Tiada perkataan yang benar-benar cukup untuk menggambarkan keindahan pulau Kapalai. Pulau ini merupakan salah satu daripada pulau tiga serangkai iaitu Mabul-Kapalai-Sipadan. Kedudukan ketiga-tiga pulau ini sangat dekat, boleh dilihat dengan mata kasar apabila berada di salah sebuah pulau berkenaan. Kapalai adalah sebuah pulau yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti menyelam skuba mahupun snorkling. Ia merupakan antara syurga bagi penyelam. Ada orang kata Kapalai adalah salah satu dari 10 destinasi terbaik dunia untuk melakukan aktiviti skuba. Aku tak ada sumber yang sah untuk benarkan dakwaan berkenaan.
Ni peta negeri Sabah ya kawan-kawan. Kita belajar Geografi sat...ehsan Inche Google.
Pandangan udara Sipadan-Kapalai Dive Resort. Cantik kan? Ambil dari Inche Google. Aku tak ada heli untuk ambil gambor sebegini...kelilingnya laut, tak ada pokok kelapa untuk panjat!
Perjalanan ke Kapalai dari Mabul hanya mengambil masa lebih 10 minit. Namun, Kapalai sebenarnya sangat unik kerana ia bukanlah seperti pulau-pulau yang lain. Kapalai hanyalah sebuah pulau yang tiada pulaunya, hanya secebis hamparan pasir sahaja kelihatan. Tak ada daratanpun untuk dipijak. Pulau ini terdiri daripada tebingan karang yang dikenali sebagai Karang Ligitan. Yang ada hanyalah chalet atas air iaitu Sipadan-Kapalai Dive Resort. Resort ini kelilingi air laut yang bersih dan jernih serta mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.
Hanya itu sahaja daratan yang ada. Pasir putih yang hanya muat dua buah rumah sahaja. Kalau air pasang, semuanya tenggelam.
Sipadan-Kapalai Resort sebenarnya sebuah chalet yang sangat cantik, indah dan unik dibina di atas air. Binaannya berbentuk rumah Melayu tradisi diperbuat daripada kayu. Strukturnya binaannya didirikan di atas permukaan air. Terdapat 40 buah resort yang comel dilengkapi dengan kemudahan asas, termasuk kemudahan broadband. Tempat helicopter mendarat pun ada. Jeti tu kira wajiblah ya.
Resort ini sangat sesuai untuk sesiapa yang suka scuba atau snorking. Boleh juga datang untuk bulan madu. Harganya, memang sangat boleh tahan.
Sipadan-Kapalai Dive Resort Pakej
Tempoh Menyelam X menyelam Kanak-kanak3D 2N RM 1,750 RM 1,400 RM 700
4D 3N RM 2,350 RM 1,880 RM 940
5D 4N RM 3,050 RM 2,440 RM 1,220
6D 5N RM 3,750 RM 3,000 RM 1,500
Seterusnya +RM 700 +RM560
Ada sesiapa nak ajak aku pergi bulan madu kat sana tak?
Sebab itulah kami menginap di Mabul. Jaraknya tak sampai sepenanak nasipun...dalam 15 minit je.
Kalau datang ke pulau ni, jangan pula terkejut nampak ramai tentera. Sebabnya, mereka memang tinggal di resort ni. Maklumlah, pulau ni berada di laut dalam. Lanun pun ramai kat kawasan sana. Demi keselamatan semua juga kan?
Maklumat lain tentang pulau sejemput ni (bukan jemput-jemput ya), bolehlah baca di Sabah Tourism, My Rummy, Borneo Tourismagency, idcmalaysia dan banyak lagi secara online. Nak lagi seronok…pergilah sendiri ke Kapalai. Nak aku teman? Ada sponser, boleh juga!
okeylah, nikmati sahaja beberapa keping gambar keindahan pulau kapalai yang menakjubkan ni yang sempat aku ambil kat sana. Rasa macam dah banyak ambil gambar, rupanya...taklah banyak sangat. Selamat jamu mata!
Nampak tak bintang-bintang kat dasar tu? Tapak sulaiman tu pelbagai warna dan saiz, rasa nak kutip dan bawak balik gantung kat dinding rumah saja. Tapi awas, dilarang ambil ya. Menjadi satu kesalahan tu...
Sesuai sangat untuk tunggu dugong timbul kat sini...
Nak pergi ke hujung sana, ada dua wakaf yang paling jauh ke laut dalam, tapi masa dah tamat. Prittttttttt! wisel dah bunyi hu hu hu...sayang betul. Best sangat kalau dapat menung tunggu matahari terbenam kat hujung sana kan.
Ada tempat tanam pokok hijau...bekalan oksigen kot. Tapi tempat larangan. Sebelah dengan kediaman tentera. Maknanya, kat sini selamat. Abang perwira negara akan sanggup saja terjun selamatkan kita dari lanun hu hu hu
Airnya...subhanallah. Ini hanya terpancar kat kamera cap itik aku yang bukan DSLR, kalau guna yang canggih manggih cam gitu...sotong tengah dating pun boleh nampak.