Anda Juga Mungkin Berkenan

Sabtu, 3 Julai 2010

Hatiku Tertinggal Di Kapalai

Tiada perkataan yang benar-benar cukup untuk menggambarkan keindahan pulau Kapalai. Pulau ini merupakan salah satu daripada pulau tiga serangkai iaitu Mabul-Kapalai-Sipadan. Kedudukan ketiga-tiga pulau ini sangat dekat, boleh dilihat dengan mata kasar apabila berada di salah sebuah pulau berkenaan. Kapalai adalah sebuah pulau yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti menyelam skuba mahupun snorkling. Ia merupakan antara syurga bagi penyelam. Ada orang kata Kapalai adalah salah satu dari 10 destinasi terbaik dunia untuk melakukan aktiviti skuba. Aku tak ada sumber yang sah untuk benarkan dakwaan berkenaan.

Ni peta negeri Sabah ya kawan-kawan. Kita belajar Geografi sat...ehsan Inche Google.


Pandangan udara Sipadan-Kapalai Dive Resort. Cantik kan? Ambil dari Inche Google. Aku tak ada heli untuk ambil gambor sebegini...kelilingnya laut, tak ada pokok kelapa untuk panjat!



Perjalanan ke Kapalai dari Mabul hanya mengambil masa lebih 10 minit. Namun, Kapalai sebenarnya sangat unik kerana ia bukanlah seperti pulau-pulau yang lain. Kapalai hanyalah sebuah pulau yang tiada pulaunya, hanya secebis hamparan pasir sahaja kelihatan. Tak ada daratanpun untuk dipijak. Pulau ini terdiri daripada tebingan karang yang dikenali sebagai Karang Ligitan. Yang ada hanyalah chalet atas air iaitu Sipadan-Kapalai Dive Resort. Resort ini kelilingi air laut yang bersih dan jernih serta mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Hanya itu sahaja daratan yang ada. Pasir putih yang hanya muat dua buah rumah sahaja. Kalau air pasang, semuanya tenggelam.


Sipadan-Kapalai Resort sebenarnya sebuah chalet yang sangat cantik, indah dan unik dibina di atas air. Binaannya berbentuk rumah Melayu tradisi diperbuat daripada kayu. Strukturnya binaannya didirikan di atas permukaan air. Terdapat 40 buah resort yang comel dilengkapi dengan kemudahan asas, termasuk kemudahan broadband. Tempat helicopter mendarat pun ada. Jeti tu kira wajiblah ya.

Resort ini sangat sesuai untuk sesiapa yang suka scuba atau snorking. Boleh juga datang untuk bulan madu. Harganya, memang sangat boleh tahan.

Sipadan-Kapalai Dive Resort Pakej

Tempoh Menyelam X menyelam Kanak-kanak
3D 2N RM 1,750 RM 1,400 RM 700
4D 3N RM 2,350 RM 1,880 RM 940
5D 4N RM 3,050 RM 2,440 RM 1,220
6D 5N RM 3,750 RM 3,000 RM 1,500
Seterusnya +RM 700 +RM560

Ada sesiapa nak ajak aku pergi bulan madu kat sana tak?

Sebab itulah kami menginap di Mabul. Jaraknya tak sampai sepenanak nasipun...dalam 15 minit je.

Kalau datang ke pulau ni, jangan pula terkejut nampak ramai tentera. Sebabnya, mereka memang tinggal di resort ni. Maklumlah, pulau ni berada di laut dalam. Lanun pun ramai kat kawasan sana. Demi keselamatan semua juga kan?

Maklumat lain tentang pulau sejemput ni (bukan jemput-jemput ya), bolehlah baca di
Sabah Tourism, My Rummy, Borneo Tourismagency, idcmalaysia dan banyak lagi secara online. Nak lagi seronok…pergilah sendiri ke Kapalai. Nak aku teman? Ada sponser, boleh juga!

okeylah, nikmati sahaja beberapa keping gambar keindahan pulau kapalai yang menakjubkan ni yang sempat aku ambil kat sana. Rasa macam dah banyak ambil gambar, rupanya...taklah banyak sangat. Selamat jamu mata
!

Nampak tak bintang-bintang kat dasar tu? Tapak sulaiman tu pelbagai warna dan saiz, rasa nak kutip dan bawak balik gantung kat dinding rumah saja. Tapi awas, dilarang ambil ya. Menjadi satu kesalahan tu...







Sesuai sangat untuk tunggu dugong timbul kat sini...

Nak pergi ke hujung sana, ada dua wakaf yang paling jauh ke laut dalam, tapi masa dah tamat. Prittttttttt! wisel dah bunyi hu hu hu...sayang betul. Best sangat kalau dapat menung tunggu matahari terbenam kat hujung sana kan.

Ada tempat tanam pokok hijau...bekalan oksigen kot. Tapi tempat larangan. Sebelah dengan kediaman tentera. Maknanya, kat sini selamat. Abang perwira negara akan sanggup saja terjun selamatkan kita dari lanun hu hu hu

Airnya...subhanallah. Ini hanya terpancar kat kamera cap itik aku yang bukan DSLR, kalau guna yang canggih manggih cam gitu...sotong tengah dating pun boleh nampak.

Rasa nak terjun tak? Sebab aku lebih teruja untuk ambil gambar, dan masa memang sangat terhad, jadinya...aku pilih ambil gambar daripada terjun.








Bukan selalu ada peluang nikmati senja di pulau seindah ini, walaupun tak berpeluang pijak tanah.

Teruja tak? andai anda tak teruja biar sedetik...anda adalah sama spesies dengan makhluk asing hu hu hu....Kapalai, entah bila aku dapat nikmati senja seindah ini bersama sang penaja la la la...



7 ulasan:

eelobor berkata...

mmg teruja sangat2, nak tngu pn.isteri ajak pegi bulan madu kat sana. hehehehehe, dgn syarat smua dia sponsor

anyss berkata...

Eelobor: Untungnya Enche ensem ini kan, ada puan isteri nan pemurah dan baik hati. Apa salahnya sesekali berkubang dalam ayaQ masin di tengah lautan...kenangan indah tak ternilai harganya ;)

dina berkata...

Subhanallah... sgt2 indah! aku teruja lagi, harus kumpul duit utk pergi sekeluarga ke Pulau Kapalai... aku baru tahu kewujudannya di blog kau... sgt2 best! rasa nak pergi sana sgt2! tapi bila tu taktau le kan... aku kan sukakan laut dan kedamaian... setakat ni Langkawi dgn Pangkor je yg indah pernah aku lawati... semoga Allah melimpahkan aku rezeki utk aku nikmati keindahan alamNya... seronoknya jadi kau nyss... boleh jalan2 merata...jeles aku tau!

anyss berkata...

Dina: kalau pi sini, baik ko ambik juga pakej pergi Sipadan sama (kena mohon permit). Lagi cantik.
Aku pi sana memang untuk bercuti (hadiah utk diri yg keja keras dah berpuluh tahun, first time aku bercuti. Booking sejak januari...)

Tang seronok, memanglah seronok jadi aku...tang tak seronok tu, aku tetiba je rasa macam seronok je jadi kau hu hu hu ----> boleh gitu?

anyss berkata...

Dina: kalau pi sini, baik ko ambik juga pakej pergi Sipadan sama (kena mohon permit). Lagi cantik.
Aku pi sana memang untuk bercuti (hadiah utk diri yg keja keras dah berpuluh tahun, first time aku bercuti. Booking sejak januari...)

Tang seronok, memanglah seronok jadi aku...tang tak seronok tu, aku tetiba je rasa macam seronok je jadi kau hu hu hu ----> boleh gitu?

Naddy Wah berkata...

Salam saudari.boleh tinggalkn email x?

anyss berkata...

naddy wah: boleh email annieyss@gmail.com