Anda Juga Mungkin Berkenan

Isnin, 23 November 2015

Tempat Cat Kereta Murah?



Mmmmmmm unta ambo ni dah tua. Dulu pernah rempuh mat Indo gara-gaga abe Honda City yang rakus nak makan goreng pisang, sanggup berhenti mengejut. Akibatnya, bonet depan unta ambo tu kena tukar. Nasib baik tangki air tak pecah.  Aku sendiri pun dah lupa bila kejadian itu berlaku.

Bila penutup bonetnya tak ori, makanya cepat benar warna itu mati. Kusam. Macam muka tak pernah kena facial. Akhirnya menggelupas. Muncullah karat sedikit demi sedikit.

Walaupun unta ni tak adalah hebat sangat macam HRV ke, CX6 ke…X6 lagi lah tak boleh nak banding, namun tiap kali memandangnya, hati jadi galau juga. Macam Nampak muka penuh jerawat. Sebelum lagi banyak karat memunculkan diri, jom kita pergi mekap kasi jelita huh u huhuhu

Soalnya, kat mana nak pergi cat ni? Ada tak tempat cat kereta unta yang cantik dan kemas sekitar Bangi dan Kajang? Yang pasti, harganya nak jugak murah. Maklumlah, ambo manalah mampu. Hanya unta ajae pun. Bukan gajah atau zirafah.


Rabu, 18 November 2015

Telefon Baru

Telefon pening. Bila telefon pening, tuan telefon dua tiga kali ganda peningnya.

Sebelum ini, dah pergi format semula. Semua nombor dan maklumat dalam telefon hilang semua. Hanya no sendiri sahaja ingat, nombor lain tak satu pun save dalam memori kepala otak. Semuanya dalam memori telefon. Jadinya, mmmmmm hanya saki baki nombor sahaja yang ada. Nasiblah!!!

Setelah hampir sebulan, dia buat hal lagi. Dah lah kepala memang dok pening dengan urusan cinta yang belum selesai, semua maklumat dalam telefon tu buat lagi kacau. Panggilan masuk pun tak tahu siapa. Nombor tak naik, nama tak dipaparkan.

Jam pun dah mamai ikut suka dia je nak letak pukul berapa. Patutpun beberapa hari ni alarm tak bunyi huhuhuhuhu Tarikh dan hari dah tak boleh dipercayai lagi. Semuanya buat kepala mamai sekejab. Lupa hari, tak tahu waktu. Pening.

Rasanya masih baru je telefon ni beli. Hanya setahun setengah je kot. Ke tak sampai. Aku ni bukan jenis suka tukar-tukar gajet, barang atau orang. Kalau boleh nak setia sepanjang hayat. Guna berbelas tahun pun taka pa. apa daya, cintaku tak dihargai. Nampak gayanya kena cari juga sebelum datang tahun baru. Dengar cerita harga nak naik lagi. Adoiiii la!!!!! Hujan ajelah yang turun musim sekarang ni!

Ada cadangan tak jenis telefon terbaik tahun 2015 yang boleh aku guna sepanjang hayat ni? Kalau boleh telefon itulahyang terakhir aku beli sehayat ni. Nak guna sampai mati. Tak mau lagi beli yang lain. Biar elok sepanjang hayat.



Adoi laaaaa….kenapa mahal sangat ni?



Errrrr…mana satu nak ambik ni?

Paling utama, mana nak cekau? Ada sesapa nak taja?

Nak kena ajak Fauzi Qushairi teman pergi beli telefon baru ni...agak-agak, dia nak teman tak?



Selasa, 17 November 2015

Bila Aku Jatuh Cinta

Untuk aku, jatuh cinta memang sangat menyiksakan. Kerapkali aku menunda-nunda untuk jatuh cinta sebegitu. Namun, kerapkali juga, setelah ditunda berkali-kali, akan tiba satu detik cinta itu sudah tidak dapat dielakkan. Makanya, sudah pasti perlu didepani.

Sejujurnya, aku tidak begitu punya kudrat untuk menangani keluh kesah jatuh cinta. Begitu menyiksakan seluruh emosi dan rohani. Apalagi bila usia kian bertambah, fizikal sangat tiada kudrat lagi.

Yaaaaa, bila jatuh cinta, hanya namanya tertulis di hati, hanya wajahnya terpampang di minda. Siang dan malam. Tiap detik. Tiap saat. Dalam jaga. Dalam lena. Dalam mimpi. Tiada sedetikpun aku mampu bebas dari dia.

Semua itu sangat mengganggu. Ganggu tidur. Ganggu kerja. Ganggu rehat malah ganggu segala-galanya. Tiap saat rindu semakin memberat. Tiap detik, cinta akan membelenggu. Otak seakan mati untuk fikirkan perkara lain sekalipun tentang makan. Semuanya hanya tentang dia. Senyumnya. Tawanya. Sorot matanya. Segala-galanya. Hanya tentang dia.

Nomad - Tetap Menantimu



Aku sentiasa menunggumu, Fauzi Qushairi!

Isnin, 16 November 2015

Pelajar Dewasa Plagiat...mana berkatnya ilmu?



Hari ini datang kerja pagi-pagi dengan bersemangat WAJA, PERDANA, MYVI, bagai walaupun hari minggu lepas penuh dengan kuliah. Kuliah pelajar dewasa. Pelajar matang.

Rasa semangat itu bertambah-tambah semangat lagi bila buka email, dah ada seorang pelajar dewasa ini email gerak kerja ringkas kumpulan mereka. Wahhhhhh! Cepatnya! Semangatnya! Lengkap pula tu. Panjangnya tulisssss...15 halaman. Macam dah siap tugasan penuh. Kagum menggunung pepagi ni. Ada jugak anakbangsaku yang komited rupanya.

Namun, bila baca semula dengan kusyuk, hati kecilku berkata...ia sangat mustahil dihasilkan dalam masa beberapa jam. Makanya, mari kita lihat apa komen http://turnitin.com/en_us/home

turnitin boleh semak tugasan plagiat

 Analisis dilakukan turnitin mendapati tulisan ini mempunyai tahap persamaan dengan artikel lain sebanyak 98%. Bila semak semula secara keseluruhan, didapati tiada satu ayatpun yang ditulis sendiri. Semuanya salin dan tampal.

Yaaa adik-adik pelajar (termasuk pelajar dewasa), bila anda buat tugasan, sila elakkan plagiat. Bila anda plagiat dan terbukti plagiat, makanya anda bakal dianugerahi dengan E tanpa bantahan ahli senat sekalipun, kecuali pak-pak menteri di Malaysia. Sila ingat itu. Hanya pak menteri sahaja seronok bila buat benda-benda pelik.

Pepagi lagi semangat dah runtuh. Mmmmmm dahlah kelas hari ni habis empat saat sebelum maghrib, entah mana nak tarik kekuatan sepanjang hari ni.

Jom, bercinta!
Ohhhhh! Ambo memang tengah mabuk cinta sekarang ni.
Fauzi Qusyairi, datanglah dalam mimpi!
Lambatnya nak malam...


Rabu, 11 November 2015

Tanah Runtuh Lebuhraya Karak Bukit Tinggi

Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM mengumumkan berlaku tanah runtuh di lebuhraya karak di kedua-dua hala antara bukit tinggi-genting.


Assalam
Ybhg Dato'/Tuan/Puan
Lebuhraya KL-KARAK

Makluman tanah runtuh di KM 52.4 wb (Lentang - Bkt Tinggi) kesemua laluan terhalang trafik sesak kedua arah.
Laluan alternatif dari Kuantan keluar ke Persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke Persimpangan Genting Sempah.

Hebahan telah dibuat di media sosial LLM dan makluman kepada radio.


Jumaat, 6 November 2015

Muhasabah Diri


Dunia hanyalah pinjam pinjaman, akhirat jua kekal abadi;


Khamis, 5 November 2015

Salah Sendiri Baik Ngaku

Dunia hari ini memang aneh.

Bila kita berkongsi kegembiraan dengan seseorang, perkongsian itu akan merebak merata tempat walaupun seseorang itu memang tahu pun kita hanya kongsi dengan dia. Tidak semena-mena perkongsian kita dengan dia itu dikongsikannya juga dengan orang lain padahal momen itu kita hanya nak kongsi dengan dia sahaja.


Bila kita tidak lagi kongsikan apa-apapun dengan dia kerana beringat tentang kejadian sebelumnya, mulalah dia sentap mengesyaki kita telah berubah tidak selayaknya dahulu. Makanya, mahu seperti dahulu yang bagaimanakah andai kepercayaan yang diikat kemas itu telah terburai di tengah jalan, tertusuk duri jualah hati kita. Nak menyentap pun dah tiada daya dan upaya kerana semuanya salah sendiri juga. Yang kita dok gatai kongsi dengan dia tu buat apa?

Salah kita sendiri juga. Bukan kita, tapi aku! Ya…salah aku!

Makanya, andai tiada lagi perkongsian apa-apa dari aku selepas ini, kira redha ajelah. Aku pun bukannya retis yang sentiasa ingin diburu paparazzi untuk dijual beritanya. Aku bukanlah sesiapa pun.