Sabtu, 31 Mei 2014

Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui


Semalam kita dikejutkan dengan penemuan mayat kanak-kanak dua tahun lebih tanpa kepala dipercayai dikelar di Sungai Klang, berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin. Hari ni suspek pembunuh kejam kanak-kanak tanpa kepala itu ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway pada kira-kira 3 petang tadi. Mayat ditemui dalam keadaan terlentang itu ditemui orang awam yang memaklumkannya kepada polis.

Kalau baca perincian saksi yang menceritakan bagaimana mereka nampak lelaki itu membunuh mangsa, tak sanggup nak baca. Tak mampu nak bayangkan macam mana. Subhanallah. Tak ada hati perut.

Hari ini juga identiti lelaki yang jadi suspek ini mula dibongkar, kononnya pernah dipenjarakan bersama ayah kanak-kanak tersebut dan baru dibebaskan dari penjara kurang enam bulan. Identiti ibunya juga mula diperkatakan. Aku tak mahu komen apa-apa tentang itu, namun bagi aku, bila kita bersedia untuk ada anak, makanya perlulah bersedia untuk jadi ibu bapa.

Tugas ibu bapa itu terlalu berat dan tidak boleh fikirkan diri sendiri sahaja. Bila difikirkan tentang beratnya tanggungjawab itu, barulah rasa nak insaf sekejab dengan apa yang telah Allah takdirkan untuk diri ni. Yaaaa....Dia maha tahu apa yang mampu aku lakukan, apa yang tidak. Makanya, syukuri aje seadanya kehidupan ini. Jangan nak tamak!


Pahang Mara Ke Final Piala FA

Bola Sepak Piala dunia berbelas hari lagi, tapi tengah hangat sekarang ni perlawanan akhir final Piala FA. Semalam Pahang bertemu JDT untuk menentukan siapa yang layak ke perlawanan akhir Piala FA.

Jaringan tunggal Faizol Hussein pada minit ke-81 membawa Pahang melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menundukkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur. Faizol berjaya menggamatkan stadium yang dipenuhi kira-kira 30,000 penyokong setia Tok Gajah dengan tendangan cantik ke kiri gawang gol menewaskan penjaga gol lawan, Izham Tarmizi Roslan. Pahang mara menerusi angregat 2-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh akhir pertama.

Nak tunggu final Piala Dunia tak tau lagi bila…mulanya pun belum lagi. Jadinya, jom lah kita pakat nengok Final Piala FA.

Malam nanti Kelantan berentap Felda United untuk menentukan pasukan yang layak bersama Pahang di pusingan akhir Piala FA. Gomo Kelate Gomo. Pertarungan memang akan sengit, namun, dah tentulah jantung rasa nak gugur huhuhu hu itu yang malas nak tengok tu!

Kalau nengok 10 minit terakhir sebelum habis perlawanan akhir Piala FA untuk mengetahui siapa juara piala FA 2014 boleh tak? kira halallah ya !


Rabu, 28 Mei 2014

Penyeri Nilai 3 Hiburkan Anak-anak


Panda tak ada...hanya ada panda batu je. Tu pun ramai dok pi berebut nak bergambar dengan panda batu huhuhuhuhu kuat betul pengaruh panda semenjak dua menjak ni...


Dirakamkan Ahad lepas, bila musim cuti sekolah, memang akan sesaklah nak parking pun susah. Ramai ambil peluang untuk buat persiapan raya, termasuk aku. Borong kain ela, kemudian kirim dengan abang ipar balik kampung, mintak dia hantar kat tukang jahit. Bila adik balik, di apula pergi ambil yang dah siap. Seminggu je siap 2-3 pasang. Boleh pakai pi kerja dan buat raya la la la kalau tempah untuk raya, dah tau dah memang tak siap punya. Licik tak?

Selama ni pergi sini hari kerja, boleh parking depan pintu kedai. Kali ni kena jalan jauh sikit huhuhuhuhu dahlah badan tak adalah sihat manapun. Tapi...ini kira macam rawatan fisioterapi juga la l a la