cuti sekolah
dah mula, ramai anak-anak gembira
tapi makcik
ni makin kelam kabut
mana nak
urus budak-budak berempat kat rumah
tanpa
pengawasan ibu bapa
mana nak
pergi kerja dan berkhidmat untuk negara
kemudian
terkejar balik risaukan mereka kelaparan
biarpun
paginya dah masak berperiuk belanga makanan
mana lagi
nak belajar dan tulis tesis yang terbengkalai entah berapa lama
tidak
seayatpun aku tulis sejak dua bulan lalu
Ohhhhhh! itu
sudah sangat bahaya…
membunuh
diri, namanya!
bila tak ada
orang dewasa di rumah
risaukan
keselamatan lebih utama berbanding lapar di perut
mereka tidak
diasuh untuk mandiri
banyak kali
pintu rumah ternganga dari pagar hingga belakang
sedangkan
mereka gempita bermain di atas
mungkin
sebab sentiasa dingangakan
tiada siapa
teringin nak melompat masuk
memanglah
dalam rumah tidak ada emas dinar berkoyan
namun,
keselamatan tetap diutamakan
sama ada
dari manusia atau
faktor lain
seperti kebakaran atau kecederaan lain
bagaimana
makcik ni nak kerja dengan aman
kalau sering
teringatkan hal-hal sebegitu
jika mereka
memang dah terasuh dengan rasa tanggungjawab
dan
kebolehmandirian, lain pula cerita.
sejak
tinggal di Semenyih juga
produktiviti
kerja aku dah merosot
tak ada
siapa yang cakap, tapi aku tahu sendiri
tarikh akhir
kerap kali benar aku langgar
mesyuarat
dan perjumpaan penting aku selalu lambat
ada kalanya
dah berani ponteng
Ohhhhh hari
ini aku insafi satu perkara
aku belum
mampu pikul semua tanggungjawab ini
sebab itulah
Allah tentukan jalan hidupku sebegini
jadi, itu
sebenarnya jalan hidup yang terbaik untukku
usah
pertikaikan apa-apa
sepanjang
hari berlari sana sini melompat merata arah
tenaga
semakin susut,
namun
kemahiran masak makin meningkat
tidak
bererti sangat pandai, hanya…sedikit mahir
dek kerapnya
latihan dilakukan
maklumlah,
sekurangnya dua kali sehari kena masak
hingga kini
belum kantoi beli kat kedai
untuk tempoh
berkenaan
setiap hari
dua atau tiga kali masak
kemahiran berleter
dan beri arahan juga makin meningkat
hu hu hu
selepas ni bolehlah jadi cikgu sekolah rendah
sekali
jerit, dua blok boleh dengar
satu taman
jelas buah butirnya
bercakap,
berleter dan beri arahan
macam mak
tiri si bawang putih la la la
demi kebaikan
bersama
budak-budak
berempat itu lebih selamat dan aman
bila tinggal
dengan pakcik mereka
juga di
Semenyih
sekarang kan
musim cuti sekolah?
Opsssss! aku
tahu mereka tak suka
aku juga
rasa sedikit keberatan
macam tak
sempurna pula tanggungjawab yang dilaksana
namun ada
masa
kita perlu
lebih praktikal dengan setiap pilihan
dan pilihan
itu “terbaik” pada ketika ini
Ikutkan
hati, memang aku kembali semula ke Semenyih
apa lagi
kala teringatkan pandangan sayu Fahmi
masa aku
tinggalkan mereka Sabtu lepas.
adakah aku
makcik paling kejam tinggalkan mereka begitu
dengan pakcik
yang mereka berat hati untuk tinggal?
adakah aku
makcik paling tak guna
lari dari
tanggungjawab dengan alasan kecil
sedangkan
hanya lima hari sahaja lagi
ibubapa
mereka akan kembali?
tak sabar
sangatkah aku?
lebih banyak
persoalan yang aku layani
akan ubah
semua keputusan yang sudah dibuat
bila sudah
memutuskan sebegitu
maka aku
sudah berani berhadapan dengan semua risiko
yang bakal
berlaku
biar seburuk
manapun situasinya
bukankah aku
manusia sebegitu sejak dahulu?