Khamis, 3 Mac 2011

10 Jenis Kanser Utama Dihidapi Lelaki & Wanita

Berikut adalah senarai 10 jenis kanser utama yang kerap dihidapi kaum lelaki dan wanita di negara kita.
Seriau je tengok...semua orang tak nak sakit. Nak sihat je memanjang, selsema pun tak nak. Agak-agaknya, bersediakah kita andai berhadapan dengan 10 jenis kanser popular ini?



Aku tak punya jawapan untuk itu. Anda?

Rabu, 2 Mac 2011

Dah Kena Senarai Hitam Ek?

Sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pesalah lalu lintas akan disenaraihitamkan bermula semalam. Banyaknyeeeeeeeeeeeee!

Termasuk juga adik aku, ada satu saman pada 2008. Baru sekarang nak masuk senarai (2011). Masa dia semak saman nak perbaharui cukai jalan Disember lepas, ada dalam sistem tapi bila ke JPJ nak bayar, JPJ kata tak ada. Jadi nak bayar apa?

Sekarang ni, selepas tarikh Februari tamat, baru dia dapat surat saman tu. Pelik betul! Habis tu, kira macam mana tu? Mmmmm biar ajelah, pandai-pandai dia nak selesaikan. Otak aku dah tepu nak berfikir hu hu hu

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.

PssssT: sesiapa yang belum sempat bayar saman, masih ada 8 hari lagi untuk serbu pejabat pos ya. Tarikh akhir yang dilanjutkan hingga 10 Mac...mmmmasyik lanjut tempoh je, itu yang ramai dok tunggu ngadah saat akhir hu hu hu ...errr

Pemenang Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

Aku dah umumkan pemenang untuk Kontes cerita Paling lawak sedunia di entri sebelum ini. Hingga kini, hanya seorang pemenang sahaja dah beri alamat melalui email aku. Kepada dua pemenang lain, kak Azieazah kita nan baru sibukkan semula hidupnya dengan blog dan juga Ros puteh, diharap segera emailkan alamat dengan kadar segera.

Bukan apa, kesian adik kita nan seorang tu...mesti tertunggu-tunggu nak pakai broach mutiara nan cantik tu. Cantik tau...mesti tak sabar nak pakai.

Maka, kami telah putuskan tiga pemenang Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia adalah seperti berikut;


Pemenang Pertama


Pemenang Kedua


Pemenang Ketiga
Blognya sangat berat untuk aku loading…dah lama tunggupun hanya katak ini je muncul. nasib baik aku dah salin dan tampal siap-siap lawaknya dalam word. Kepada tuan punya katak ini…anda adalah pemenang!


Semua pemenang perlu emailkan saya di annieyss@gmail.com dan nyatakan alamat untuk penghantaran hadiah.

Selasa, 1 Mac 2011

Siapa nak Apple iPad 2 Percuma?

Dengar ceritanya, iPad 2 akan dilancarkan di Malaysia tak lama lagi dan bakal menjadi gadget terpanas dalam pencarian di google. Berita panas ni. Bagi peminat gatget sedunia yang sukakan teknologi memudahkan urusan seharian, memang teruja sangat-sangat…tambah lagi kalau dapat percuma. Huh! Darah aku dah mendidih teruja ni. Menggelegak ni...

Sempena dengan pelancaran iPad 2 di seluruh dunia dan Malaysia, denaihati.com dengan kerjasama Apple Malaysia (temberang je ni sebenarnya disponsor oleh Smartgold.biz) dan Ray Ban Malaysia (ni betul) telah menganjurkan contest Apple iPad 2 untuk Teman Setia. Hadiahnya memang sebijik iPad 2 Apple ni…ambik kooooo! Cepatttttttttttttttttttttttt, kepada sesiapa nak iPad percuma ni, kenalah join kontes berkenaan.

Aku dapat tahu kewujudan kontes hangat di di blog Kujie, yang menyebabkan aku akhirnya panas bontot nak jugak join. Target aku dah pastilah Apple punya iPad, lagi menyejukkan hati kalau denaihati.com yang bagi kat aku sebab menang dek penangan iPad 2 malaysia ni.

Sayang berjuta-juta kali sayang, blog aku ni PRnya memang tak sampai 3 pun. So, pandang ajelah orang lain dengan meriahnya masuk kontes ni. Jadinya, kalau nak join kontes ni, kena semak PR blog masing-masing dulu kat sini.

Kalau dah tiga ke atas, boleh join…kalau masih bawah tu…boleh jugak ikut serta. Jadi tukang promosi macam aku ni. Mana tahu sangkut Ray Ban pulak. Kan dah comel tu merempit pakai Ray Ban hitam gelap gelemat tu hu hu hu Kalau tak sangkut juga...harap-harapnya denaihati bolehlah sedekah sikit trafik dia kat aku. Boleh gitu? Hu hu hu boleh tak gelak tu perlahan sikit? Sila bersopan dikhalayak ramai la la la

Berkayuh Ke Pulau Bersama Ady Putra

Ada orang rasa nak muntah tak tengok tajuk tu? Hu hu hu ampunkanlah daku ya…aku ambil keputusan untuk tak akan ambik kesah pun dengan semua itu hari ni. Aku nak nikmati keindahan naik bot dengan Ady Putra yang ganteng ni sepenuhnya.

Usah ditanya pulau apa dan mana letaknya, memang rahsia. Nanti ramai pulak paparazzi serbu kami, tak pepasal masuk melodi pulak kena terjah hu hu hu. Bersama kami masa tu adalah tiga orang kanak-kanak pintar, aku pun tak pasti macam mana budak-budak ni boleh interprem dalam aku punya cerita…kacau daun betul. Apa yang pasti cik abang Ady putra ni yang jadi jurukemudi bot, manakala aku pulak kena jadi pembantu dia, sambil kena jaga budak-budak tu. Hish! Memang betul-betul kacau daun…ish! Bepulang aku nak menggedik depan Ady Putra pun dah kurang. Apaaaaa daaaaaaaaaaaaaaa!

Rupa dia yang lagi macho dari ni, tak ada ke?



Hari tu langit membiru dan cantik. Matahari tak terik tapi angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Laut jernih dengan warna kehijauannya memang sangat cantik. Nyaman dan indah. Dah pasti, lebih indah bila bersama jejaka ganteng walaupun hanya Ady Putra. Nasib baik Ben Ashaari tak interprem dalam aku punya cerita. Hu hu hu usah muntah dulu ya ;)

Naik bot bersama Ady putra, di tengah laut pula (ada ka bot tengah darat?, bukan macam kapal kat Melaka tu ya ish! Ish! Ish!) memanglah seronok walaupun ada lagi 3 orang budak kat belakang tu dok kacau daun. Rasa macam dah berlakon dalam drama purba pulak…dengan hero pojaaan Malaya. Entah macam mana, tetiba je muncul seorang lanun (huh! Tu yang tak tahan tu…sorang je lanunnya, terlepas kapal ke Somalia kot! Nak nompanglah tu!), bawak senapang klasik macam filem Pirate tu…gaduh sana sini dengan Ady putra, aku jugak yang kena tembak.

Hish! Kena tembak pun tak rasa sakit tu…hebat betul. Apa taknya, bila lanun dah jatuh laut berlawan dengan sang hero, dia datang sebelah aku kemudian kata “You akan okey, jangan risau…I ada dengan you”. Fuyooooo renung matanya yang redup itu merenung macam dia renung Pasha Sandha pulak. Daku terkasima, kekanda!


Masa tu dah malam (wow! Macam lama lah pulak adegan lawan melawan lanun tu…)

Gagah perkasa dia lawan lanun, macam Hang Tuah pulak!

Fulamak! Tak pasal-pasal dalam hati ada taman hu hu hu Oh kekandaku, Ady Putra…jatuh ke laut pun tak apa kiranya begitu bagai dikata (Aku tak tau berenang tau, kalau jatuh memang confirm aku akan ukur berapa meter kedalaman laut tu…timbulnya sehari kemudian hu hu hu). Dah sampai darat, terhendap-hendaplah kami menceroboh pusat PLKN yang entah mana satu, hantar budak-budak tiga orang tu. Mmmm macam seludup masuk ikut pintu belakang.

Bila mereka tu dah berjaya masuk dan sertai ahli lain dalam kem tu (yang lain semuanya besar-besar dah, 3 orang ni je budak sekolah rendah), aku pun nak beredarlah dari situ. Alih-alih, tinggal aku sensorang je. Mana perginya hero Malaya ni? TAdi, bukan main lagi kata nak teman aku? Huh! Tak boleh harap betul!

Kalutlah pulak aku cari dia. Nak panggil kuat-kuat tak boleh, karang orang tahu pulak aku ada situ. Ngendaplah sana sini cari dia, tapi tak ada. Frust betul aku. Macam mana nak balik ni? Kan pulau…aku mana reti bawak bot. Wehhhh luka kena tembak ni macam mana? Siapa pulak nak ubatkan? Hish! Mudah betul lupa janjilah dia ni!


Tengah dok mengomel dengan hati yang bungkam tu…aku dengar bunyi alarm. Huh! Awatnya cepat sangat dah siang ni? Aku cari Ady Putra pun belum jumpa lagi. Kacau betul!

Kenapalah dalam ramai-ramai hero Malaya, Ady Putra jugak yang datang ganggu tidur aku ya? Hu huhu kalau si Ady Putra baca, memang sah dia gelak tergolek-golek sampai masuk laut. Mmmmmm macamlah aku ni peminat nombor satu dia. Itu yang lagi hairan kenapa dia boleh interprem dalam hidup aku. Pelik betul!

Apa-apapun, terima kasihlah kat Ady Putra yang sudi main drama dengan aku dalam mimpi. Dulu arwah Hani Mohsin berenang dengan aku, kali ini Ady Putra pula. Kedua-duanya melibatkan laut dan air. Orang kata, kalau mimpi berkaitan air, sejukkkkk…maknanya, macam ada rezeki nak masuk. Masuklah duhai rezeki banyak-banyak…daku tengah kekempisan poket ni, tapi perut…entah kenapa lambat pulak nak kempis hu hu hu. Agak-agaknya, ada tak peluang aku berlari-lari di gunung harung padang rumput saujana dengan bunga-bunga rumput sedang berkembangan? Perlahan-lahan nyanyi lagu Kaho Na Pyar Rar Hay.

Ini sebenarnya mimpi orang tengah migrin teruk. Nasib baik bila dah bangun, kepala dah ok. Dan hari ni, aku tersenyum sendirian bila kenangkan mimpi singkat tu. Errrr ada sesiapa lagi sudi masuk dalam mimpi aku?