 
banyak juga tersindir dan terkena muka sendiri
jadi gelak-gelak gembira bila pelepoppppp kena muka sendiri
paling tak tahan bila isu “lelaki rendah”
sering disinggungnya
memek mukanya yang sensitif tentang hal itu
buatkan orang ketawa gelihati

kita pernah terhibur dengan jenakanya
pernah ketawa dengan senda lokanya
pernah tersenyum dengan cuit sindirnya
hari ini, ada antara kita
akan menitiskan air mata
dengan pemergiannya

sekalung takziah juga
kepada seluruh keluarga arwah
sesungguhnya pemergian dia
payah nak cari ganti
boleh tengok biodata Zami Ismail di wikipedia
mungkin dah lupa filem dan drama lakonannya.

Sama-samalah kita doakan
dia ditempatkan bersama Orang-orang yang dikasihi
bersama para suhada
bersama para kekasihNya.
Aminnnnn!

Pulak Dah! Meriahnya Bertunang

Nooryana Najwa, anak perempuan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor,
secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev
dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam.

Meriahnya majlis depa
Putera William bertunangpun tak semeriah ni
(PssssT: dah jadi bapa ke datok angkasawan kita ek?)
nasib baik masa William kahwin meriah tayang seluruh dunia
awatnya tak jemput aku sama ek?
nak jugak merasa nengok anak orang besaQ
bertunang bagai
paling idak ilang jugak kempunan aku


sumber: Mystar


mata aku tak berkelip
nengok senyum indah Raja Permaisuri kita yang jelita menawan itu
sangat manis
Errrr....maaf Nooryana Najwa
ada unsur-unsur jeles tak entri ni?
mana adaaaaaaaaaa
aku suka je nengok orang bahagia
lagi suka kalau turut dijemput ke Sri Perdana


PSSST: nak maklumat lain tentang pertunangan tersohor seantario alam ni, bolehlah baca kat blog PulakDah ni

PsssT: Hari ni ahad minggu ke tiga bulan Jun kan? Selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa di Malaysia. Selamat hari bapa Ayohhhh...

Sabtu, 18 Jun 2011

Tunggu Si Kacak Di Tepian Pantai

ini entri sambungan kisah hari Isnin lepas
kisah awal minggu yang terlalu memendam rasa

dek tidur awal, aku berpeluang untuk mimpi
bukan selalu mimpi nak datang
setahun sekalipun payah
hanya jumpa arwah Hani Mohsin
dan Ady Putra je pun pernah
selain tu ada yang mengarut meraban
nasib baik tak jadi superman je

dek tidur awal kerana nak elakkan kemusnahan dunia
aku didatangi mimpi indah
pergi ke sebuah pantai indah di Eropah
hah! ambik kau...eropah lagi
di pelantar terlihat laut biru nan indah
riang ria lah aku melihat ramai orang bergembira
entah macam mana pulak ada dua orang anak buah aku
termasuk dalam ini cerita
Siti dan angah (kacau daun betul!)

akupun telefonlah seorang si kacak ini
tinggi lampai, hitam manis, bermata sepet
oooohhhhh memang dia lelaki idaman jiwa
tengah tergagap nak cakap inggeris
dia tanya dalam bahasa melayu
aduhai! dikau memang idaman jiwa
hati terjelepok merayu datangmu ooooh!
dia sanggup datang jumpa aku
tak sangka aku akan datang sejauh itu
tak sangka aku akan hubungi dia
alahai hati...bermusim bungakah di sudut itu?
bolehlah nanti bergambar sakan bak festival perkahwinan

laut nan indah tiba-tiba bergelora
ribut melanggar pokok-pokok
kelam kabut aku cari Siti dan angah
bawa ke tempat selamat
hairannya gelora hanya di laut
ribut hanya jatuhkan dahan-dahan dan daun ke bumi
tak timpa manusia pun
entah dari mana kakak aku muncul
ambik anak-anak dia
aikkk, aku akan dapat anak buah baru ke?
(kena tanya kakak ni, betul ke tak)

aku pula melihat-lihat sekeliling
sambil tunggu si jejaka athma jiwa
lambat sikit kot
kang tadi ribut
alarm bunyi la pulak
tak sempatpun nak realisasikan
jumpa dia nan hensem walaupun hanya dalam mimpi
aduhaiiiii...kacau betul anak buah aku tu kan?
Errrr ada kaitan ke?

Khamis, 16 Jun 2011

Tunggu Gerhana Bulan Depan Rumah

Bukan selalu boleh tengok keajaiban cerita dunia. Benda-benda aneh, ajaib, pelik tetapi benar-benar berlaku depan mata tidak mudah untuk kita lihat dengan mata kepala sendiri. Biasanya tengok di TV je. Gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, manusia berkepala unta sekalipun, kita jumpa kat youtube je. Kita tampal dan kongsi ramai-ramai di blog masing-masing. Macam sendiri yang alami kejadian tu.

Sat-sat tadi pi keluar depan rumah tengok bulan…masih lagi sihat walafiat kat tengah-tengah langit. Menurut ANGKASA dan JAKIM, malam ni dijangka berlaku gerhana bulan penuh. Fasa Gerhana Bulan Penuh ini adalah seperti berikut;

Bulan memasuki penumbra jam 1.25
Bulan memasuki umbra jam 2:23
Gerhana penuh bermula jam 3:22
Kemuncak gerhana jam 4:12
Gerhana penuh berakhir jam 5:02
Bulan meninggalkan umbra jam 6.01


Berikut aku petik maklumat dari JUPEM untuk dikongsi bersama. Mungkin dah ramai dikalangan rakan-rakan yang dah tahu…untuk makluman bersama sahaja;

MAKLUMAN GERHANA BULAN PENUH 14 REJAB 1432H / 16 JUN 2011 (JUPEM)

Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana).

Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi. Gerhana bulan penuh 16 Jun 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang penumbra pada jam 1:25 pagi seterusnya bayang umbra pada jam 2:23 pagi. Tempoh berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit.


Solat Sunat Gerhana Bulan

Lafaz niat (Maksudnya): “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

a. Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.


b. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
7. Iktidal.
8. Sujud dan membaca tasbih.
9. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.


Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku’ sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku’ sebagaimana solat fardu Jumaat.

Berhajat untuk sama-sama saksikan peristiwa penting lagi bersejarah ini sendiri nanti. Itupun kalau mata masih lagi terbuka. Kalau mata dah terlelap, alamatnya selamat lah kan!