Memaparkan catatan dengan label amal jariah bulan ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amal jariah bulan ramadhan. Papar semua catatan

Isnin, 23 Julai 2012

Peluang Gandakan Pahala Ramadhan Sedekahi Anak Yatim


Setiap kali datangnya Ramadhan, aku sentiasa akan cuba letak entri
tentang keluarga arwah sepupu aku kat sini.
Dah tiga entri aku tulis tentang mereka iaitu;

Anda prihatin
Sumbangan ramadhan untuk anak yatim
Terima kasih kerana prihatin dengan mereka

Awal Jun lepas, aku balik kampong seminggu
Musim Piala FA Kelantan final aku kat kampong
Pengalaman tu ada aku tulis dalam entri lepas,
Malas nak cari link, sila cari sendiri kalau rajin nak baca

Peluang balik kampong memang bukan selalu
itu juga peluang untuk ziarahi keluarga terdekat
termasuk pakcik aku, dah uzur dia…
masa pergi jumpa pakcik, kebetulan si Angah ada di rumah toknya tu
dialah yang sibuk di dapur buatkan air untuk pompuan cantik jelita
yang berkunjung rumah toknya tu
sedap tau minum teh anak bujang hensom nan pemalu buat
kalau boleh nak minum satu jug huh u hu

Khabar baru perkembangan Angah agak memberangsangkan
keputusan SPM dia cemerlang, lupa dah keputusan secara detail
dia dah pergi interview untuk masuk maktab perguruan
[Dari gaya ceritanya dia nampak lebih minat jadi cikgu
Mungkin sebab dia nak kerja cepat kot…kesian tengok mak kerja kuat]
tapi keputusan untuk maktab masib belum keluar
jadi, dia akan ke matrikulasi di Perlis sambung belajar
kalau dapat tawaran masuk maktab perguruan,
baru dia putuskan semula mana arah tujunya
sekarang ni rembat je apa yang melintas depan mata
Wahhhhhh! Untuk usia sebegitu…
dengan semua orang sibuk dengan urusan hidup masing-masing
dan hidup di kampong bersama tok…
dia sangat tahu apa yang dia nak!

Adik perempuannya masih di MRSM Trengganu
semoga mencapai kejayaan untuk menggalurkan masa depan keluarga
manakala abang sulungnya dah ada kerja tetap
walaupun hanya kerja ladang, pendapatan bulanan dari Ladang Rakyat
satu projek penanaman semula getah bawah Kerajaan Negeri Kelantan
ohhhhh kira angah kerja dengan gomenlah ya…Kelantan punya gomen

menurut Angah, Along dah banyak berubah
dulu dia memang sangat rapat dengan arwah ayahnya
bila arwah pergi, dia macam hilang arah…pelajaran hancur,
selepas SPM kerja macam-macam, tapi tak tetap
lompat memilih kerja itu ini nak gaji besar dengan kerja mudah
dapat gaji yang tak seberapa, habis macam tu saja

Alhamdulillah, dia cepat sedar…dengan satu pengalaman sahaja
kononnya dia simpan duit untuk kerja di Pulau Pinang
maklumlah budak muda, nak gaji lebih sikit
nak merasa tinggal di Bandar…seronok kononnya
bila ada orang kata boleh tolong carikan kerja
melompat dia terjun ke Penang walaupun toknya tak setuju
semua duit yang ada digunakan buat modal untuk kerja baru
namun, bila ke sana, tak ada pun kerja
dengan sijil SPM apalah sangat boleh buat
orang yang janji nak carikan kerja tu pun tak sempat cari

Duit simpanan dah susut, kerja tak ada…
akhirnya terpaksalah ambil keputusan balik kampong semula
Alhamdulillah, itu buatkan dia insaf
buatkan dia sedar bahawa hanya diri sendiri boleh ubah hidup
tak boleh nak harapkan orang
sebelum ni, dia tak boleh terima hidup susah
bangun awal dan pergi kerja berpenat itu liat dia nak buat
maklumlah, dia masih lagi remaja
jiwa nak seronok tu masih tebal, semangat nak berkawan tu tinggi
padahal bukan semua kawan boleh jadikan kita orang
masa seronok memanglah ramai kawan

balik dari Penang, dia berubah entah berapa ratus peratus
malah, dia sanggup kerja ladang tanpa guna sijil SPM pun
seawal 6.30 pagi bermotor buruklah dia masuk ladang
jam tujuh sampai di tapak semaian getah
dan perlu teruskan perjalanan 30 minit lagi masuk jauh ke tempat tanam

menitik air mata aku dengar
sebab sebelum ni dia macam tak boleh terima apa yang berlaku
dia tak boleh terima arwah ayahnya dah pergi
pelajarannya terabai hingga SPM cukup-cukup makan je
bila kerja pun, tak pernah tetap satu tempat
duit gaji habis begitu sahaja tanpa perancangan
bila dia tetiba gigih dan mula menerima hakikat
perjalanan hidupnya dah berubah sejak arwah ayahnya pergi
aku sangat bersyukur…syukur sangat-sangat
Alhamdulillah, pengalaman di Penang yang sedikit itu
telah berikan dia iktibar mulakan satu anjakan dalam hidupnya sendiri
dia masih muda, masih jauh lagi perjalanan hidup kena tempuh
kalaupun dia tak boleh ubah nasib keluarganya
paling tidak, dia tidak tambah beban yang ada

Antara Along dan Angah memang jauh berbeza
angah bukan sahaja cerdik tapi matang, rajin,
mungkin dia sedar, dialah wira bakal ubah nasib keluarga
kematangannya tu buatkan aku malu
betapa tidak banyak mampu tolong dia padahal
kami terlalu dekat dengan dia dan keluarga

Sebenarnya, ramai yang nak bela anak-anak yatim ni
tapi Kak Nur tak nak pisahkan mereka adik beradik
dia sanggup bersusah payah kerja besarkan mereka
dan dia tak pernah mengeluhpun dengan semua yang berlaku
tak pernah memohon atau meminta apa-apa
namun kami tahu, bila anak-anak makin besar
keperluan mereka juga makin bertambah terutama
keperluan persekolahan. Anak-anaknya pula pandai
jadi, sangat sayang kalau terkandas tengah jalan

aku tampal semula no akaun Bank Islam

Nama: Mohamad Hasyir Ashfal bin Hapani & Normain Bt. Omar
(akaun bersama dengan anak bongsu)
No. Akaun: 03-072-02-087969-6 Bank Islam.

Sekiranya ada antara kalian berniat nak bantu anak-anak yatim
bolehlah sedekahkan ke akaun berkenaan
kami hanya bantu apa yang terdaya sahaja
biarpun dari jauh sebegini. nasib baik urusan bank boleh klik-klik je
jauh pun boleh bank in tak payah jumpa mata

Kak Nur memang tidak akan meminta, namun
aku sentiasa sahaja beri peluang kepada anda
untuk tambah saham akhirat terutama pada bulan Ramadhan mulia ni
mereka anak kepada arwah sepupu aku,
aku boleh sahkan memang mereka anak-anak yatim
6 orang semuanya, hingga sekarang kak Nur belum kahwin semula
(hingga catatan ni ditulis, raya nanti akan dapat cerita terkini)

tidak ada dikalangan keluarga kami yang tahu
aku tulis entri ni, malah tiap kali aku bank in ke akaun ni
hanya mesin ATM tu je yang tahu
mereka sendiri pun tak tahu sebab bagi aku
kebaikan yang kita buat biarlah tak siapa tahu kecuali
masa bagi duit raya untuk mereka
opssss! Aku tak bagi duit raya, tapi
aku bagi sumbangan masa mereka nak sambung belajar
sebab amalan duit raya tak ada dalam kamus aku
jadi, anak buah aku tiap tahu kata:
aku ni makcik yang kedekut

tak apa aku kedekut duit raya pun
sebab aku tak kedekut beli buku untuk mereka
boleh gitu? Belasah je lah labu!

Selamat beramal!