Memaparkan catatan dengan label syarat memohon rumah PPRT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syarat memohon rumah PPRT. Papar semua catatan
Jumaat, 1 Jun 2012
Kabinet Setuju Buka Permohonan Rumah PPR???
Kabinet setuju dengan cadangan membuka permohonan
penjualan unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR)
kepada golongan berpendapatan rendah khususnya di Kuala Lumpur
dan Selangor, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Chor Chee Heung.
keputusan itu dibuat bagi mengurangkan beban yang ditanggung
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menguruskan kediaman berkenaan
PBT sukar mengurus PPR kerana banyak fi sewaan dan penyeliaan
tidak dibayar pada masanya oleh penduduk
syarat memohon rumah PPRT yang ditetapkan:
mempunyai pendapatan di bawah RM2,500 sebulan, telah berkahwin dan
tidak mempunyai rumah lain serta pemastautin tetap di Selangor dan Kuala Lumpur.
Permohonan boleh dibuat menerusi sistem terbuka PBT berkaitan.
Harga rumah PPR berharga RM35,000 seunit termasuk PPR Lembah Subang,
Selangor yang bakal dibina kira-kira 1,500 buah unit.
Komen aku: nak beli rumah memang mahal.
takat gaji rm2k-3k, malah cecah 5k pun masih sangat sukar untuk beli rumah
dengan sara hidup yang tinggi di selangor dan kl sekarang ni
kat pasar malam pun, takat bawak duit sepuluh ringgit,
cukup beli sebungkus nasi kerabu dan air kelapa je
bila masanya nak kumpul ringgit juta-juta untuk beli rumah
nak beli rumah PPRT pun TAK LAYAK
memang aku menetap di Selangor dah lama
lebih sepuluh tahun pun...tapi masih tak layak beli rumah PPRT
sejak dulu lagi dok intai, tapi syaratnya kena BERKAHWIN dulu
hu huhu kesianlah andartu macam aku ni kan
kalau takdirnya tak kahwin sampai tua
makanya...ngak apa-apa ya kalau menyewa aja di bawah jambatan
atau buka aje khemah tepi lebuhraya mana-mana
pendatang asing ramai yang buat, beranak pinak dan aman bahagia hidup depa
apa salahnya warga tempatan juga buat...ya dak?
Langgan:
Catatan (Atom)