Alhamdulillah, jodoh Fara Fauzana dah sampai. Katanya 17 September depan Fara Fauzana @ Fafau akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Hafiz. Dahhhh nak kahwin Fara Fauzana tu... Aku belum lagi. Tapi, bila ada
pulak yang bertanya secara terbuka di grup whatsAap, tetiba rasa nak sentap.
Dah tua sangat dah kot huhuhu tu pasal mula menyentap semula pertanyaan yang dah makin berkurang itu.
Maklumlah memasing dah nak dapat menantupun, aku pulak cik abang sayang pun
entah bila nak muncul. Memasing anak dah masuk universiti, anak bongsu pun dah
masuk sekolah, aku ni bayang bapak anak pun belum tau dok tang mana, apalagi
nak ada anak kan.
Soalan sebegitu aku dah kalis bila saudara mara yang tanya. Mereka dah mula
senyap bila aku beritahu “tengah tunggu Sultan Kelantan masuk meminang”, namun kalau
jawapan yang sama aku berikan di grup itu, dah tentulah jawapan itu bersifat
BERLAGAK dan diklasifikasikan sebagai bongkak, padahal seboleh mungkin aku
tidak mahu melukakan hati sesiapa. Tak mahu terlihat meninggi diri, ego atau perasan
bagus. Sebabnya, aku tak lebih apapun. Kurangnya yang banyak.
Sebelum ni viral tentang jawapan sadis berbau kasar yang cadangkan untuk
diberikan kepada saudara mara yang bermulut puaka bertanyakan pasal jodoh pada musim raya lepas, namun,
menjawab persoalan jodoh dengan bertanyakan kembali “Bila nak mati?” adalah
sesuatu yang bersifat kurang ajar pada aku. Terutama kepada orang yang lebih
tua. Bergurau ada hadnya, ada batasnya. Usah jadi kurang ajar, bagi aku lah.
Tak kiralah hati kita geram dan sakit macam manapun dengan persoalan jodoh yang
kita sendiri pun tak tahu bila datangnya itu, kalau jawapan itu mengguris
perasaan orang, ada baiknya kita diam sahaja. Senyum je lebar-lebar. Paling malas
nak layan pun aku jawab sahaja “Ambo tak comey, tadak sapa nak,”, nak lebih
sopan boleh praktis jawapan yang disediakan blogger Dari Mata Kelip-Kelip.
Orang yang tanya tu pun boleh TERmalu sendiri juga nanti. Jawapan sopan yang
menginsafkan.
Namun, bila orang yang sama baya dengan kita sendiri bertanya terisi
sindiran, makanya… lupakan dahulu grup whatsAap tu, pergi cari kopi barang
segelen dua dan sambung dengan perkara lain dahulu. Kang terlalu ikut hati…tak
pepasal jari boleh kurus dok menaip tak henti di telefon.
Selamat pengantin baru Fara Fauzana. Semoga bahagia hingga syurga. Nampak gayanya
bukan sahaja ramai lelaki Malaya yang kecewa bila Fara Fauzana nak kahwin, aku
juga terkena tempias sama. Adoi laaaa!!