Isnin, 1 Februari 2016

Azam 1 Februari

Dah pun bulan Februari. Cepatnya masa berlari, tak terkejarkan. Rasa baru hari pertama tahun baru.

Setiap hari dok pulun siapkan kerja tetapi kerja itu tak pernah pula siapnya. Sehingga malam pun sebegitu banyak lagi senarai kerja yang nak kena pulun. Begitulah kehidupan orang yang kerja ikut masa yang fleksibel. Orang memandangnya Nampak seronok, aku yang menanggungnya fuhhhhhhh dari awal tahun hingga berganti tahun target tak pernah tercapai serratus peratus! Okeh, itu kelemahan aku menguruskan masa!

Setahun dua lepas aku berada pada tahap kritikal sebenarnya. Semangat macam tak ada langsung. Walaupun Nampak macam aku kuat sahaja, positif sahaja tetapi nilai positif dan kekuatan tu tak sampai separuhpun. Nilai kekecewaan dan putus harapan tu lebih tinggi kot. Namun orang kata hidup perlu diteruskan juga. Aku bertatih bina semula kekuatan. Setiap awal tahun akan susun apa yang perlu disiapkan sepanjang tahun mendatang dengan semangat berkobar. Akhirnya, hujung tahun tidak juga sepenuhnya pencapaian aku.Jadi, tahun ni kena lebih gigih!

Sempena Hari Wilayah hari ni...Inilah Kuala Lumpur lama masa dahulu, suara latar: P.Ramlee



Namun, apa yang melegakan berbanding tahun-tahun sebelumnya, tahun lepas aku dah Berjaya langsaikan hutang belajar dengan UKM. Sekalipun lambat, aku siap juga macam siput babi sahaja menapaknya. Alhamdulillah. Itu juga yang aku cita-citakan sejak dulu lagi. Namun, kita hanya merancang, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Redha sahajalah. Dah selesai yang tu, sebenarnya aku masih sambung lagi pengajian secara separuh masa, juga di UKM. Yang ni untuk tambah ilmu, yang untungnya tetap ada kad pelajar, tetap terima voucer buku dan tak payah bayar yuran. Makanya, nikmat mana lagi yang nak didustakan ni? Silalah bersyukur, Anyss wehhhhhh....orang lain payah nak dapat peluang keemasan sebegini.

Semoga tahun ini (patutnya entri ni ditulis sebulan lepas huhuhuhu) aku akan bangkit semula macam harimau lapar auummmmmm! Moga-moga tahun ini segala perancangan aku tercapai sepenuhnya (walaupun dah sah-sahlah aku yang tamak ni akan senaraikan KPI panjang berderet). Namun, apa yang lebih aku harapnya, semoga aku beroleh keikhlasan dalam setiap perkara yang aku buat. Moga-moga semua kerja aku ini menjadi ibadah yang memanfaatkan orang lain. Memanfaatkan negara.

Senja di Kuala Lumpur Broery Marantika



Dan moga-moga tahun 2016 ini aku lebih menikmati sebuah kehidupan. Semoga aku menjadi manusia normal yang tidak kufur nikmat dengan hambakan diri untuk kerja semata-mata. Dan juga…moga-moga tahun ini aku lebih kurus huhuhuhu serius ni, semoga berjaya tuan punya diri. Silalah gigih telan buah berkoyan-koyan...mmmmm nak sihat ni kosnya memang tinggi!

PsssT: pagi-pagi dapat megi cup kari dan revine percuma mmmmmmm itu ajelah kot sarapan orang marhaen alahaiiiii

4 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Senja Di Kuala Lumpur..
Akak suka lagu tu :)
Semoga apa yg anis impikan akan tecapai..
Usaha, doa dan tawakal..

Mrs. A berkata...

Banyaknya azam orang perempuan yag hampir serupa iaitu nak kurus

anyss berkata...

Cahaya hidupku: ambo suka penyanyi bersaura hebat itu ;)

anyss berkata...

Mrs.A: Ambo kena (wajib) kurus sebab tulang belakang tak kuat untuk tampung berat berlebihan. Sebelum ni diet main-main sahaja sebab tidak begitu mendesak, bila libatkan kesihatan, kena gigih