Aku ni jarang selsema
dan batuk. Balik dari Pulau Perhentian hari tu, cuaca tetiba rasa sangat panas
di Bangi. Macamlah Pulau Perhentian tu dok sebelah Korea kan kan kan
kenkononnya turun salji kat pulau huhuhuhu tak boleh blah betul.
Tapi serius, Bangi
memang panas. Dah lama tak hujan. Jadinya, pendingin hawa lebih panjang
digunakan kat rumah. Biasanya, aku hanya pasang 2 jam sahaja untuk rendahkan
suhu bilik, kemudian matikan ekon, pasang kipas sahaja. Tapi sebab panas
sangat, masa nak tidur tu tak tutup pun. Hasilnya, aku terbangun bila badan dah
sejuk menggigil huhuhuhu ambo ni urang kampung je, tak reti tidur dalam ekon.
Esok paginya apalagi,
bersin berjuta-juta kali siap dengan lelehan air hidung. Nak jadi cerita, aku
dah janji dengan Kak Yan untuk bertandang ke rumah pada Sabtu petang, dah tahun
ke tiga janji ni. Kalau tak jadi lagi memang segan sangat-sangatlah. Jadinya, Jumaat
pagi tu aku pulun makan ubat tak mau selsema melarat. Ingatkan dah makan ubat
selsema, rupanya aku makan ubat demam. Alahai!
Jumaat malam dah mula
batuk. Suara dah serak dan lain macam. Yang ada hanya ubat selsema dan demam
je, ubat batuk tak ada. Ingatkan berkurang
sikit bila ambil strepsil, tapi malamnya makin melarat pulak. Bergoyang katil
bila batuk huhuhuhu
Ahadnya dok pi mai pi
mai tak sempat pun nak singgah jumpa doc encem. Malamnya terbangun beberapa
kali sebab batuk. Batuk berkahak gitu. Entah macam mana, muncul idea untuk
telan madu. Aku togok je madu tu terus tanpa minum air atau cairkan. Macam minum
ubat batuk. Dalam tiga kali togok, pergi sambung tidur. Bangun hari isnin dah
tak batuk. Dah tak ada gatal-gatal tekak. Sepanjang hari Isnin tu batuk
kenkadang sahaja. Macam eloklah pulak. Biasanya dok telan ubat batuk, mau
seminggu baru berkurang batuk. Biar betul!
Sebelum ni kalau tak
mau ambil ubat batuk, kata orang minum air nenas boleh legakan batuk. Petua ubati batuk secara semulajadi dengan minum jus nenas. Tetiba aku jumpa petua baru
hilangkan batuk, iaitu madu. Kalau ada sesiapa tengah batuk sekarang ni,
bolehlah cuba petua ni. Mana tau petua pulihkan batuk tanpa ubat kalian juga
serasi dengan madu, macam aku.
Mana tahu, madu yang
jadi petua ubati batuk secara semulajadi itu juga sesuai dengan anda.