Ketika orang lain sedang gempar dengan tingkat dua Plaza GM yang roboh petang tadi (macam mana nak borong keperluan raya nanti ya), ataupun bergosip tentang perceraian jaguh badminton Negara, Roslin dengan Faizah Mohamad, opsssss salah, bukan dengan Faizah tapi Norhayati Othman, dan tertanya-tanya benar tidaknya skandal dia dengan Raja Azmi, aku pula rasa macam nak bertukar jadi HULK, gaban, atromen taro…apa-apa ajelah, asal jangan jadi aku je.
Kalau ke Aceh, usah hairan bila terpandang papan tanda “Orang miskin dilarang sakit”. Maka aku pula, “dilarang migraine” hingga ke hujung tahun. Namun, larang macam mana pun kalau kekasihku itu nak datang, ada dia kesah larangan tu?
Pagi tadi aku dah rasa macam nak kena migraine teruk, tapi aku pergi juga ke bank di belakang rumah untuk beberapa urusan terutamanya bayar yuran semester. Esok dah tarikh akhir. Bila balik rumah hampir jam satu tengahari, denyut di kepala memang makin bertambah. Nak tengok skrin komputerpun tak boleh, nak baca buku pun tak boleh. Letak kepala kat bantal pun tak lelap.
Lepas solat zohor, aku paksa juga tutup mata. Siap pasang ekon dan buka kipas lagi. Harap-harapnya nanti, bila bangun petang, kalau migraine tak hilangpun, akan berkurang sedikit. Namun, bila tersedar petangnya, ketika kumandang azan asar, denyut itu masih lagi ada. Hanya sedikit sahaja kurang. Kalau aku bangun, memang sah akan teruk semula.
Aku terpaksa bangun juga bila dengar pengumuman di kawasan taman yang Pusat kesihatan akan buat semburan asap jam lima nanti. Waktu itu dah jam 4.40 petang. Tinggal lagi 20 minit. Rakan-rakan serumah yang habis kerja jam lima pun belum balik lagi. Nak tak nak, aku perlu mandi, kurangkan sedikit suhu dalam kepala. Lepas mandi terus bersiap ke Bazar Ramadan belakang rumah walaupun niat asalnya nak goring nasi yang tak sempat makan masa sahur pagi tadi. Penat pusing, tak ada satu benda pun kat BaRam tu boleh buka selera. Kepala pula makin berdenyut. Kalau boleh cabut, memang dah tanggalkan dan simpan aje dalam peti ais.
Akhirnya terpaksa beli juga nasi dan putu bambu. Ketika orang lain bersesak balik ke rumah, aku pula pergi pejabat untuk buka puasa. Kalau aku tunggu asap itu reda yang entah jam berapa (dah lah kawasan rumah tu memang dekat sangat dengan BaRam, perlu sembur ke waktu sebegini? Tak meresap masuk ke dalam makanan ke nanti?). Jadinya, kalau migraine aku tak reda juga hingga tengah malam walaupun dah makan ubat nanti, esok pagi ajelah aku balik rumah ya…
P/s: nak lelap mata jab sebelum berbuka, mana tahu akan berkurang…tolong bagi tau ya kalau dah masuk waktu berbuka.
p/s: Terima kasih banyak-banyaklah ya Kementerian Kesihatan, sentiasa sahaja berusaha nak pastikan aku sentiasa sihat.