Khamis, 20 Jun 2013

Jerebu: Sekolah Di Muar & Ledang Diarah Tutup Dua Hari


Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang diarahkan ditutup selama dua hari mulai hari ini akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya. Yaaaa....dah capai tahap bahaya. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 383.

Arahan dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah mulai jam 11 pagi tadi. Kota Tinggi turut mencatatkan tahap sangat tidak sihat dengan IPU 232, meningkat berbanding 211 yang dicatatkan pada jam 7 pagi. Pasir Gudang dan Larkin Lama di kawasan bandaraya Johor Bahru pula mencatatkan tahap tidak sihat dengan catatan IPU 199 dan 181.



Setiap tahun, perkara yang sama berlaku. Asal pertengahan tahun je, kita perlu sedut jerebu. Asap. Bau hangit terbakar. Cuaca jadi makin panas menyengat. Dan setiap tahun jugak, ada pihak cuba dan mengelak dari bertanggungjawab. Tak mau mengaku. Dah jadi budaya!

Maka setiap tahun juga, pasukan bomba kita perlu ke seberang sana buat khidmat masyarakat padamkan kebakaran. Kenapa tak pernah belajar dari sejarah? Aku pun tak faham!

Komen aku: Jerebu juga boleh mengakibatkan ketidakstabilan horman. Boleh meroyan. Sebelum aku meroyan lebih panjang, baik aku letak titik cepat-cepat. Titik.




Persoalan Malam Jumaat



Antara orang yang mengumpat kita dan orang yang datang mengadu bahawa ada orang sedang mengumpat kita, mana satu lebih jahat?

Macam soalan periksa, tapi agak lama juga persoalan ini berlegar dalam kepala.

Komen aku: Aku memang muka tembok yang jarang nak peduli apa yang orang tengah umpat. Usah buang masa mengumpat aku walaupun daku teruja juga bila ada orang mengumpat. Sebabnya? Mereka sedang memberi aku koleksi pahala yang tak terhitung huh u hu

Jangan kantoi tengah mengumpat aku sudahlah ya...

Ada orang nak mengumpat aku tak? Silalah! Moga-moga makin bertambah pahalaku!

Video 15 Saat Sebelum Penebat Kilat Menara UMNO Runtuh

Yang runtuh memang dah runtuh. Tak kiralah runtuhan kerangka jambatan ke dua Pulau Pinang yang boleh kita lihat rakaman videonya ka ataupun runtuhan penebat kilat Menara UMNO, ataupun video kebakaran besar kampung melayu di Sibu.




Hari ini, rakaman video dari CCTV bangunan berhampiran bangunan UMNO Pulau Pinang berdurasi 15 saat sebelum penebat kilat terjunam dan menghempap jalan, kemudian mengenai beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Honda City berwarna gelap dipercayai milik, Lim Chin Aik, 44 telah beredar di FB dan media sosial yang lain.

Dalam kejadian angin kencang pukul 6.45 malam itu, penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan Menara UMNO Pulau Pinang telah runtuh dan menghasilkan lubang sedalam lima meter. Kejadian itu juga meragut nyawa kelindan lori tong gas, Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia sebaik saja tiba di Hospital Pulau Pinang selepas kepalanya cedera parah ditimpa serpihan konkrit penebat kilat itu.

Polis sebelum ini mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.