Teks Penuh Ucapan Belanjawan Bajet 2014 hanya akan dimuatnaik di website Bajet 2014 selepas ucapan pembentangan oleh Perdana menteri. Malam nanti dah boleh download teks penuh ucapan bajet 2014 ni. bolehlah kita teliti setiap perkara. setakat dengar sepintas lalu kat TV atau radio, memang tak boleh nak faham sangat.
Kalau malas nak ke website atas tu...boleh download terus teks penuh ucapan Belanjawan Bajet 2014 . Dalam bentuk pdf ya...
Kalau malas nak ke website atas tu...boleh download terus teks penuh ucapan Belanjawan Bajet 2014 . Dalam bentuk pdf ya...
Berikut antara ringkasan dan intisari ucapan bajet @ Belanjawan 2014 yang ada kena mengena dengan aku je ya...
Mulai 2014, pembayar cukai tidak perlu lagi isi borang cukai jika berpuas hati dengan jumlah potongan cukai yang dilakukan.
Mulai 2014, pembayar cukai tidak perlu lagi isi borang cukai jika berpuas hati dengan jumlah potongan cukai yang dilakukan.
Subsidi: akan distrukturkan semula supaya orang yang layak
sahaja menerimanya.
Cukai jualan dan perkhidmatan dimansuhkan dan digantikan
dengan cukai barang dan perkhidmatan @ Cukai GST, berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar 6%
Kadar cukai pendapatan akan diturunkan 1 mata. Struktur cukai pendapatan individu akan
ditambahbaik.
Peruntukan terbesar diberikan kepada bahagian pendidikan. RM54.6
billion daripada jumlah keseluruhan bajet 2014 diperuntukkan untuk bahagian
ini.
i.
Pra-sekolah: tambah bilangan
ii.
Tingkatkan profesion guru
iii.
Tambah kemudahan internet sekolah luar Bandar
iv.
Baiki bangunan sekolah usang
Di peringkat tinggi: tingkatkan penyelidikan dan penulisan. Penerbitan jurnal ilmiah peringkat
antarabangsa, diwujudkan pusat arkeasitasi kebangsaan.
Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah
akan diteruskan.
Voucer buku 1 Malaysia BR1M diteruskan dengan nilai RM250...agak-agaknya aku masih tersenarai tak? hu hu huhuhu
Menambahbaik kemudahan pengangkutan awam...yang ni aku suka. Boleh jimat kos kalau pengangkutan awam kita cekap. Kalau ada LRT, MRT dan baas yang cekap untuk aku pergi kerja, dah tentu aku lebih suka guna. Jimat! Masalahnya sekarang...hu hu hu hu malas nak komen, kang kena halau!
Pembangunan luar Bandar: RM41
billion diperuntukkan untuk baikpulih dan naik taraf jalan luar Bandar dan bina
lebuh raya. Sediakan air bersih di kawasan luar Bandar. Tengah syok taip,
tetiba laptop mati habis bateri huh u huhuhu…tertinggal sudaaaaaaa point utama!
PDRM dan ATM: bina ibu pejabat
polis daerah dan kuaters, lengkapkan kemudahan ketenteraan, tambah CCTV di 25
PBT, mantapkan ESCOM, dll
Pemuliharaan alam sekitar dan
sumber: program mycarbon, penubuhan yayasan hijau dengan geran pelancaran RM15
juta, RM40 juta untuk dalam dan lebarkan Sungai bertam di Cameron Higlands,
dll.
Bila dengar bab rumah, hu huhuhu dengarnya pasal rumah mampu milik, rumah mesra rakyat, rumah idaman, perumahan 1Malaysia blab la bla…errrr ada subsidi RM15 ribu? Biar benar…aku tak focus ka? Aku terlelap ka? Mmmmmm memang sah nak kena semak teks penuh ucapan bajet 2014 ni, baru boleh buat pencerahan.
Pelepasan cukai bagi golongan sederhana: pelepasan cukai khas sejumlah RM2,000 bagi golongan berpendapatan hingga RM8 ribu bagi pendapatan tahun 2013.
Penyeragaman harga barang antara semenanjung dan sabah dan Sarawak
dilakukan. Sebanyak 60 buah kedai rakyat
1Malaysia akan ditambah.
Penjawat awam dihargai melalui menambahbaik 81 skim
penjawatan penjawat awam. Ramai orang dok tunggu part akhir ni...
BR1M 3.0 akan ditambahbaik, Pendapatan bulanan isi rumah
sebanyak RM3000 ke bawah menerima BR1M 3.0 sebanyak RM600. Malah, Diperluaskan kepada
isi rumah yang berpendapatan hingga RM4000 yang akan menerima sebanyak RM450,
manakala Individu bujang berusia 23 tahun dan ke atas akan menerima sebanyak RM300.
iBR1M (insuran) diberikan kepada semua isi rumah BR1M
sekiranya berlaku hilang upaya kekal.
Bantuan khas kewangan
sebanyak RM250 diberikan kepada pesara, kepada penjawat awam dapat bonus setengah bulan
gaji dengan bayaran minimum RM500 akan dibayar pada bulan Januari 2014.
Komen aku: Alhamdulillah seadanya. Malam ni nak pergi beli gula...
Komen aku: Alhamdulillah seadanya. Malam ni nak pergi beli gula...