Hari
ni masih letih. Masih lemau. Masih belum datang mood kerja. Walhal banyak
perkara belum diselesaikan. Banyak benda nak kena hantar hari ni termasuk
markah. Dan paling hebat, ambo belum marking lagi hu huh uhu
Minggu
lepas keluar dari Bangi nan sentiasa sesak ni walaupun bulan Syawal dah nak
habis. Tak sempatlah nak ikut sama rakan-rakan blogger beraya di Musolla Ihsan.
Ampunlah.
Yang
orang nampak, ambo pergi bercuti. Memangpun terpaksa ambil cuti dua hari.
Hakikatnya, ambo pergi cari data dan maklumat. Best tak pergi kerja yang nampak
macam bercuti dan kerja itu tak boleh nak klaim. Yang lagi best, orang yang
pergi sama dengan ambo tu pun sebenarnya tak tau kerja apa yang ambo tengah buat.
Boleh gitu? Boleh aje huhuhuhu, semoga cepat diselesaikan selepas ni. Dah
bertahun tertunda ni…walaupun sebenarnya masih banyak maklumat diperlukan. Gambar-gambar juga, harap-harapnya kekurangan itu dapat diimbangi pada bahagian yang lain.
macam tengah rehat kan kan kan? |
Alhamdulillah
ambo dah beraya. Tak pernah lagi ambo mampu beraya sebelum habis Syawal. Namun,
gigihnya bukan main hingga disalahertikan oleh ramai orang. Maklumlah, merata
tempat ada rumah terbuka kan…faham-faham sendirilah macam mana keadaannya.
Asalnya
timbul idea untuk lanyak terus berpuasa pada syawal ni hanya sebab perut
bermasalah dengan segala makanan raya tu je. 3 hari ambo terjelepek kat kampong
musim raya dulu. Bila sambung puasa, masalah perut berjaya diselesaikan.
Jadinya, ambo teruskan sahaja dengan puasa dan puasa hingga adakala menjengkelkan
orang keliling. Perasaan bersalah timbul juga, tapi hati kena kuat. Demer ajak
beraya jam 1-2 tengahari aje…selebihnya tu tak adalah pulak beraya 2-3 tempat
biar berbaloi untuk tak puasa pada hari tersebut.
Hujung
minggu hanya sekali sahaja ambo puasa, tu pun sebab hari tu tak ada rumah
terbuka kena hadiri. Hanya berembah dan berambat dengan Amir dan Ammar je,
itupun lelahnya mengalahkan puasa berbulan. Demer berdua tu lasak kemain huhuhuhu
masih simpan harapan untuk makan ketupat palas hasil tangan mek...rindu! |
Ada
sesiapa masih buat rumah terbuka hujung minggu ni? Ambo belum jumpa lemang
sedap lagi ni…mana tah nak cari huhuhuhu
Ginilah cara ambo makan lemang |
Dah
jumpa nanti ambo tunjuk gambar walaupun sebelum ni dah tunjuk, tapi itu
sedapnya hanya di mata semata-mata.