Memaparkan catatan dengan label entri emosi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label entri emosi. Papar semua catatan

Isnin, 21 November 2011

Bila Sudah Memutuskannya, Biarlah Ia Tetap Begitu…Tabahlah Duhai Hati!


cuti sekolah dah mula, ramai anak-anak gembira
tapi makcik ni makin kelam kabut
mana nak urus budak-budak berempat kat rumah
tanpa pengawasan ibu bapa
mana nak pergi kerja dan berkhidmat untuk negara
kemudian terkejar balik risaukan mereka kelaparan
biarpun paginya dah masak berperiuk belanga makanan
mana lagi nak belajar dan tulis tesis yang terbengkalai entah berapa lama
tidak seayatpun aku tulis sejak dua bulan lalu
Ohhhhhh! itu sudah sangat bahaya…
membunuh diri, namanya!

bila tak ada orang dewasa di rumah
risaukan keselamatan lebih utama berbanding lapar di perut
mereka tidak diasuh untuk mandiri
banyak kali pintu rumah ternganga dari pagar hingga belakang
sedangkan mereka gempita bermain di atas
mungkin sebab sentiasa dingangakan
tiada siapa teringin nak melompat masuk
memanglah dalam rumah tidak ada emas dinar berkoyan
namun, keselamatan tetap diutamakan
sama ada dari manusia atau
faktor lain seperti kebakaran atau kecederaan lain
bagaimana makcik ni nak kerja dengan aman
kalau sering teringatkan hal-hal sebegitu
jika mereka memang dah terasuh dengan rasa tanggungjawab
dan kebolehmandirian, lain pula cerita.

sejak tinggal di Semenyih juga
produktiviti kerja aku dah merosot
tak ada siapa yang cakap, tapi aku tahu sendiri
tarikh akhir kerap kali benar aku langgar
mesyuarat dan perjumpaan penting aku selalu lambat
ada kalanya dah berani ponteng
Ohhhhh hari ini aku insafi satu perkara
aku belum mampu pikul semua tanggungjawab ini
sebab itulah Allah tentukan jalan hidupku sebegini
jadi, itu sebenarnya jalan hidup yang terbaik untukku
usah pertikaikan apa-apa

sepanjang hari berlari sana sini melompat merata arah
tenaga semakin susut,
namun kemahiran masak makin meningkat
tidak bererti sangat pandai, hanya…sedikit mahir
dek kerapnya latihan dilakukan
maklumlah, sekurangnya dua kali sehari kena masak
hingga kini belum kantoi beli kat kedai
untuk tempoh berkenaan
setiap hari dua atau tiga kali masak

kemahiran berleter dan beri arahan juga makin meningkat
hu hu hu selepas ni bolehlah jadi cikgu sekolah rendah
sekali jerit, dua blok boleh dengar
satu taman jelas buah butirnya
bercakap, berleter dan beri arahan
macam mak tiri si bawang putih la la la

demi kebaikan bersama
budak-budak berempat itu lebih selamat dan aman
bila tinggal dengan pakcik mereka
juga di Semenyih
sekarang kan musim cuti sekolah?
Opsssss! aku tahu mereka tak suka
aku juga rasa sedikit keberatan
macam tak sempurna pula tanggungjawab yang dilaksana
namun ada masa
kita perlu lebih praktikal dengan setiap pilihan
dan pilihan itu “terbaik” pada ketika ini

Ikutkan hati, memang aku kembali semula ke Semenyih
apa lagi kala teringatkan pandangan sayu Fahmi
masa aku tinggalkan mereka Sabtu lepas.
adakah aku makcik paling kejam tinggalkan mereka begitu
dengan pakcik yang mereka berat hati untuk tinggal?
adakah aku makcik paling tak guna
lari dari tanggungjawab dengan alasan kecil
sedangkan hanya lima hari sahaja lagi
ibubapa mereka akan kembali?
tak sabar sangatkah aku?

lebih banyak persoalan yang aku layani
akan ubah semua keputusan yang sudah dibuat
bila sudah memutuskan sebegitu
maka aku sudah berani berhadapan dengan semua risiko
yang bakal berlaku
biar seburuk manapun situasinya
bukankah aku manusia sebegitu sejak dahulu?