semasa raya di kampung tempohari
Mek sempat buat kari (gulai) ayam
hanya gulai ayam Mek je aku suka
makan
kari yang lain tak berapa boleh telan
kecuali ketagih sangat nak makan
gulai ayam Mek
aku jarang mintak Mek buatkan
sebab kesian dia nak kena susah payah
buat
untuk isi tekak anak dia
kalau balik kampung
biasanya Mek bercuti masuk dapur
dia akan bagi menu je apa nak dimasak
bukan bermakna aku pandai masak
tapi mereka suka masakan yang mudah
sahaja
ayam goreng pedas, daging goreng, sup
tulang, ikan goreng, asam perut
kadang-kadang sayurpun tak ada
kalau masak yang kompleks sikit,
tak ada siapa nak makan kecuali
sendiri kena makan
Bila Mek gulai ayam
aku tibai sakan; tak cukup melantak
dengan nasi
rembat pula roti 2-3 ketul
buruk lantak betul kan? hu hu hu
tengah makan ramai-ramai tu
tiba-tiba anak buah (Siti, 3 tahun)
bersuara
“Ummi, nak tangan!”
“Nak buat apa tangan?” tanya kakak
aku.
“Nak makan,”
apalagi...gegerlah satu rumah dok
gelak kat dia
adaaa ka kaki ayam dipanggilnya
tangan hu hu hu
Tiapkali buat gulai ayam
anak-anak buah akan berebut untuk
dapatkan kaki ayam
sejak kecil mereka dah dilatih makan
kaki ayam;
macam kami juga masa kecil dulu
seronok untuk diratah.