Memaparkan catatan dengan label rindu ketupat palas mek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rindu ketupat palas mek. Papar semua catatan

Rabu, 3 Ogos 2016

Raya Belum Habis lagi Ek?



Hari ni masih letih. Masih lemau. Masih belum datang mood kerja. Walhal banyak perkara belum diselesaikan. Banyak benda nak kena hantar hari ni termasuk markah. Dan paling hebat, ambo belum marking lagi hu huh uhu

Minggu lepas keluar dari Bangi nan sentiasa sesak ni walaupun bulan Syawal dah nak habis. Tak sempatlah nak ikut sama rakan-rakan blogger beraya di Musolla Ihsan. Ampunlah.

Yang orang nampak, ambo pergi bercuti. Memangpun terpaksa ambil cuti dua hari. Hakikatnya, ambo pergi cari data dan maklumat. Best tak pergi kerja yang nampak macam bercuti dan kerja itu tak boleh nak klaim. Yang lagi best, orang yang pergi sama dengan ambo tu pun sebenarnya tak tau kerja apa yang ambo tengah buat. Boleh gitu? Boleh aje huhuhuhu, semoga cepat diselesaikan selepas ni. Dah bertahun tertunda ni…walaupun sebenarnya masih banyak maklumat diperlukan. Gambar-gambar juga, harap-harapnya kekurangan itu dapat diimbangi pada bahagian yang lain.

macam tengah rehat kan kan kan?

 Alhamdulillah ambo dah beraya. Tak pernah lagi ambo mampu beraya sebelum habis Syawal. Namun, gigihnya bukan main hingga disalahertikan oleh ramai orang. Maklumlah, merata tempat ada rumah terbuka kan…faham-faham sendirilah macam mana keadaannya.

Asalnya timbul idea untuk lanyak terus berpuasa pada syawal ni hanya sebab perut bermasalah dengan segala makanan raya tu je. 3 hari ambo terjelepek kat kampong musim raya dulu. Bila sambung puasa, masalah perut berjaya diselesaikan. Jadinya, ambo teruskan sahaja dengan puasa dan puasa hingga adakala menjengkelkan orang keliling. Perasaan bersalah timbul juga, tapi hati kena kuat. Demer ajak beraya jam 1-2 tengahari aje…selebihnya tu tak adalah pulak beraya 2-3 tempat biar berbaloi untuk tak puasa pada hari tersebut.

Hujung minggu hanya sekali sahaja ambo puasa, tu pun sebab hari tu tak ada rumah terbuka kena hadiri. Hanya berembah dan berambat dengan Amir dan Ammar je, itupun lelahnya mengalahkan puasa berbulan. Demer berdua tu lasak kemain huhuhuhu

masih simpan harapan untuk makan ketupat palas hasil tangan mek...rindu!
 
Ada sesiapa masih buat rumah terbuka hujung minggu ni? Ambo belum jumpa lemang sedap lagi ni…mana tah nak cari huhuhuhu

Ginilah cara ambo makan lemang

Dah jumpa nanti ambo tunjuk gambar walaupun sebelum ni dah tunjuk, tapi itu sedapnya hanya di mata semata-mata.