Pada tahun 2014, Banjir besar melanda Kelantan hingga tenggelamkan Manik Urai. Bah Kuning. Kerajaan negeri disalahkan.
Sejak dua hari lepas, hujan tak berhenti hampir 24 jam, air laut pasang, angin, ombak... menyebabkan Pulau Pinang lumpuh. Beberapa kematian dicatatkan. Nak komen banyak hati tak kuat eh.
Banjir tenggelamkan Pulau Pinang
Hati tersentuh tengok rumah warga emas dimasuki air banjir. Mereka dah lah kekurangan tenaga, sakit dan uzur, apalah yang mampu dibuat. Tak boleh bayang macam mana mereka terendam selama berjam-jam tu. Dengan sejuknya, dengan tak sihatnya. Subhanallah.
Tidak timbul masalah Lim Guan Eng minta bantuan ATM dan bomba datang bantu atau mohon bantuan kerajaan Malaysia, sebab anggota keselamatan bukannya hak milik individu atau negeri tertentu. Pulau Pinang juga masih negeri yang bernaung di Malaysia, bukannya Negara Penang. Tak payahlah nak libatkan politik sangat. Ini kemanusiaan punya isu.
The Day After - Floods Disaster in Penang - 05 11 2017
Adik ambo di Kulim juga kena pindah. Air masuk rumah hampir paras lutut, tapi bila libatkan anak-anak, dah tentu kita kena utamakan keselamatan. Semalam adik dah balik cuci rumah, katanya air hanya ada depan rumah sahaja. Tapi anak-anak dan isteri masih di pusat pemindahan banjir, risau kalau-kalau hujan turun semula.
Penang residents overwhelmed by strong winds and flash floods
Di Kelantan, suasana begini adalah biasa setiap kali muncul hujung tahun, namun di tempat lain seperti Pulau Pinang yang PULAU, ambo fahaminya jika masyarakat panik. Namun, ambo akui jumlah kemusnahan di Penang memang besar skalanya akibat tanah runtuh, pokok tumbang dan arus deras juga.
Kami di Kelantan tanahnya rata, tak banyak tanah runtuh kecuali air je melimpah. Sebab tu banjir di Kelantan jarang jadi macam kes di Manik Urai.
Sama-sama kita doa agar suasana kembali reda. Kita tak tahu hikmahnya apa, tapi Allah sedang menyusun sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Panjang pulak aku berleter kali ni!