Ahad, 4 Mei 2014

Ahad Hari Tanpa Entri

Okeh, bajet blogger glamer!

Kalau hari Rabu, entri berkata-kata melalui gambar tanpa perlu menulis panjang lebar bagai, apa kata hari Ahad kita umumkan sebagai “Hari tanpa entri”, boleh gitu?

Apa salahnya kita buat macam Kuala Lumpur tanpa kenderaan setiap ahad awal bulan tu. Bolehlah kita berbasikal dengan Perdana Menteri ronda-ronda Kuala Lumpur. Tak boleh ek?

Hari ni Ahad kan? Alamak! Tertulis entri lah pulak!


Sabtu, 3 Mei 2014

Kereta Api Berlanggar Di Seoul


Tengok tajuknya buatkan aku terdian seketika. Pelanggaran kereta api bawah tanah berlaku di stesen Sangwangsimni apabila sebuah kereta api bawah tanah yang berhenti dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta api yang lain.

Akhbar menulis kereta api ini “bertembung”, tetapi bagi aku istilah bertembung tu tak tepat sebab kereta api dilanggar dari belakang. Bila langgar berdepan baru kira bertembung hu hu hu hu wartawan tu kena masuk kelas istilah sekejab hu hu huhu mai masuk kelas aku, yuran dia rendah je!

200 orang penumpang cedera (melecet, pendarahan otak dan seorang lagi kerana patah tulang) dalam nahas kereta api di Seoul. Dua gerabak akhir tren yang berhenti itu tergelincir dari landasan akibat impak pelanggaran, manakala cermin kedua-dua kereta api pecah. Tingkap retak pada kedua-dua tren, dan satu pintu menyambung dua gerabak rosak teruk.

Di Seoul, kereta api bawah tanah adalah pengakutan perhubungan yang utama. Perkhidmatan awam ini cekap, murah, selesa dan mudah. Bawah tanah sana penuh umat, kat atas muka bumi jalan tak adalah sesak sangat, manusia pun tak ramai. Entah bila perkhidmatan sebegini boleh berada di Malaysia.

Jumaat, 2 Mei 2014

19 Perkataan Milik Islam di Brunei


Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan digunakan oleh orang bukan Islam di negara itu, berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah. Perkataan yang diharamkan itu adalah seperti berikut;

1. ALLAH
2. masjid
3. azan,
4. baitullah,
5. al-Quran,
6. fatwa,
7. firman ALLAH,
8. hadis,
9. haji,
10. hukum syarak,
11. Ilahi,
12. kaabah,
13. kalimah syahadat,
14. kiblat,
15. imam,
16. mufti,
17. mukmin,
18. solat dan
19. wali.

Perkataan-perkataan ini hanya merujuk kepada agama Islam sahaja ya…tak boleh agama lain. Kalau nak sebut, perlu merujuk kepada ertinya bersandarkan pengertian dalam agama Islam.

Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam. Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi.

Mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.

Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun.