Memaparkan catatan dengan label bila nak kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bila nak kahwin. Papar semua catatan

Khamis, 4 Ogos 2016

Fara Fauzana Yang Nak Kahwin, Apahal Pulak Aku Yang Terlebih Sentap



Alhamdulillah, jodoh Fara Fauzana dah sampai. Katanya 17 September depan Fara Fauzana @ Fafau akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Hafiz. Dahhhh nak kahwin Fara Fauzana tu... Aku belum lagi. Tapi, bila ada pulak yang bertanya secara terbuka di grup whatsAap, tetiba rasa nak sentap. Dah tua sangat dah kot huhuhu tu pasal mula menyentap semula pertanyaan yang dah makin berkurang itu.

Maklumlah memasing dah nak dapat menantupun, aku pulak cik abang sayang pun entah bila nak muncul. Memasing anak dah masuk universiti, anak bongsu pun dah masuk sekolah, aku ni bayang bapak anak pun belum tau dok tang mana, apalagi nak ada anak kan.

Soalan sebegitu aku dah kalis bila saudara mara yang tanya. Mereka dah mula senyap bila aku beritahu “tengah tunggu Sultan Kelantan masuk meminang”, namun kalau jawapan yang sama aku berikan di grup itu, dah tentulah jawapan itu bersifat BERLAGAK dan diklasifikasikan sebagai bongkak, padahal seboleh mungkin aku tidak mahu melukakan hati sesiapa. Tak mahu terlihat meninggi diri, ego atau perasan bagus. Sebabnya, aku tak lebih apapun. Kurangnya yang banyak.


Sebelum ni viral tentang jawapan sadis berbau kasar yang cadangkan untuk diberikan kepada saudara mara yang bermulut puaka bertanyakan pasal jodoh pada musim raya lepas, namun, menjawab persoalan jodoh dengan bertanyakan kembali “Bila nak mati?” adalah sesuatu yang bersifat kurang ajar pada aku. Terutama kepada orang yang lebih tua. Bergurau ada hadnya, ada batasnya. Usah jadi kurang ajar, bagi aku lah.

Tak kiralah hati kita geram dan sakit macam manapun dengan persoalan jodoh yang kita sendiri pun tak tahu bila datangnya itu, kalau jawapan itu mengguris perasaan orang, ada baiknya kita diam sahaja. Senyum je lebar-lebar. Paling malas nak layan pun aku jawab sahaja “Ambo tak comey, tadak sapa nak,”, nak lebih sopan boleh praktis jawapan yang disediakan blogger Dari Mata Kelip-Kelip. Orang yang tanya tu pun boleh TERmalu sendiri juga nanti. Jawapan sopan yang menginsafkan. 


Namun, bila orang yang sama baya dengan kita sendiri bertanya terisi sindiran, makanya… lupakan dahulu grup whatsAap tu, pergi cari kopi barang segelen dua dan sambung dengan perkara lain dahulu. Kang terlalu ikut hati…tak pepasal jari boleh kurus dok menaip tak henti di telefon.



Selamat pengantin baru Fara Fauzana. Semoga bahagia hingga syurga. Nampak gayanya bukan sahaja ramai lelaki Malaya yang kecewa bila Fara Fauzana nak kahwin, aku juga terkena tempias sama. Adoi laaaa!!