Memaparkan catatan dengan label batuk tanpa ubat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label batuk tanpa ubat. Papar semua catatan

Khamis, 11 Ogos 2016

Petua Hilangkan Batuk



Aku ni jarang selsema dan batuk. Balik dari Pulau Perhentian hari tu, cuaca tetiba rasa sangat panas di Bangi. Macamlah Pulau Perhentian tu dok sebelah Korea kan kan kan kenkononnya turun salji kat pulau huhuhuhu tak boleh blah betul.

Tapi serius, Bangi memang panas. Dah lama tak hujan. Jadinya, pendingin hawa lebih panjang digunakan kat rumah. Biasanya, aku hanya pasang 2 jam sahaja untuk rendahkan suhu bilik, kemudian matikan ekon, pasang kipas sahaja. Tapi sebab panas sangat, masa nak tidur tu tak tutup pun. Hasilnya, aku terbangun bila badan dah sejuk menggigil huhuhuhu ambo ni urang kampung je, tak reti tidur dalam ekon.

Esok paginya apalagi, bersin berjuta-juta kali siap dengan lelehan air hidung. Nak jadi cerita, aku dah janji dengan Kak Yan untuk bertandang ke rumah pada Sabtu petang, dah tahun ke tiga janji ni. Kalau tak jadi lagi memang segan sangat-sangatlah. Jadinya, Jumaat pagi tu aku pulun makan ubat tak mau selsema melarat. Ingatkan dah makan ubat selsema, rupanya aku makan ubat demam. Alahai!

Jumaat malam dah mula batuk. Suara dah serak dan lain macam. Yang ada hanya ubat selsema dan demam je, ubat batuk tak ada.  Ingatkan berkurang sikit bila ambil strepsil, tapi malamnya makin melarat pulak. Bergoyang katil bila batuk huhuhuhu

Ahadnya dok pi mai pi mai tak sempat pun nak singgah jumpa doc encem. Malamnya terbangun beberapa kali sebab batuk. Batuk berkahak gitu. Entah macam mana, muncul idea untuk telan madu. Aku togok je madu tu terus tanpa minum air atau cairkan. Macam minum ubat batuk. Dalam tiga kali togok, pergi sambung tidur. Bangun hari isnin dah tak batuk. Dah tak ada gatal-gatal tekak. Sepanjang hari Isnin tu batuk kenkadang sahaja. Macam eloklah pulak. Biasanya dok telan ubat batuk, mau seminggu baru berkurang batuk. Biar betul!

Sebelum ni kalau tak mau ambil ubat batuk, kata orang minum air nenas boleh legakan batuk. Petua ubati batuk secara semulajadi dengan minum jus nenas. Tetiba aku jumpa petua baru hilangkan batuk, iaitu madu. Kalau ada sesiapa tengah batuk sekarang ni, bolehlah cuba petua ni. Mana tau petua pulihkan batuk tanpa ubat kalian juga serasi dengan madu, macam aku.

Mana tahu, madu yang jadi petua ubati batuk secara semulajadi itu juga sesuai dengan anda.