Memaparkan catatan dengan label perlawanan akhir a.k.a final piala FA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perlawanan akhir a.k.a final piala FA. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mei 2012

Perlawanan Akhir Piala FA Kelantan Lwn Sime Darby


Malam ini merupakan malam yang ditunggu-tunggu
Perlawanan Final @ akhir Piala FA antara Kelantan @ The Red Warriors @ TRW
Bertemu ….. di Stadium nasional Bukit Jalil
Memang sah jalan akan sesak teruk dan jem

Bagi sesiapa yang selalu buka facebook Tan Sri Anuar Musa
mesti boleh rasa kemeriahan nak sambut perlawanan akhir ni
aku yang tak pernah masuk stadium sorak bola pun boleh teruja
nak pergi sama dan lompat-lompat jerit-jerit sawan meroyan kat sana
tapi, kalau aku pergi sama…memang akan kena tulah
Opsssss! Karang tak pepasal ada orang upload muka aku kat FB blog bagai
dengan aksi aku masa merOyan melompat jerit sorak bagai
Errrr risau kalau-kalau aksi kucing aku tu
mengalahkan rimau, gajah, zirafah, tenok dan ungka dalam zoo sana
jadi, baik tak payah pergi terus ya,
dari memalukan muka sendiri di khalayak ramai
cukuplah muka aku dimalukan dek Gadis Melayu idaman Malaya
yang sopan santun bak Nora Danish dalam drama Bunian tu…
dah tak tahu nak sorok muka mana dah,
rasa macam air longkang tu disimbah ke muka aku yang cun melecun
mengalahkan Anjelina Jolie…Errrr kenapa terinterprem pasal longkang segala ni
bukan cerita pasal bola ke entri ni?

Ok kembali ke pangkal jalan
bagi yang selalu tengok FB TSAM mesti tahu
satu keretapi khas akan bertolak dari Tumpat jam 10 malam
(tengah bayangkan semua orang pakai baju merah
berpinau biji mata tengok semuanya merah
kecuali tukang check tiket dan drebar keretapi je pakai biru)
bertolak balik jam 2 pagi selepas perlawanan
dengan pakej dengar cerita dalam RM120 termasuk tiket LRT,
tiket masuk stadium dan tiket perjalanan pergi balik
kalau pergi sendiri…mahai lagi kot
tiga ekor lembu juga akan tumbang di bukit jalil
sesiapa yang datang awal antara jam 1 hingga 4 tu
boleh merasa sedikit seorang…macam tak cukup je takat 3 ekor
ramai tu bro…hu hu hu tetiba je aku jadi rock (kapak bagai)

Walaupun macam-macam cerita panas pasal bola,
pasal FAM...pasal Tan Sri Anuar Musa...
Tan Sri tetap ikut sorak malam ni ya, bukan tiket FREE
tapi beli sendiri. Bertuahlah sesapa boleh sorak sebelah beliau
dengan keluarga hu hu hu sila sorak ramai-ramai ya...

Selamat tengok perlawanan akhir @ final piala FA ya kawan-kawan
sila jaga tingkah laku macam orang bertamadun sepanjang perlawanan tu
tak kiralah menang atau kalah,
kalau boleh memanglah semua orang nak menang
tapi kalau TERkalah atau tak puas hati apa
tak payahlah baling barang rosakkan stadium pulak ya
semua ni permainan, jadi lepas main kena berdamai
bukannya lepas main tumbok gocoh gomo hentak bagai
tak payah tiru kehidupan di Zoo Negara, jadilah orang yang berhemah
tahun depan kita GOMO lagi
boleh????
Bolehlah apa tak bolehnya...kita bukan berasal dari dalam Zoo kan?
gitu la Bro...baru tak malu nak ngaku ore Kelate make budu!

Gomo kelate Gomo!
Gomo kelate Gomo!