Tiap orang ada cara tersendiri untuk uruskan kerja seharian
di pejabat. Ada orang memang suka diarah-arah satu persatu, ada orang pula
lebih suka buat kerja sendiri dengan gaya tersendiri pula.
Kerja aku ni pula jenis tak ada pemantauan. Ikut suka
sendirilah nak buat macam mana, asalkan kerja siap. Setiap orang tahu bidang
tugas masing-masing dan apa yang perlu dibuat untuk sepanjang tahun. Ada waktu
tertentu, bebanan tugas itu akan bertambah, ada masa surut seketika. Sempatlah
Tarik nafas seketika, tapi kalau musim tertentu tu, nak Tarik nafas pun tak
sempat.
Masing-masing ada cara tersendiri uruskan kerja mereka. Dah
tentulah ada kerja jenis jangka panjang yang perlu disiapkan ikut tahun, ada
juga jangka pendek ikut semester, malah lagi pendek…ikut minggu. Kadangkala,
tak sempat tunggu minggu pun. Yang utama, pada tarikh mati itu kerja kena siap
tak kiralah macam mana cara buat pun.
kita hanya anggap kerja kita je susah, kerja orang lain semua senang! |
Awal tahun aku akan senaraikan apa yang perlu aku capai
untuk sepanjang tahun. Untuk musim biasa, kebiasaannya aku suka senaraikan apa
yang perlu aku siapkan untuk hari tersebut. Biasanya pula, senarai itu jarang
siap kerana akan ada jugak kerja lain mencelah kat tengah jalan. Tak apa, esok
akan sambung lagi kerja yang belum siap itu.
Pertengahan tahun, lihat semula apa yang masih belum siap
untuk sepanjang tahun tersebut. Orang
kata, sempatlah nak siapkan sebelum tibanya hujung tahun. Namun, biasanya
juga…kerja itu tetap juga perlu di bawa ke tahun hadapan kerana tidak sempat
disiapkan.
Pada tahun depan, deretan senarai itu bertambah lagi. Fuhhhhhhh!
Bila nak siap sepenuhnya kalau gini????
Kita hanya anggap kerja kita sahaja susah dan mencabar. Kerja kita sahaja penting. Semua yang orang lain buat tu senang belaka. Mudah belaka. Padahal, kalau kita berada dalam kasut mereka, memang tak terdaya nak capai KPI. Ya dak?
Apapun, aku suka kerja aku. Kalau pun banyak aura negatif juga melingkungi, selagi aku berpegang kepada
matlamat mengapa aku kerja kat sini dulu, makanya aku akan terus di sini. Namun
itu bukan bererti aku ni setia sangat. Mana tahu esok lusa jadi Raja Perempuan Kelantan,
tulat tu terus lompat balik Kelantan huhuhuhu tak boleh BLAH punya contoh tuuuuu huhuhuhu
1 ulasan:
Assalam.. setuju sgt, but KA Ni pening duk busy memanjang he3
Catat Ulasan