Ahad, 3 Jun 2012

Tisha Tersingkir dalam Konsert Separuh Akhir ke Dua Mentor Musim 6


Konsert minggu ini adalah peluang terakhir untuk Anas, Tisha, Zatul dan Caroline
sebelum layak ke peringkat akhir Mentor dan dinobatkan juara minggu depan

Berikut adalah senarai lagu yang bakal dinyanyikan oleh mereka:

1. Zatul - Taman Rashidah Utama & Opera Hidup (Wings)  [markah: 127]
2. Caroline - Layar Impian (Ella) & Set Fire To The Rain (Adele) [markah: 131]
3. Tisha - Dikir Rambong (Kapilla) & Makhluk Tuhan paling Seksi (Mulan Jameela) [markah: 86]
4. Anas - Pangeran Cinta (Dewa 19) & Drama King (Black & MUH)  [markah: 122]
5. Lagu Bonus -(Amy Seacrh) Gelora Cintaku, Meniti Titian Usang & Teguh

Agaknya, siapa akan tersingkir malam ni?

Peserta yang tersingkir adalah:  Tisha


Jom kita lihat mereka berentap dalam konsert final Mentor Musim 6 pada 10 Jun 2012


nak tahu kenapa aku teruja nak tunggu final nanti?
sebab ada dua orang peserta pilihan iaitu:
Mohd Shahrul Mohammad dan Najua Nasir
paling nak tunggu tentulah Najua Nasir cucunda lagenda negara Tan Sri P.Ramlee



Jumaat, 1 Jun 2012

Zizan Juara Super Spontan


berbanding maharaja Lawak ke, Maharaja Lawak Mega ke...
aku lebih suka tengok Super Spontan sebabnya: sebab spontan
lawaknya tidak dibuat dan dirancang...tetapi memang spontan punya lawak
baru boleh tahu seseorang tu mampu tidaknya jadi pelawak kan?

malam ni final untuk menentukan siapa juara Super Spontan musim pertama
nak tahu pasal maklumat untuk malam ni tengok final Super Spontan

Pemenang @ Juara Super Spontan 2012: Zizan

Hadiah: Toyota Camry dan RM100 ribu

Hadiah ke dua: RM50K: Johan 

Hadiah Ke tiga: RM25K bersama tropi: Taukeh

saguhati: wang tunai RM5k: Rahim, Ropie & Suhaimi


Komen aku: Bosan gilerrrr dengan budak si Amir tu hu hu hu naik sawan aku dengar!

Komen aku: Apasal tak lawak pun?





Kabinet Setuju Buka Permohonan Rumah PPR???


Kabinet setuju dengan cadangan membuka permohonan
penjualan unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR)
kepada golongan berpendapatan rendah khususnya di Kuala Lumpur
dan Selangor, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Chor Chee Heung.

keputusan itu dibuat bagi mengurangkan beban yang ditanggung
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menguruskan kediaman berkenaan
PBT sukar mengurus PPR kerana banyak fi sewaan dan penyeliaan
tidak dibayar pada masanya oleh penduduk
syarat memohon rumah PPRT yang ditetapkan:
mempunyai pendapatan di bawah RM2,500 sebulan, telah berkahwin dan
tidak mempunyai rumah lain serta pemastautin tetap di Selangor dan Kuala Lumpur.
Permohonan boleh dibuat menerusi sistem terbuka PBT berkaitan.
Harga rumah PPR berharga RM35,000 seunit termasuk PPR Lembah Subang,
Selangor yang bakal dibina kira-kira 1,500 buah unit.

Komen aku: nak beli rumah memang mahal.
takat gaji rm2k-3k, malah cecah 5k pun masih sangat sukar untuk beli rumah
dengan sara hidup yang tinggi di selangor dan kl sekarang ni
kat pasar malam pun, takat bawak duit sepuluh ringgit,
cukup beli sebungkus nasi kerabu dan air kelapa je
bila masanya nak kumpul ringgit juta-juta untuk beli rumah
nak beli rumah PPRT pun TAK LAYAK
memang aku menetap di Selangor dah lama
lebih sepuluh tahun pun...tapi masih tak layak beli rumah PPRT
sejak dulu lagi dok intai, tapi syaratnya kena BERKAHWIN dulu
hu huhu kesianlah andartu macam aku ni kan
kalau takdirnya tak kahwin sampai tua
makanya...ngak apa-apa ya kalau menyewa aja di bawah jambatan
atau buka aje khemah tepi lebuhraya mana-mana
pendatang asing ramai yang buat, beranak pinak dan aman bahagia hidup depa
apa salahnya warga tempatan juga buat...ya dak?