Khamis, 14 Februari 2019

Benarkah Lelaki Menyokong Poligami, dan Wanita Menolak Poligami?


Masih lagi berkaitan tentang Suami Orang Ajak Kahwin.  Ni kira latihan mengundi sebelum buat praktikal dalam Pilihanraya Kecil Semenyih nanti.

Berikut adalah keputusan undian rakan-rakan di facebook ambo;

Jumlah Rakan FB: 101, tak pasti pulak berapa ramai yang aktif dan tak aktif. Haaaaa boleh dah semak semula mana-mana yang tak aktif tu, kita rehatkan sementara.

Ambo ni hanya terima rakan-rakan yang tertentu sahaja. Yang tak kenal jarang ambo terima jadi kawan, kecuali sebelum tu dah saling berkomunikasi di tempat lain. Kira malas dah nak terima orang-orang yang sekadar nak menambah bilangan kawan di FB tetapi tak tau ke mana hala, like tak pernah, komunikasi tak pernah, apalagi nak komen atau share. Tau lah tidak saling mengenal, namun itulah peluang untuk kenal. Sesekali tu perlu jugak ada komunikasi. Mula-mula memanglah segan, dah lama nanti akan rasa akrab.

Ramai jugak orang yang jadi kawan di FB je awalnya, tetapi boleh jumpa dan ngeteh dan saling bertanya khabar. Bukan sokmo nak jumpa ponggg, ya dak? Gitulah caranya nak jadi kawan FB dengan orang tak bermasyarakat macam ambo ni. 

Jumlah yang mengundi: 22

Kalau dalam pilihanraya betul, hanya 22 peratus sahaja yang mengundi. Jadi tak boleh nak bentuk kerajaan baharu. Tak dapat 2/3 undian kannnnnnnn. Ingat senang PH nak bentuk kerajaan, itu pasal gabung sana sini carca marba macam rojak pasemboQ tu...mmmm sedapnya rojak pasemboQ. Lama dah tak makan.

Jumlah Undian “terima je suami orang yang katanya baik tu”: 8 undi. 50 peratus daripadanya adalah wanita. Wahhhhhh! Siapa kata wanita tolak poligami? Siapa kata wanita anti poligami? Wanita zaman sekarang ni dah boleh terima poligami rupanya. Dah tentulah wanita boleh terima poligami asalkan bukan suami dia yang poligami opssss! Nak poligami kena betul caranya tau...

Jumlah Undian yang “menolak untuk kahwin suami orang”: 14 undi. Dannnnnnn terdapat satu undi daripada lelaki. Haaaaaaaaa rare tak lelaki itu? Rasa nak interview je lelaki ni ini huhuhuhu 

Sebenarnya dalam hidup ambo ni agak kerap jugalah jumpa lelaki yang tidak menyokong poligami. Pesannya kat ambo, kalau boleh elak, elaklah...tapi kalau tak boleh elak, tak jadi kesalahan kerana Islam haruskan poligami dalam kes tertentu. Cuma, caranya kena betul. Lagi sekali, berkaitan CARA. Bagaimana poligami itu bermula kena betul caranya, bukannya lari kahwin ke Siam, balik sini daftar perkahwinan pun takkk....ehhh ni yang nak bebel ni!

Apapun undi yang anda buat, anda ada alasan yang tersendiri, seperti mana pendirian ambo jugak yang berada pada satu titik pegun; tunggu dan lihat sehingga benar-benar yakin. Bukan tak yakin dengan poligami tu, memang yakin pun poligami selesaikan banyak masalah, tetapi kalau cara tak betul poligami boleh undang lagi banyak masalah. Ambo kena yakin dulu calon yang nak berpoligami tu dahulu, kemudian boleh hormati dia. Tak ada 2 perkara ini tak adalah pemula kepada kisah seterusnya. Bukan mudah nak hormat orang apalagi kena ugut libatkan hal poligami.

Kesimpulannya, poligami itu tak salah. Yang salah dalam banyak kes poligami adalah orang yang berpoligami itu sendiri. Kemampuan bukannya diukur dari sudut kebendaan, banyak duit pun kalau berat sebelah pun tetap dikira tak adil. Mampu berlaku adilpun kalau tunggu isteri-isteri sahaja yang berkerja, tetap juga dianggap tidak adil. Timbangannya dari banyak sudut.

Nak terjebak dalam konflik poligami ni bukan susah. Untuk kes ambo, ini bukan kes pertama, tapi paternnya tetap sama. Kepada yang bercadang untuk poligami, tanyalah diri, mampu tak bahu memikul di dunia, mampu tak kepala menjunjung di akhirat?. Kalau fikir yang ni...tak ramai akan putuskan untuk berpoligami.

Kepada wanita yang memutuskan untuk berkahwin dengan suami orang, tanyakan semula kepada diri, mampu tak jeruk hati sendiri menahan rasa? Mampu tak terima kesengetan suami yang tidak mampu berlaku adil? Mampu tak bersendirian ketika kita sakit dan perlukan suami di sisi tetapi suami tak ada?  Atau…berupaya tak kita uruskan keluarga dan anak sendiri macam tak ada suami kerana suami kita itu tetaplah juga suami orang. Lagi-lagi kalau perkahwinan tersebut berlaku di Siam dan dirahsiakan dari semua orang. Ingat seronok ke rampas suami orang. Tapi...lagi susah nak elak bila suami orang mula mengejar.

Ehhh! Panjang pulak aku bebel pagi ni…nak bebel lagi sebenarnya, tapi kerja belum siap. Buat kerja dululah! Lain kali sambung nyembang topik hangat ni sambal nyirup kupi.

2 ulasan:

eelobor berkata...

Rasanya lelaki yang menyokong bukan kerana faktor "memang lumrah lelaki" kerana ambo juga menentang mana2 lelaki hok saloh guna term "sunnah" kononnya. Jika berkemampuan & berkelayakkan apa salahnya. Jika dah tahu ukur badan tak layak, tak perlu nak cabar diri berenang di tasik yang dalam. Belum apa2 sudah karam di dasar.

pB berkata...

Bila nak update blog?