Pelanggan diutamakan katanya. Itu
jadi motto banyak syarikat yang tawarkan perkhidmatan kepada pelanggan, apalagi
bila perkhidmatan itu pula bukannya percuma.
Dua bulan ni, aku berurusan
dengan satu bank yang gunakan UNTA sebagai lambing keunggulannya. Bukan RIMAU,
tapi unta. Unta, faham-faham ajelah…itupun kalau anda faham pasal ilmu ekologi
huhuhuhu
Tahun lepas aku tulis surat
permohonan untuk semak baki. Setahun tunggu, harammmmmm! Akhirnya telefon
merata tempat dan bercakap dengan seorang staff dalam Bahasa Kelate (sebab dia
orang Kelantan), terbongkarlah cerita bahawa terdapat lebihan bayaran ribu
riban. Setahun tu bodoh je dok tunggu huhuhuhuhu
Kisahnya adalah tentang TERLEBIH buat
bayaran. Kalau TERKURANG bayar walaupun sesen, gigih bank kejar siang malam,
bila terlebih bayar tu pulak, main diam je. Main tangguh ajeeee. Bila mintak
semak di kaunter, macam-macam alasan depa bagi kononnya kena isi borang dan
pergi KL untuk urusan tu. Mintak tengok baki aje punnnnnn.
Janjinya surat tu aku akan terima
dalam masa 3 minggu. Kini tempoh janji untuk dia hantar surat (sekeping kertas
aje pun) dah cecah masa 2 bulan. Tiap kali telefon, dia akan minta tempoh
semak. Janji nak telefon balik tapi tak juga telefon. Bila kita yang telefon,
minta nak semak lagi. Mmmmm orang lain dapat derma 2.6b kot, mudahhhhhhh je
dapat. Ni nak dapat sekeping kertas dan baki duit sendiri kemain payah.
Mamat Kelantan tu tak boleh buat
apa sebab department lain. Bila aku cakap nak buat edisi terjah, cakap
terpulang kat aku. Aku ni bukannya muka reti malu…bukannya tak pernah terjah. Boleh
baca kisah aku terjah pejabat lawyer dengan muka buat-buat tak faham. Aku ni
jarang buat muka tunjuk cerdik, tapi kalua bab buat-buat bodoh dan buat-buat
tak faham tu banyak kali jugak.
Ambo balik kampung dulu ya...kembali dari kampung nanti kalau semua hal ni masih belum ada kata putus yang pasti, memang terjah aje. Bawak kek Secret Recipe ganti pulut kuning ayam golek masa mengadap staf tu kira okeylah kan...ke nak kena bawa C4?
2 ulasan:
Elok buat muka ala-ala kurang cerdik dari buat muka cerdik...bila dah 'takde cara', baru 'keluarkan' muka cerdik tu sampai orang yang kita jumpa tu telan lidah sendiri... :)
Kakcik nur: huhuhu ambo selalu wat gitu. Ada kala masalah selesai sblm pecah resia utk jd cerdik...dah x de cara akhirnya depa tau yg kita wat2 tak cerdik. Simpati pun ada
Catat Ulasan